Wednesday, June 26, 2013

rindu kucing kita

Sahaja aku menulis entry pendek ini adalah kerana aku rindu pada dua ekor adik di rumah sana. Bersabarlah sayang, kakak akan pulang pada bulan puasa nanti. Kita jemaah terawikh bersama.

Semoga jodoh awak berdua panjang, dan juga jodoh kita sekeluarga turut panjang.

Amin ya rabb.



lebih pulak bubu ni

 p.s: berat gila kotak doorgift aku, harap mama ayah berganding bahu angkat nanti


Sunday, June 23, 2013

Congrats pedon!

Siti Fatimah Zahara, atau pedon yang aku tak ingat dah kenapa boleh dapat nama itu, duduk sebelah aku dalam set maths miss teyew yang kalau stay up malam malam suka nyanyi dengar irama sumbang. Haha. Dah lama rasa nya tak attend wedding babygirls my supergirlfriends. Rindu yang membuak buak akhirnya terlerai jua semalam. Hampir semua ada. Yeayyy. Dan semua cantik. Double yeayyy! Dapat sama sama raikan pengantin, dapat makan banyak, dapat bergambar dan macam biasa ghairah membuas seperti dulu dulu. Hahahahahahahahaha! 

Okay lah anak anak ku sekalian, enjoice tengok gambar. Seperti biasa, gambar pengantin cuma ada sekeping dua. Haha. 

Congrats pedon and azri! 



















Wednesday, June 19, 2013

Laksamana Sunan

Tak ada dalam sejarah melayu pun, watak rekaan semata mata untuk 6 siri episod novel ramlee awang murshid. Buat aku lupa terhadap ketaksuban candy crush. He he he. Bukan terror sangat pun.  

Dah selamat dah baca Bagaikan Bidadari, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta, Cinta Sufi dan Sutera Bidadari. Sekarang aku tengah berusaha curi masa untuk habis kan Sunan Musafir. Aku ada pendirian yang agak aneh terhadap benda benda yang ermmm tak boleh bagitahu sini, tapi lepas ikuti betul betul cerita sunan ni, didikan berbentuk agama macam diserap secara halus ya. Antara beberapa baris ayat yang cukup terkesan kat aku 'biar salah ampun, jangan salah hukum'. Biar jadi pemaaf walaupun akhir nya bila fikir balik tak berbaloi dimaafkan daripada tuduh dan hukum yang tak tahu pun betul atau salah nya. Biar bersangka baik terhadap semua daripada membenci yang bukan bukan walaupun terlintas kat hati nak cakap tu mesti kipas bos kan yang lepas tu haihhh sakit nya hati aku. Haha. Hmmm macam tu lah kesimpulan ringkas tentang buku tu. Haha. Betapa malas aku nak buat sinopsis di sini. Sedangkan program nilam dulu yang kena buat sinopsis buku kita baca kat library pun aku tiru belakang je. 

Bersangka baik tau. Kalau lepas kerja kuat tapi masih lagi underpaid, bersangka baik, mungkin rezeki datang dalam bentuk ketenangan hati ke rezeki mempunyai masa lapang ke. Kalau dah berbuat baik tapi masih didatangi masalah, bersangka baik, mungkin kita kurang ingat untuk sembahyang ke apa ke. Kenapa bila susah ke baru nak ingat sejadah tapi bila senang hu ha hu ha sembahyang hujung waktu pun belum tentu. Kalau rasa mak tak ingat pun nak telefon kita, bersangka baik, tu mesti kita pun tak call pun mak yang mak dah sah sah tak reti sangat guna telepon canggih mengharap kita buat favourite number untuk call kat phone dia je.

Okay lah. Ni sebenarnya untuk aku punya peringatan memandangkan aku malas dah nak gossip sakan dan memaki maki dalam hati dan jeling menjeling ah anggap je semua orang baik dengan harapan yang menggunung aku happyyyyy sampai bila bila sebab rasa orang keliling baik. Bila fikir kan kebaikan, maka kebaikan datang menjenguk. Ingatan untuk saya dan tuan puan semua. Sharing is caring. 

Thursday, June 13, 2013

Cara hantar borang permohonan nikah di Johor

Sebelum hantar borang permohonan nikah, ada beberapa perkara yang perlu dititik berat which yang aku rasa terlepas pandang pada awal nya dan sebagainya (yang sebagainya ---- macam cikgu dulu sikit sikit 'yang sebagainya') hahaha tiba tiba sangat.

Okay okay, lepas settle kursus kahwin, ujian HIV, dapat surat pengakuan bujang (kalau majikan islam sahaja yang boleh, kalau majikan cino, mintak ketua kampung buat kan surat), sila online untuk daftar mohon nikah. Lepas daftar tu, activate akaun tu dengan cara call mana mana jabatan agama islam johor untuk akses page seksyen borang seterusnya. Terus terang aku rasa rumit di situ. Lepas isi borang secara online (bahagian adress tak payah letak ',' dan bahagian ic jangan letak '-') nampak sangat tu antara jenis kesalahan aku buat, sila print semua borang yang dia suruh print, dan check. Sediakan seperti yang diperlukan dalam borang di print tu. Contoh nya, sijil nikah ibu bapa perempuan (yang ori pun mahu), copy ic wali, ic 2 orang saksi lelaki untuk calon lelaki, dan, copy ic 2 orang saksi untuk calon perempuan. Aku tak tahu perempuan perlu, jadi borang yang aku print tu aku abaikan sahaja yang menganggap mungkin programmer website dia ke apa ke tersalah attach dan aku yakin sekali lepas berbincang dengan kak ikan, kak aku perlu ke kak, tak tak kau tak payah. Hahahaha.

