Sebab semalam awal gila aku tidur, ah sebenarnya tertidur haha padahal niat nak habiskan kougar tapi terlanjur tidur, maka tengah hari ni daripada melepet dengan kak ikan bawah meja menghayati mata, aku rancak scroll sana sini gambar kahwin yusry lisa. Sungguh bergenang mata tengok indah nya ciptaan Tuhan. Semoga majlis perkahwinan aku kelak pun mampu meneteskan air mata dan buat kak ikan ternganga kagum tengok aku pun putih macam lisa. Haha.
Dalam sibuk sibuk aku nak menghidang kuih pagi tadi, seekor piranha baru cepat sekali dah sampai pantry. Memang ikut perkiraan aku, kalau bukan hal makan dan pemakanan, nescaya awek tersebut tak akan menjengukkan muka langsung untuk menolong.
Kadang kadang aneh, umur dah 26 tapi masih ada lagi perangai suka makan sorok sorok kesek kesek bunyi plastik bawah meja. Kali terakhir aku tengok insiden macam tu, masa kat stf dulu. Haha. Sebab aku pun pernah ar pernah ar pernah tengok. Kedekut punya pasal, sanggup makanan expired daripada hulur kat kawan. Haha. Aku ke.
p.s: gua tak sabar bro !
Tuesday, February 28, 2012
Thursday, February 23, 2012
26 yo
Diam tak diam, umur arr arr arr hafiez, echah, syaf, mira semua dah 26 tahun. Haha. Tak sangka dah tua bangka. Tak sangka dulu sweet 16. Sekarang dah lebih suku abad. Haha.
Ye. Sebenarnya aku pun dah menginjak dewasa. Sangat dewasa. Segala keputusan sekarang aku dah memandai buat sendiri. Dah matang lah katakan.
" if you're ever down, though, an Aquarius will jump at the chance to buy you dinner or buy you anything for that matter to cheer you up.” beruntung kan kawan dengan aku. Haha. Wekk.
Thanx y'all.
Ye. Sebenarnya aku pun dah menginjak dewasa. Sangat dewasa. Segala keputusan sekarang aku dah memandai buat sendiri. Dah matang lah katakan.
" if you're ever down, though, an Aquarius will jump at the chance to buy you dinner or buy you anything for that matter to cheer you up.” beruntung kan kawan dengan aku. Haha. Wekk.
Thanx y'all.
Thursday, February 9, 2012
31 Januari
Sepatut nya aku berniat nak update benda ni dalam seminggu lepas. Kira kira pada 31 januari hari tu. Bukan nya apa, sebab dah sebulan 2012 berlalu. Tapi tak sempat.
Sehingga 31 januari hari tu, apa yang sangat sangat dibanggakan adalah sepanjang bulan tersebut aku perasan mama dan aku saling call antara satu sama lain dalam kiraan purata lebih 6 kali sehari. Bercerita sakan. Bercinta dah lagaknya. Mama, kakak rindu lu.
Seperti biasa kegemaran tahunan, setakat 31 januari aku berjaya menambah harta karun sikit sikit. Maria, nanti mummy lukis peta, hang tinggal cari ja mana mummy tanam naa. Berbakti lah pada diri sendiri dengan membeli emas. Sikit demi sikit pun tak apa, nescaya tak merugikan.
Dalam sebulan sehingga 31 januari ni, aku nak berterus terang apa yang paling gempak dah dicapai. Benda yang amat dibangga kan adalah aku dah dua kali dikaunseling sebab datang kerja lambat. Baru je berniat nak mengekalkan rekod suci. Malang betul sebab perangai lama masa belajar dulu rupa rupanya dah sebati dalam jiwa. Agaknya selama ni yang aku dok datang awal tu lakonan semata mata. Tahniah.
Dan sebenarnya, 31 januari adalah sangat penting sebab ia adalah hari jadi awak yang ke 26. Jangan risau sayang, awak tetap nampak seperti kita di darjah 6 dahulu. Waktu awak dipaksa makan kapur oleh saya. Dan awak tetap seperti 14 tahun lepas masa awak sibuk bermain bola di padang gaya star star dan saya sparrow awak dari jauh. Haha. Dan awak tetap nampak comel sama macam umur awak 12 tahun dan awak galak bermain main basikal siap buat willy di kawasan rumah saya. Wow. Jiwang nya gua.
Tak ada hadiah yang special nak bagi. Cuma, gua ada err err err hati yang murni penuh kasih sayang untuk mu. Hehe.
To the man who owns my heart, Mohd Hafiez bin Akib,
This is for u . . .
yes u.
p.s: saja tunggu 10 hari bulan (:
Thursday, February 2, 2012
Al Kausar
Di kala diri mengalami tekanan, dan tak mampu berbuat apa apa, bacalah surah Al-Kausar 3 kali. Tiupkan ke dalam air. Minum dan sapu sedikit ke muka - petua ustadz. Selamat mencuba.
ps: God tests us with what we can endure. InsyaAllah. Have utmost faith that u are indeed strong.
ps: God tests us with what we can endure. InsyaAllah. Have utmost faith that u are indeed strong.
Subscribe to:
Posts (Atom)