Aku ingat lagi masa awal awal aku kerja, ada beberapa kali juga lah aku kena basuh dengan bos pian. Kena basuh sebab sikap acuh tak acuh aku dalam mengambil tahu. Sebenarnya aku bukan tak ambil tahu, tapi dah memang muka aku ni muka bangang dan respon ambil tahu aku lambat sedikit. Dan bukan aku tak nak ambil tahu masalah sekeliling tapi aku tak diberitahu. Kalau aku tak tahu, kenapa aku tak diberitahu untuk tahu. Sekarang nak salahkan hubungan pemberitahu-yang ambil tahu ni. Haha. Sekarang ni, encik tahu mungkin tersedak sedak.
Okay since that, aku sangat sangat sangat mengambil tahu hal hal walaupun sekecil hal. Walaupun sekadar buat buat dengar. Bukan apa, dalam maksud bos aku sebenarnya. Bos mungkin taknak aku pasif dan duduk di tempat sendiri melebar dan mempetak kan bontot. Selain gossip liar kat tempat kerja, banyak hal juga aku ambil tahu ikut capacity otak aku sahaja. Setakat harga akuarium dan berapa ekor ikan ada dalam tu yang kitorang pernah beli, aku dalam tidur pun boleh jawab. Ye, berlagak sungguh. Dan bagus sebenarnya bila ada perangai ambil tahu ni sebab aku rasa connected sangat dengan orang sekeliling aku di sini. Boleh asah bakat meramah aku yang memang ramah lah sangat sejak dulu. Dan sebab aku
Point sebenarnya adalah, sampai bila sikap ambil tahu aku tu akan bertahan. Ia adalah sehingga aku berjumpa dengan sesiapa yang taknak ambil tahu langsung hal apa apa yang berlaku di sekeliling dia. Bukan suruh kau beramah duduk tempat aku makan kuaci macam fendy dan azmi selalu buat sampah pun, bukan suruh kau mengendeng dengan bos bila nak mintak propose payment cepat pun, cuma, ambil tahu sikit apa yang sedang berlaku. Kalau kau tak nak ambil tahu kenapa aku jerit jerit masa latihan fire drill suruh keluar dari bangunan yang jerit jerit tapi kau jalan pura pura aku invisible, tak nak ambil tahu apa kebenda lah agaknya monyet monyet tu berlatih padam api kebakaran kat belakang, taknak ambil tahu berapa ketul datang hari ni, taknak ambil tahu okayyyy siapa tak ambik breakfast lagi aku nak ambik kan, taknak ambil tahu yang TAK BOLEH ponteng isnin tapi kau buat juga, taknak ambil tahu hey tahu tak machine fax rosak dari haritu yang kau pura pura sumbat earphone taknak dengar orang interkom dan bila bos lalu kau sambung kepuraan mu tu dengan fax invoice, dan jangan harap aku juga ambil tahu pasal dirimu. Hahaha. Putus nafas aku sekali baca.
Ini 2 sen aku, kalau kita tak ambil tahu hal jiran, jiran pun segan nak sudi sudi tahu hal kita.
In before, WHATEVER!
No comments:
Post a Comment