Friday, November 15, 2013

cita cita saya (masih ada cita cita)


Setiap kali jumaat pun memang aku tenang setenang sekarang. Haha. Nampak tak sekarang kenapa aku suka pekerjaan aku. Lagipun projek dah habis awal jadi harus lah reward diri sendiri seperti ini. Kan kan kannnn.

Tadi bersembang dengan sorang office colleague aku yang dah tender nak berhenti. Alasan berhenti adalah tak tahan berada di bawah pentadbiran bos dia. Dan masuk dia, adalah orang ke-5 yang berhenti dengan alasan sama. Poor her. Padahal dia sangat dedikasi. Kadang kadang muhasabah diri dan kaji apa masalah diri sendiri adalah lebih baik daripada asyik memikirkan apa yang patut diberi kepada orang lain supaya orang lain tu berubah jadi lebih baik. Hmm faham tak. Satu jari tunjuk kat orang, baki empat jari tunjuk diri sendiri. Okay sekarang faham tak. Alaa mengukur baju di badan sendiri dahulu tuuu. Macam ketam ajar anak jalan. Lagi satu, guru kencing berdiri, anak murid kencing. Macam tu lah. Okay lah aku tak layak masuk campur pun sebab aku yang harus muhasabah diri sekarang, yang baik jadikan teladan, yang tak baik jadikan sempadan.

Tak sabar nak dapat jawapan. Ish sumpah tak sabar. Dan harap harap aku tabah sepanjang nak capai cita cita ni. Dan harap juga si kecil ini memahami mami nya yang sungguh galak sekarang ni. Bukan apa, tadi tertengok gambar ni dan tiba tiba meluap luap perasaan nya. Baju merah tu masih ada, muat je lagi tapi kain dah terbakar sebab aku pandai sangat menggosok. Kah kah kah.


kalau close up, mungkin boleh nampak cincin hitam black metal yang aku pakai. kenapaaaa aku ada imej begitu duluuuuuu


No comments: