Hai best nya tertidur atas meja. Rupanya hujan lebat tadi patut pun nyenyak. Bangun bangun terus google resipi roti sosej gulung tu, ingat nak buat surprise esok pagi, breakfast in bed he he he.
Yeayy harini birthday mama. Patut pun minggu lepas asyik telefon tanya balik ke tak. Haha mama mama.
Oh dalam tempoh 2 bulan ni, ada banyak benda yang aku dulu sukaaaa gilaaaaa sekarang tak sukaaaa gilaaaaaa. 10 benda yang dulu suka sangat ah sekarang tak suka. Cek cek cekidaut!
1. Dulu suka teh tarik. Setiap pagi, mesti mau kena. Rasa nak cium cium gelas tu bila dah habis kan tanda puas. Sekarang, sebut teh tarik pun rasa nak bluekkkk.
2. Dulu suka lepak mamak. Segala jenis mamak aku sayang. Mohsin lah syed abu lah maulana lah jasima lah kayu lah. Sekarang nampak mamak pun tak nak tak nak tak nakkkk!
3. Dulu suka sangat sangat naik kereta jalan jalan kan especially pergi tengok lampu kat kl. Sekarang tak suka. Masalah nya naik kereta sendiri je tak suka. Naik kereta orang lain gua okay. Hahaha.
4. Dulu aku yang beriya pilih bau perfume untuk hafiez. Nak yang bau macho macho je. Hehe. Sekarang aku sangat allergy dengan perfume dia. Nampak dia nak mula spray aku dah nak pengsan.
5. Dulu suka sangat lepak kat bilik. Boleh tahan kat bilik sampai berejam weh tak mandi pun tak apa weh yang mungkin berdanau belakang badan aku. Tapi sekarang aku benci bilik. Benci gila macam apahal kena ada bilik. Hahaha dan aku suka karpet depan tv. Kenapaaaa.
6. Ni pun agak pelik. Dulu kalau makan je mesti nak telur. Suka nau telur. Telur goreng ke dadar ke hancur ke aku sayang. Selain comel, rasa nya macam ah kenapa berhantu sangat rasa telur ni. Sekarang aku tak suka telur. Makan nasi lemak tak mau telur satu ! Dan dah pandai demand lebih, nak ayaaaaam je. Sila tunggu perubahan kegemukan aku dalam tak sampai sebulan ni. Haha.
7. Dulu lauk suka yang lemak santan tu. Asal macam lemak gua selera gila. Sekarang taknak. Kalau makan taknak ada kuah. Nak makan yang kering kering tu lagi sedap kot sekarang.
8. Oh ya, dulu aku suka sangat ikan keli. Macam hari hari pun nak ikan keli juga. Kalau daging ikan dah habis, aku gonggong gonggong kepala dia tu rasa nak makan kemua tinggal kan rahang je. Sekarang, ya Allah kenapa baru sekarang aku nampak keli tu macam u u u. Haha
Okay lah yang ke 9 dan ke 10 aku dah tak suka nak ingat apa. Hahaha.
In before, selamat hari jadi mama! i love you to the moon and back. Lagu ni untuk mama kot kot pandai browse blog anak mu ni. Haha.