Thursday, April 25, 2013

Bagaikan Puteri

Selain buku buku fixi aku yang follow, aku sangat suka novel ramli awang murshid. Semua cerita dia berunsur thrill, dimensi, fantasi, dendam, mistik, kalau ada cinta cinta tak meleret. Elok lah, taknak kasi kita terapung terapung syok dengan perasaan sendiri. Hehe. Teringat ye aku start berkecimpung dengan novel tulisan ramli awang murshid tahun 2004. Novel pertama yang aku baca dan terus jatuh cinta pada buku selain buku sinchan. Masa tu, musim cerita tombiruo. Cerita pasal makhluk aneh tapi beriya ye aku menangis. Haha. Menangis bercerita kat shasha masa on the way balik matriks. So sad. Hahahaha.

Sebenarnya aku tengah cari sambungan apa untuk novel yang aku baru habis baca 2 hari lepas, Bagaikan Puteri. Tak sabar nak tahu sambungannya sebab dengarnya dia bersambung sambung. Okay, aku suka. Suka Laksamana Sunan. Wujud kah orang seperti laksamana seperti itu. Mengahmba kan diri cuma pada Tuhan yang satu, Allah.

Okay, hujung minggu ni harus buru ceh rasa nak puitis sajoooo nak buru buru, hahaha nak cari buku Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta, Cinta Sufi. Dah ada lama dah tapi selama ni aku lebih suka baca yang tak ada unsur cinta gamak nya macam Rayyan Fanatasi, Fiksyen 302, Mandatori, Tombiruo 1 2 3, 9 nyawa, dan sebagai nya.

Apabila hujan turun, melimpahlah air dari perbukitan, aliran
menujah batu, melekuk tanda waktu beralib, seiring nyawa
menghanyut usia, sejalan nafas melangkah ke hujung



Aku melayu, yang suka melayu sahaja, baca novel melayu dan filem melayu, drama melayu, dan sangat suka malaysia. Tak ada masalah kan?

2 comments:

Miss FZ said...

bagaikan puteri banyak sambungan dia sayda..kite da baca semua.hehe. nanti cari la yg sambungan dia: cinta sang ratu, hijab sang pencinta, cinta sufi n sunan musafir.

hehe.

sayda dino said...

kak fara,

kita tengah baca cinta sufi sekarang. tinggal sutera bidadari and sunan musafir. yeayyy