Friday, March 29, 2013

Deal or no deal (lunch buffet)

Harini adalah hari kegembiraan maksima. Gembira tahap masterji punya woi. Pagi pagi tak sabar nak sampai office haha tiba tiba berkobar ye sila tepuk tangan. Semalam sibuk kat store auditing, jadi tak sempat mearikan ketibaan barang online yang aku tunggu sejak sekian lama. Alahai sayang, kenapa awak sampai lambat. Dan kegembiraan shopping online tak tamat begitu sahaja pasal apa, pasal tengah hari ni aku ada date dengan ketiga tiga bayi kesayangan hamba! Pandai hamster cari kesempatan nak bermanja dengan aku, dia pantas borong bauser groupon. Haha apakah bauser?

Adakah sekarang semua pakat ramai ramai jual voucher untuk orang orang yang peghak macam aku dan para bayi ini? Hehe.

I love you, SuperGirlFriends.







sharifah shahora
sebenarnya hamster nak buat dajal suap suap aiskrim secara ganasz

p.s: esok adalah hari kurusus! yahuuu!


Wednesday, March 27, 2013

Baby girl

Penyakit stress tak tahu jalan semakin menjadi jadi dan aku malu dah nak tanya tanya weh boleh ambik kat sini tak weh aku kat mana ni weh aku nak give up lah nak balik. Haha balik tahu pula jalan. Betul lah kan, sesat barat macam mana pun, mesti balik ke pangkal jalan juga. Bermaaf maafan lah. Tengok, dah macam raya.

Jadi ada ke apa apa teknologi berbentuk mikrocip yang boleh install dalam kepala otak aku jadi aku boleh hentam je masuk jalan mana tapi aik apasal boleh sampai destinasi dah tanpa termasuk lubang apa apa dan tak menimbulkan panas hati pemandu lain lalu tarik air mata aku keluar. Tolong lah aku perlukan kecanggihan baru sebab papago gps garmin igo waze !#^#(@)#^@(#) semua tetap tak membantu waima dia cakap bahasa melayu sekalipun.

Sebab sesat, aku tersayang azeela berlebihan, oh bayi perempuan ku.

Tuesday, March 19, 2013

Checklist Kahwin Part 3

Ada yang lebih penting dari segalanya untuk kahwin. Sebenarnya, ini yang perlu dititik berat kan kalau nak bernikah. Just a checklist for myself.

1. Kursus kahwin, dapat sijil kahwin

2. Dapat kan surat pengesahan bujang dari ketua kampung atau mukim atau majikan yang islam.

3. Beli borang mohon nikah di pejabat agama (bawa bersama ic). Borang adalah 100% jawi.Sekarang borang online ye. Kenapa aku masih di zaman paleolitik.

Pergi sini http://encr.johor.gov.my/userLogin.aspx


4. Pemeriksaan kesihatan di klinik kesihatan yang tersenarai dalam borang nikah. Kalau nak buat luar negeri sendiri pun boleh. Klinik kerajaan sahaja.

5. Hantar borang mohon nikah yang selamat diisi ke pejabat agama untuk tandatangan dan cop pengesahan. Bawa bersama :
- copy ic bakal pengantin lelaki dan perempuan
- sijil kursus kahwin
- copy ic 2 orang saksi
- copy ic wali
- surat pengesahan bujang
- sijil nikah ibu bapa sebab anak perempuan sulung
- borang pemeriksaan kesihatan
* masa submit borang, adalah diingatkan untuk hafal apa apa yang patut hukum hakam agama, surah dan doa penting, rukun agama, dan sebagainya sebab ada sesi interview.

6. Hantar semua di atas ke kadi daerah untuk tandatangan dan cop pengesahan. Dan tak lupa untuk booking tarikh dan tempat nikah.

Bila baca macam 'waaaaahhhh?' sangat kannn. Tapi, kena ingat selalu, yang halal memang susah tapi itu lah yang manis.

Semoga awak dan saya dimudahkan urusan Allah swt.

Monday, March 18, 2013

melaka


Okay okay, ni bukan post untuk bercuti ke luar negara ke apa. Ini cuma cuti cuti malaysia and melaka je pun. Melaka melaka pun, gua suka sangat. Sekarang aku officially declare aku adalah peminat beli belah jalanan. Haha. Baik uptown ke downtown ke bazar karat ke petaling street ke jonker walk ke semua suka sangat.

