Thursday, January 31, 2013

His birthday

On this very special day, i truly wish that u are blessed with all the happiness, health, joy and prosperity in life. U've been an awesome fiance, guide, support system and a best friend to me. Thank u for making me feel safe and secure, needed and special, wanted and loved. Truth is, I am so proud of the man that u are my favourite man on earth after ayah and I love u more than I ever thought was possible. Thank u for bringing out the best in me, always. And thank u for making me excited for the future. For our future. Cant wait for it (: May Allah bless us, bless our covenant love. Amin.

Happy birthday, sayang.
I love u.





P.S: jom birthday dinner/lunch?

Sunday, January 20, 2013

Bunga hantaran

Sebelum bergerak ke kedai bunga, sila google dahulu design hiasan mana yang disukai untuk mengelakkan berdiri lama dan mundar mandir di kedai bunga nanti. So far, ada lah beberapa tempat yang sesuai untuk beli bunga secara pukal.

Semua house. Tak ingat apa nama kedai tu. Yin ke sin entah. Satu aras dengan foodcourt maka nya sesuai ke sana sebab sesiapa yang escort boleh lah menjamu selera di sana. Banyak bunga pilihan tapi agak mahal dan sempit. Agak agak berniat ke sana, jangan bawa beg tangan besar dikhuatiri roboh lambakan bunga ke lantai. Haha nampak sangat berpengalaman.

Fah Lean, balakong. Lokasi di tengah tengah kawasan perindustrian tapi sumpah best. Best sebab seperti masuk taman bunga. Kedudukan bunga yang sangat kemas dan teratur dan muat untuk lalu lalang dan sekarang tengah SALE!

Nilai 3. Okay, ni surga bunga. Maksud aku, ada satu kedai ni tapi bukan ThankQ tu tapi satu kedai di belakang sana mak datuk banyak gila bunga, riben, bakul, pasu, paperbag segala macam semua ada. Semua ada tapi harus ada kesabaran yang tinggi sebab perlu menyesak sikit. Harga, boleh tahan dan rasanya boleh mintak diskaun haha <---- ni memandai mandai.

Ayer Hitam. Ni tempat feveret mama tak kisah lah musim kahwin atau musim apa sahaja. Boleh dikira surga bunga juga. Tapi harga tak murah juga kalau nak dikira tol minyak semua dari kl. Haha. Boleh fikir macam tu? Haha. Lagi satu tempat feveret mama, romantika di angsana. Just in case kalau awak di johor lah. Hehe.

Hasil survey dan belian sekaligus tadi. Haha padahal beli untuk satu dulang sahaja dulu. Tapi lepas ni boleh lah congak berapa jambak lagi nak beli kan. Haha genius kan genius kan.


Friday, January 18, 2013

Listen, listen, listen.

Saja taruk listen. Bajet nak ikut trend. Haha. Bavani ke kak sharifah ke, dua dua aku anggap salah. Cuba, cuba bersyukur dengan apa yang ada. Bersyukur. Walaupun hak bersuara hak kita, biar lantang dan berisi tapi tetap menjaga tatasusila. Jangan kan taksub terhadap politik, nilai nilai murni lain yang kita pernah rasa sebelum musim musim PRU macam ni, dilupakan. Lagipun, undi rahsia tetaplah rahsia. Yang berkenan, pangkah diam diam kan.

Tolonglah, berpada pada.

Ni video haritu masa annual dinner. Kononnya tema bollywood tapi dah macam toliwud. Haha. Gambar malas nak cari kat mana. Lepas gian sikit. Chaiya lah!


Wednesday, January 9, 2013

Okay, tak boleh tidur tahu?

Tadi lepak lama kat benefits. Ni semua salah amoi itu. Haah salah dia! YaAllah. Nak semua pleaseeeee. Semua tiut tiut belaka. Kedai comel. Barang barang comel. Katalog comel. Paper bag dia pun nala punya omel!

Lepas ni harus beli bunga reben manik dan apa apa sahaja yang sesuai untuk dulang. Dah mula dah perangai bajet kreatif dia nampak tak? Hahaha!

Lagi best beli barang untuk mr.X <-- hahaha bajet rahsiakan identiti abang tunang hahaha! omg sayda sungguh gatal kau, aku ngecek banyak gila free gift. Yeayy!

Tuesday, January 8, 2013

saybeadino

Haritu masa semua orang sibuk shopping online, aku pun nak jugak. Sekali beli ala macam ni je rm56? Kosong dan dapat tak sampai 2 meter pun kain dan aku pakai macam payung je nampaknya. Haha padahal gemuk.

Cubaan aku untuk buat kemeja pekerja kontraktor 28 ringgit seperti mak aku cakap selalu dah jadi macam kemeja bershka woi. Haha sila jeles dengan tahap curi tulang aku masa tonton ajl tempoh hari.

Mulai sekarang aku nak tukar nama saydino jadi saydajahit ke saydolmat ke saybeadino ke.



Thursday, January 3, 2013

Happy new year 2013

Halo. Azam tahun baru 2013 macam malas nak rancang yang baru. Kalendar bakal penuh tahun ni dengan macam macam event kawan kawan nampaknya. Kehidupan akan semakin sibuk. Tidur akan semakin kurang. Tapi makan akan tetap makin banyak. Ha ha ha.

Azam besar macam mana pun, yang penting pilih. Pilih makan apa yang sihat. Pilih baju yang elok sikit. Pilih tempat yang terang untuk dating. Haha. Pilih hari yang sesuai cuti kalau tak akan jadi cuti kecemasan. Pilih cerita yang bukan umpat untuk dengar setiap hari. Pilih jalan tak ada jem. Pilih parti politikphdhdbxys yang menjanjikan keterjaminan. Pilih kawan yang bermulut manis hati manis yang bukan kutuk mengutuk tolak menolak kompelin kondem ~€<£#*~¥+*%. Pilih pasangan hidup yang boleh bermotivasi. Yeay. Semua dalam hidup adalah berunsur pilih. Yang penting azam aku tahun ni nak pilih cerita yang gembiwa sahaja nak cerita kat sini. Hak gembira hak kita kan.

Tak ada tempat lain lebih best dari enjoy duduk rumah. Tapi hari tu countdown kat dataran merdeka pun cool juga. Lampu dia mak aih. Cuma ramai sangat er mas joko di sana bercintaan di belakang khemah di jalan raya di padang di bawah pokok. Sakitin mata guwe aja.

Oh, mak sempat bergambar ber background kan fireworks ye uols. Ha ha ha.


suka bangunan ittewwwww!
ada love kuning rasa macam sayangku berunsurkan lemon. berlemon lemon.