Monday, April 22, 2013

Cenderahati kahwin

Selain hantaran, hal doorgift tak boleh dipandang enteng nampak nya. Jeling poket, mak ai takkan nak belanja setiap orang singgit je kot. Tapi yang lupa diri ye sebab sebenarnya kena darab 500 ke 600 ke 1000 mengikut jumlah tetamu. Sila tepuk dahi sekarang. Haha.

Jadi, apakah idea untuk buat doq-gift? Tak kisah apa nak bagi pun. Nak nak sekarang yang asalnya bukan bukan sahaja tapi akhirnya jadi cenderahati. Kreatif lah katakan. Towel kecil, sudu, garpu, lilin, sabun, gencu, celaka celak, perfume haha overrr kekdah nya.

Okay jangan runsing. Ni hasil survey aku sejak beberapa bulan dulu sampai sabtu hari tu. Kalau nak rasa syurga, boleh pergi nilai. Macam biasa, semua ada. Dari yang d.i.y sampai yang readymade.

Kalau nak rasa buat sendiri sebab nak puaskan hati sendiri dan sebenarnya haji bakhil macam aku haha boleh pergi beli balang kaca atau bekas plastik atau brown paper bag dan sebagainya di jalan raja bot. Dekat chow kit. Bekas bekas kat situ semua murah kalau beli dengan jumlah banyak. Kalau jalan lajak sikit ke belakang tu, insyaAllah boleh jumpa kedai jajan beli secara borong. Sumpah murah. Marshmellow setengah kilo dia bagi harga rm7 tapi kalau lu olang angkat lebih sepuluh bungkus, dia bagi setengah kilo rm6. Ceh, siapa kata nak angkat, orang nak beli. Haha tiba tiba sangat.Yang penting nak yang murah. Kalau percuma lagi bagus. Misae suka barang freeeeeeeee.


anatara jalan raja bot jalan raja alang

Jangan lupa bawa tuala lap peluh akibat peluh yang membasahi ketiak nanti.

Tak sabar nak buat doorgift sendiri. Masa baru buat 2-3 biji doorgift memang lah berkobar kobar ye tak. Cuba bayangkan masuk doorgift yang ke-10, 20, 100, 500. Haha. Harus lah kobar kobar jadi terkorban. Okay lah. Tata.
aku harap orang suka aku bagi doorgift begini rupa



p.s: ada checklist baru yang menarik bakal menyusul (:

1 comment:

CoOkiE MoNSter said...

berapa banyaklah kuceng yang harus terkorban utk dijadikan door gift tersebut. hahaha....