Contoh nya, 2014 adalah tahun aku nak rajin masak sampai tak sempat buat apa apa termasuk pergi kerja. Kah kah kah. Sebenarnya teruja masak sebab JIMAT woiii dan tak sangka boleh jugak masak rupa nya aku walaupun belajar secara logik bawang tu bau rasa macam mana, serai macam mana jintan tu macam mana. Thank you Google! Thank you MasterCheff Allstar!
Okay itu satu lah, yang lain, tahun depan nak belajar rajin rajin nak duduk seat depan menghadap lecturer lagipun perut buncit mana muat masuk seat belakang. Nak grad cepat cepat dan boleh gantung certificate di leher. Ha ha ha. Baru sempat nak sambung dan baru rajin nak apply sambung. Semoga otak aku dan anak ku aktif semester depan.
Hmm, lagi nak kerja rajin rajin juga dan nak terus kan rekod kehadiran yang baik macam 2013 ni maklum lah kena bawak nama keluarga. Lagipun rekod yang baik harus lah boleh jadi modal untuk sungkit sesiapa yang buat office macam ayah sedara dia punya. Tettt. Lagi pula aku nak tegas dalam pembahagian dan penerimaan kerja. Takmo dah buat kerja untuk orang yang orang tu boleh cuti dan hilang sesuka hati dan akibatnya aku menerima najis dan dimarah teruk. Wa dah garang sekarang sila takut.
Hal kewangan pula, tahun depan, at least nak simpan 3-400 sebulan khas untuk percutian. Tahun depan hafiez nak bawak aku dan anak pergi bercuti dengan kawan kawan dia. Nak countdown di sana kerana tahun ni aku grounded tak boleh keluar malam takut masuk angin hihihi. Nak cuti cuti cuti. Oh sebut pasal cuti, nak habis kan negeri dalam malaysia dulu lah. Tahun 2013, dah habis dah perak penang sabah johor melaka negeri sembilan pahang. Terengganu masa remaja dah pernah sampai dulu. Kedah pun dah pernak pergi. Tinggal kelantan dan sarawak. Nak pergi kelantan pleaseee.
Dan tahun depan juga adalah tahun hempas pulas nak bayar ptptn secara konsisten supaya hujung tahun boleh dapat diskaun. Saya jenis
Dan yang penting, nak jadi isteri yang bergaya walaupun di rumah untuk hafiez tercinta supaya dia selalu terpikat hahahaha nak goda goda dia. Dan insyaAllah nak jadi mommy yang baik untuk anak nya, hihi cepat lah hafiez junior keluar mommy nak gomol awakkkk! Tak lupa seperti biasa, aku nak renew status anak perempuan sulung yang berguna janji setia kepada ibu bapa ku. Nak belanja makan selalu dan nak telefon selalu. Supaya mama tak lupa, beliau mempunyai seorang anak perempuan lagi selain ciko dan bubu yang bermaharajalela di rumah sekarang ni.
Okaylah. Ni gambar wrap up 2013. Cekidaut.
Banyak lagi tapi malas nak buat kolaj dah haha babai