Dah masuk matriks kubisik bisik supaya ada perasaan malu sikit pada mula nya. Tapi sikap tu bertahan 2-3 hari je. 2 semester seterusnya adalah hari hari tak kisah dan tak malu.Tak tahu lah kenapa. Mama kata aku tak ada perasaan. Mungkin ya dan mungkin tidak.
Sama masa tahun tahun di UM. Walaupun duduk luar kolej pun aku serah diri untuk menabur bakti untuk menari masa FESENI. Kalau boleh, semua yang ada unsur pementasan aku suka. Lagipun kalau nak aktif sukan, pergh ramai gila yang lebih atletik dari aku dan tambahan pula aku tak suka apa apa aktiviti yang ada body contact secara ganas. Lagipun mana tahan panas kang semakin hitam. Lagipun aku takut semua yang berbentuk wisel. Banyak gila lagipun kan. Haha.
Okaylah. Dah harus baring dan silang kaki letak tangan belakang kepala membayangkan bila masa agaknya aku akan terjatuh lalu tergeliat untuk show annual dinner nanti. Mengapa harus dipetik diriku sesuka hatimu.
No comments:
Post a Comment