Lepas siap pegawai tu cek berdasarkan checklist yang kau akan dapat dari website yang kau print tu juga, dia akan suruh kau pergi kaunter yang mana kat situ kena standby RM35 untuk dapatkan buku pink tulisan jawi. Kira dah nak selamat untuk nikah lah tu. Haha. Acah mat labu. Sebab sebenarnya kau kalau duduk johor atau nak kahwin di johor harus ada sesi interview. Banyak juga antara soalan bocor yang aku dapat, dalam kereta mulut terkumat kamit ye hafal maksud surah al-fatihah. Yang nampak sangat masa solat, pakai baca je tanpa tahu apa maksud tiap bait ayat. Beristighfar aku sebentar.

Kalau bernasib baik macam aku, akan dipanggil berdua dengan pasangan dan lebih bernasib baik, hanya pasangan aku sahaja disoal jawab yang mungkin sebab muka aku dah cukup para ustazah agaknya. Hahaha. Lepas ambik buku pink tu kan, nanti pegawai tu suruh masuk jumpa pegawai lain kat dalam untuk interview. Benda pertama dia suruh adalah, lafaz dua khalimah syahadat, baca al-fatihah, rukun negara islam, rukun nikah, dan doa qunut.

Standby untuk soalan lain juga, macam rukun iman, terjemahan surah alfatihah, terjemahan doa qunut, doa hadas besar, rukun solat, hal hal cerai dan rujuk dan standby juga untuk disoal seorang demi soarang.

Lepas tu boleh lah hubungi imam yang dia cadangkan untuk dihubungi. Ni untuk booking masa dan hari untuk dinikahkan.

Yang aku bold dan underlined tu yo yo o macam nota cikgu.

p.s: minggu ni ada larian kitar semula. oh mungkin jalan kitar semula sebab aku cuma jalan sahaja. 

Masa wedding sue and pojie

Friday, June 7, 2013

2 sen

Aku tak tahu macam mana nak olah. Tatabahasa ke penanda wacana ke dah lah haru.

Aku ingat lagi masa awal awal aku kerja, ada beberapa kali juga lah aku kena basuh dengan bos pian. Kena basuh sebab sikap acuh tak acuh aku dalam mengambil tahu. Sebenarnya aku bukan tak ambil tahu, tapi dah memang muka aku ni muka bangang dan respon ambil tahu aku lambat sedikit. Dan bukan aku tak nak ambil tahu masalah sekeliling tapi aku tak diberitahu. Kalau aku tak tahu, kenapa aku tak diberitahu untuk tahu. Sekarang nak salahkan hubungan pemberitahu-yang ambil tahu ni. Haha. Sekarang ni, encik tahu mungkin tersedak sedak.

Okay since that, aku sangat sangat sangat mengambil tahu hal hal walaupun sekecil hal. Walaupun sekadar buat buat dengar. Bukan apa, dalam maksud bos aku sebenarnya. Bos mungkin taknak aku pasif dan duduk di tempat sendiri melebar dan mempetak kan bontot. Selain gossip liar kat tempat kerja, banyak hal juga aku ambil tahu ikut capacity otak aku sahaja. Setakat harga akuarium dan berapa ekor ikan ada dalam tu yang kitorang pernah beli, aku dalam tidur pun boleh jawab. Ye, berlagak sungguh. Dan bagus sebenarnya bila ada perangai ambil tahu ni sebab aku rasa connected sangat dengan orang sekeliling aku di sini. Boleh asah bakat meramah aku yang memang ramah lah sangat sejak dulu. Dan sebab aku kepoci ambil tahu juga lah aku macam dilantik jadi ajk yang entah apa apa seumur hidup. Tak apa tak apa, aku okay jangan risau.

Point sebenarnya adalah, sampai bila sikap ambil tahu aku tu akan bertahan. Ia adalah sehingga aku berjumpa dengan sesiapa yang taknak ambil tahu langsung hal apa apa yang berlaku di sekeliling dia. Bukan suruh kau beramah duduk tempat aku makan kuaci macam fendy dan azmi selalu buat sampah pun, bukan suruh kau mengendeng dengan bos bila nak mintak propose payment cepat pun, cuma, ambil tahu sikit apa yang sedang berlaku. Kalau kau tak nak ambil tahu kenapa aku jerit jerit masa latihan fire drill suruh keluar dari bangunan yang jerit jerit tapi kau jalan pura pura aku invisible, tak nak ambil tahu apa kebenda lah agaknya monyet monyet tu berlatih padam api kebakaran kat belakang, taknak ambil tahu berapa ketul datang hari ni, taknak ambil tahu okayyyy siapa tak ambik breakfast lagi aku nak ambik kan, taknak ambil tahu yang TAK BOLEH ponteng isnin tapi kau buat juga, taknak ambil tahu hey tahu tak machine fax rosak dari haritu yang kau pura pura sumbat earphone taknak dengar orang interkom dan bila bos lalu kau sambung kepuraan mu tu dengan fax invoice, dan jangan harap aku juga ambil tahu pasal dirimu. Hahaha. Putus nafas aku sekali baca.

Ini 2 sen aku, kalau kita tak ambil tahu hal jiran, jiran pun segan nak sudi sudi tahu hal kita.

In before, WHATEVER!