Okay okay, ni bukan post untuk bercuti ke luar negara ke apa. Ini cuma cuti cuti malaysia and melaka je pun. Melaka melaka pun, gua suka sangat. Sekarang aku officially declare aku adalah peminat beli belah jalanan. Haha. Baik uptown ke downtown ke bazar karat ke petaling street ke jonker walk ke semua suka sangat.
Kalau pergi melaka, ada few places yang aku suggest sangat untuk pergi. Selain afamosa yang sangat overpriced, ke taman buaya, taman rama rama semua, boleh lah sangat jalan kaki keliling bandar melaka. Sabtu haritu berbasah basahan ketiak ye jalan satu bandar. Jalan kaki sahaja. Bangunan merah, stadhuys, menara jam semua habis round. Sila naik bas panorama melaka untuk perjalanan yang lebih efektif dan pukul rata. Semua tempat lu lalu. RM5 je sekepala. Dan sila naik cruise dia untuk belajar pasal kampung morten, villa apa tah tak ingat, pasar kampung jawa dan sebagainya. Sila perhatikan nama pada kapal kapal tersebut, teja ada tun fatimah ada tun tan cheng lok ada. Boleh nikmati air sungai yang bersih juga. Haha. Bayar RM10 dapat macam macam, siap dine in tahu. Okay malam malam nak rasa macam pergi uptown, pergi jonker walk please. Padahal yang kalau lalu melaka, mesti nak singgah jonker walk ye. Seronok walaupun aku tak beli apa apa. Kalau nak rasa taiwanese mata sepet sepet macam tu, rasa lah kuih lobak tak pun fruity candy mahu pun sosej taiwan di situ. Ha ha ha ha ha ha. Haha jangan please. Itu halam. Oh oh, boleh pergi uptown area dataran pahlawan tu aku lupa nama dia apa. Ada jual kucing comel.
Malam malam sila nikmati tiupan angin bayu di tepi pantai. Ramai je orang. Orang melaka sangat aktif pada waktu malam. Maka nya, tiada hantu dan boleh lepak sehingga dinihari.
Okay lah, chalo bette.
jonker walk |
sebelum kena tembak dengan burung haha |
ni dari atas cruise |
No comments:
Post a Comment