Friday, November 30, 2012

Cair lah ini macam, machiaaa!

Tadi seperti gadis lain aku turut cuba liar. Haha. Liar lah sangat. Dengan baju kurung mama yang corak nya sungguh tak tahu pucuk pangkal nya apa ah lantak cakap je lah kau tak tahu seni diam. Aku rindu mama tahu. Haha.

Macam dah lama tak datang sini sekali pergi woh dah ada butik lah. Bukan yang stall tengah jalan tu lagi ye. Surga surga surga! Best gila. Semua kiut miut. Nak semua nak semuaaaaa! Bagitahu aku, macam mana tak jatuh cinta ini macam machaaaaaa?!

Dan cubaan aku memakai gencu merah. Ya ampun, kenapa seperti joyah? Haha. Esok nak juih juih kan bibir agar hafiez tergoda. Walaupun begitu, aku mesti mau mesti mau sambil hentak meja.







Monday, November 26, 2012

Papa Mama

Sampai je office bukak maybank2u. Macam ni lah ye adik adik. Keseronokkan kehidupan bekerja adalah masa payday. Memang syurga. Tapi ye adik adik, itu hanyalah sementara.

Hari ni masuk, pagi esok dah harus buat pembayaran. Duit kereta duit bil telefon duit kereta duit credit card duit kelab itu ini duit kumutumu duit minyak kereta minyak wangi hehe. Duit untuk ibu bapa jangan dilupa. Macam tu lah ye adik adik. Lagi besar periuk, lagi banyak kerak nya. Yang penting, kita bersatu. Bersyukur dengan apa yang kita dapat dan ada. Nak kompelin tempat kerja sendiri, dengan duit gaji itu lah kita teruskan hidup.

Jadi ye adik adik, sekarang bagitahu akak kenapa kecil kecil dah papa mama sedangkan spenda pun papa mama mu masih beli kan.

Sekian, terima kuih kasturi.


nak sama sama cari kemewahan hidup dunia akhirat dengan dia, insyaAllah.

Saturday, November 24, 2012

legaye legaye

The last time aku menari terkinja kinja was during my uni life. Masa tu belajar menari sampai ke negara cina. Sumpah, terbelagak. Haha. Bukannya berbakat pun tapi sebab memang aku sejak zaman sekolah menengah agaknya dah diajar untuk buang sikap malu. Mungkin sebab join pancaragam. Mungkin juga sebab aku aktif teater. Memang tak malu. Dulu kat sekolah mana ada lelaki yang aku harus cover cover bila berjalan. Pergi kelas tak gosok baju pun apa ada hal. Pakai stokin sebelah lain pun tak ada masalah. Kena berdiri kat depan lebih tegak dari tiang bendera pun tara apa. Aku tak mandi pergi kelas pun tak apa woiii.

Dah masuk matriks kubisik bisik supaya ada perasaan malu sikit pada mula nya. Tapi sikap tu bertahan 2-3 hari je. 2 semester seterusnya adalah hari hari tak kisah dan tak malu.Tak tahu lah kenapa. Mama kata aku tak ada perasaan. Mungkin ya dan mungkin tidak.

Sama masa tahun tahun di UM. Walaupun duduk luar kolej pun aku serah diri untuk menabur bakti untuk menari masa FESENI. Kalau boleh, semua yang ada unsur pementasan aku suka. Lagipun kalau nak aktif sukan, pergh ramai gila yang lebih atletik dari aku dan tambahan pula aku tak suka apa apa aktiviti yang ada body contact secara ganas. Lagipun mana tahan panas kang semakin hitam. Lagipun aku takut semua yang berbentuk wisel. Banyak gila lagipun kan. Haha.


Okaylah. Dah harus baring dan silang kaki letak tangan belakang kepala membayangkan bila masa agaknya aku akan terjatuh lalu tergeliat untuk show annual dinner nanti. Mengapa harus dipetik diriku sesuka hatimu.




Friday, November 16, 2012

Nilai 3

Sebab cuti selang seli dengan hari bekerja dan mak memang suka gaya hidup begini barulah boleh cari duit cucuk langit cari duit cuci langit. Harapan malaysia akan lebih maju bila ada pesen kerja macam ni haha.

Selalu dengar nilai 3 lubuk baik untuk bakal pengantin mencari material dah menarik aku dan hafiez pun teringin pergi sana. Hehe sebenarnya aku. Teruja gila tengok woi tengok kedai kedai jual bunga reben manik segala macam bahan mentah untuk buat hantaran. Rasa macam nak sumbat semua masuk handbag dan keluar berlalu tanpa membayar hahaha.

Jadinya hasil survey hari tu, tak ada nya membeli apa apa cuma input sahaja. Kalau nak beli reben ke manik ke bakul ke elok ke thank Q. Banyak pilihan. Kalau nak bunga kembang setaman pergi kedai lain. Kedai belakang ke mana ke sebab lagi murah. Kalau nak beli pondok ke gazebo ke bangku jati ke pun boleh berhurung ramai ramai ke nilai 3. Oh karpet pun sangat banyak. Kalau mama ikut mesti dia emm mesti dia agaknya borong semua haha.

Apesal semua ayat aku end dengan 'haha'?


nanti mintak abang bayar, hihi.

Tak ada pun dibeli di nilai 3 tu. Kata orang lah, mahal je. Sama macam ayer hitam johor tu.

Tapi, alhamdulillah selesai satu dah. Yeay yeay!


p.s: kawan aku kata kat sungai buloh ada satu kedai nyonya jual murah. ahsoh punya.

Monday, November 12, 2012

natra dah tunang

Best nya hari ni office abah nya tenang! Siap je ni mahu terbaring di sana dan menikmati mentari pagi malah mungkin tertidur lalu mungkin berdengkur bawa ke dinihari. Haha okay okay. Terubat segala mala rasa rindu berahi terhadap sgf. Serius rindu. Dah lama tak beramah mesra dan bergelak ketawa seperti sahiton terutama sekali wanita.

Sepatut nya pertunangan natrah menjadi sejarah yang paling diingati kerana kelihatan sangat cantik malam itu tapi telah menjadi ehm mungkin mimpi agak ngeri sebab kawan kawan baik nya membuat hiruk pikuk di bilik ibu bapa nya. Ha ha ha!. Semua tak makan saman dan berhimpit di atas katil lalu berbuat bising tak ada langsung ciri ciri akan senyap KECUALI ketika bergambar! Itu pun sangat sekejap sahaja.

Tahniah natrah! Sungguh cantik pada malam itu seperti aku sahaja rupa mu walaupun ke***as. Hahahaha! I love you nevertheless natrah sayang!


berebut gambar di pelamin dan rasa ini pose paling ayu aku sempat buat hahahahaha
my girls
kreatif ke guna application macam ni
angle ini Mr A adalah seperti edry


natra, cantiknyewww awak!


p.s: cant hardly wait for hantaran's haunting this weekend!

Tuesday, November 6, 2012

Manik menikam

Oleh kerana terlampau seronok, oh ye bila masa aku tak terlampau seronok? Haha. Menatap benda alah ni dari tadi adalah satu keabadian cinta. Tenang sangat rasa. Tak sabar nak mempunyai masa yang sangat lapang dan menjahit tudung ku nanti. Hihi. Nanti bila ada masa lagi, nak goda hafiez lalu membawa aku ke plaza itu lagi. Tak keruan nak pilih mana satu ye. Semua manik menikam kalbu!

Baik lah. Harus pura pura kerja walhal mata curi curi melirik manik di sebelah. Sumber inspirasi katanya.