Thursday, February 9, 2012

31 Januari

Sepatut nya aku berniat nak update benda ni dalam seminggu lepas. Kira kira pada 31 januari hari tu. Bukan nya apa, sebab dah sebulan 2012 berlalu. Tapi tak sempat.

Sehingga 31 januari hari tu, apa yang sangat sangat dibanggakan adalah sepanjang bulan tersebut aku perasan mama dan aku saling call antara satu sama lain dalam kiraan purata lebih 6 kali sehari. Bercerita sakan. Bercinta dah lagaknya. Mama, kakak rindu lu.

Seperti biasa kegemaran tahunan, setakat 31 januari aku berjaya menambah harta karun sikit sikit. Maria, nanti mummy lukis peta, hang tinggal cari ja mana mummy tanam naa. Berbakti lah pada diri sendiri dengan membeli emas. Sikit demi sikit pun tak apa, nescaya tak merugikan.

Dalam sebulan sehingga 31 januari ni, aku nak berterus terang apa yang paling gempak dah dicapai. Benda yang amat dibangga kan adalah aku dah dua kali dikaunseling sebab datang kerja lambat. Baru je berniat nak mengekalkan rekod suci. Malang betul sebab perangai lama masa belajar dulu rupa rupanya dah sebati dalam jiwa. Agaknya selama ni yang aku dok datang awal tu lakonan semata mata. Tahniah.

Dan sebenarnya, 31 januari adalah sangat penting sebab ia adalah hari jadi awak yang ke 26. Jangan risau sayang, awak tetap nampak seperti kita di darjah 6 dahulu. Waktu awak dipaksa makan kapur oleh saya. Dan awak tetap seperti 14 tahun lepas masa awak sibuk bermain bola di padang gaya star star dan saya sparrow awak dari jauh. Haha. Dan awak tetap nampak comel sama macam umur awak 12 tahun dan awak galak bermain main basikal siap buat willy di kawasan rumah saya. Wow. Jiwang nya gua.

Tak ada hadiah yang special nak bagi. Cuma, gua ada err err err hati yang murni penuh kasih sayang untuk mu. Hehe.

To the man who owns my heart, Mohd Hafiez bin Akib,
This is for u . . .




yes u.

p.s: saja tunggu 10 hari bulan (:

No comments: