Hello assalamualaikum. Dah lama nak tulis pasal ni sebenarnya. Bukan isu politik isu artis rogol girlfriend ke isu rajagobal asyik eksperimen ke isu baju peplum ke isu anak dara rampas laki orang ke haha bukan, bukan. Cerita ringan tapi sekali sekala boleh menjemput air mata di mata ku. Sebab setiap kali, bergenang bila nampak ada anak kucing tak reti lintas jalan atau 'tidur' kat tepi jalan. Perasaan dia macam, alaa kenapa lah. Terus sebak. Aku macam tak boleh terima.
Macam mana eh. Tak ada ke solution untuk kucing yang terbiar berhampiran tepi jalan. Boleh kata setiap hari pergi balik kerja yang melalui jalan jem mesti terjumpa ada kucing. Alaa kenapa. Sedih tahu. Kenapa main kat sini sini. Boleh berkabung sepanjang hari. Tak ada ke penyelesaian. Mungkin salah kita kita nak buang kucing tapi buang yang dekat dengan jalan raya. Boleh ke sediakan jalan raya yang tenang tak ada jem dan kucing yang tahu peraturan jalan raya atau semua kucing yang tak ada tuan bermain main kat padang luas sahaja. Takmo pergi main kat jalan please.
Nampak tak. Nampak tak benda ni buat aku windu kucing aku. Sabar ye sayang. Kakak balik esok lusa. Jumpa lu orang!
|
adik gegel rupanya |
|
bergambar pasport |
|
tiba tiba selendang jadi selimut nampak |
|
cubaan messi nak pegang kamera |
|
sila pijak |
|
hello. |
|
sekarang bagitahu aku mau tidur mana |
|
kesian aku syok sendiri |
Nasib baik dah dapat green light untuk bela kucing nanti. Yessssss!
No comments:
Post a Comment