Kalau pergi melaka, ada few places yang aku suggest sangat untuk pergi. Selain afamosa yang sangat overpriced, ke taman buaya, taman rama rama semua, boleh lah sangat jalan kaki keliling bandar melaka. Sabtu haritu berbasah basahan ketiak ye jalan satu bandar. Jalan kaki sahaja. Bangunan merah, stadhuys, menara jam semua habis round. Sila naik bas panorama melaka untuk perjalanan yang lebih efektif dan pukul rata. Semua tempat lu lalu. RM5 je sekepala. Dan sila naik cruise dia untuk belajar pasal kampung morten, villa apa tah tak ingat, pasar kampung jawa dan sebagainya. Sila perhatikan nama pada kapal kapal tersebut, teja ada tun fatimah ada tun tan cheng lok ada. Boleh nikmati air sungai yang bersih juga. Haha. Bayar RM10 dapat macam macam, siap dine in tahu. Okay malam malam nak rasa macam pergi uptown, pergi jonker walk please. Padahal yang kalau lalu melaka, mesti nak singgah jonker walk ye. Seronok walaupun aku tak beli apa apa. Kalau nak rasa taiwanese mata sepet sepet macam tu, rasa lah kuih lobak tak pun fruity candy mahu pun sosej taiwan di situ. Ha ha ha ha ha ha. Haha jangan please. Itu halam. Oh oh, boleh pergi uptown area dataran pahlawan tu aku lupa nama dia apa. Ada jual kucing comel.

Malam malam sila nikmati tiupan angin bayu di tepi pantai. Ramai je orang. Orang melaka sangat aktif pada waktu malam. Maka nya, tiada hantu dan boleh lepak sehingga dinihari.

Okay lah, chalo bette.
jonker walk

sebelum kena tembak dengan burung haha
ni dari atas cruise


Monday, March 11, 2013

Marathon

Tak sia sia. Haha. Setelah sekian lama tak merentas desa haha semalam tiba tiba join marathon. Tahu tak urat keting aku sekarang sangat tegang. Orang warming up, aku dengan budak budak ni bersidai tepi jalan dan gelakkan ahsoh ye. Haha tapi tak sia sia bangun pagi dan stretching dan jogging dan semangat waja pergi marathon. Nampak sangat ikut ikutan. Orang marathon, kita pun mahu juga. Tapi apa salahnya. Yang baik jadi ikutan. Kan an an an.

Tak sia sia. Gaya cakap tak sia sia tu macam menang kan. Hehe. Menang sijil je lah. Boleh lah bawak pergi interview cari kerja. Ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha.

So, kalau awak nak try marathon, ni ada beberapa anjuran marathon untuk 2013. Atau klik sini. Silalah.


marathon 2013

Satu lagi aim 2013 telah tercapai. Yahuuuu!



Wednesday, March 6, 2013

rimba bara

Kalau awak awak suka benda kelakarudin, selain maharajalawak, lawak ke der, pimai pimai tangtu, majalah ujang, sila, sila tengok ROCK OO. Tak sempat nak kerut kening pun kalau tengok cerita ni. Ketawa terbahak bahak sampai goyang goyang payudara. Ha ha ha! Okay, kalau dah tengok, kena tengok pula konsert ramli sarip yang di bawah ni, minit ke 6 onwards. Ada line yang que sebut masa berangan dan tunjuk dalam trailer juga. Haha. Sumpah hiburan minggu ni. Aku kak ika dan fendi oh dan tak lupa juga hafiez sekarang kalau berbual berbalas balas dialog yang ada dalam rock oo. Siapa tak hafal, kira tak in lah. Oh, apa lagi kalau yang tak tengok. Hahahahahahahahahaha.

Haah. Aku suka local stuff.


Monday, March 4, 2013

pray for lahad datu

Tolak tepi, kelab bola mana kah kita, bahasa dialek apa yang kita cakap, muzik apa yang kita minat, parti politik mana kah kita dan apa bendera pun kita.




Just, support our heroes and pray for Sabah.


p.s: alfatihah