Sunday, January 20, 2013

Bunga hantaran

Sebelum bergerak ke kedai bunga, sila google dahulu design hiasan mana yang disukai untuk mengelakkan berdiri lama dan mundar mandir di kedai bunga nanti. So far, ada lah beberapa tempat yang sesuai untuk beli bunga secara pukal.

Semua house. Tak ingat apa nama kedai tu. Yin ke sin entah. Satu aras dengan foodcourt maka nya sesuai ke sana sebab sesiapa yang escort boleh lah menjamu selera di sana. Banyak bunga pilihan tapi agak mahal dan sempit. Agak agak berniat ke sana, jangan bawa beg tangan besar dikhuatiri roboh lambakan bunga ke lantai. Haha nampak sangat berpengalaman.

Fah Lean, balakong. Lokasi di tengah tengah kawasan perindustrian tapi sumpah best. Best sebab seperti masuk taman bunga. Kedudukan bunga yang sangat kemas dan teratur dan muat untuk lalu lalang dan sekarang tengah SALE!

Nilai 3. Okay, ni surga bunga. Maksud aku, ada satu kedai ni tapi bukan ThankQ tu tapi satu kedai di belakang sana mak datuk banyak gila bunga, riben, bakul, pasu, paperbag segala macam semua ada. Semua ada tapi harus ada kesabaran yang tinggi sebab perlu menyesak sikit. Harga, boleh tahan dan rasanya boleh mintak diskaun haha <---- ni memandai mandai.

Ayer Hitam. Ni tempat feveret mama tak kisah lah musim kahwin atau musim apa sahaja. Boleh dikira surga bunga juga. Tapi harga tak murah juga kalau nak dikira tol minyak semua dari kl. Haha. Boleh fikir macam tu? Haha. Lagi satu tempat feveret mama, romantika di angsana. Just in case kalau awak di johor lah. Hehe.

Hasil survey dan belian sekaligus tadi. Haha padahal beli untuk satu dulang sahaja dulu. Tapi lepas ni boleh lah congak berapa jambak lagi nak beli kan. Haha genius kan genius kan.


No comments: