Monday, September 26, 2011

riang ria hari raya 3



Raya dah nak habis, tapi masih bernafsu nak update pasal riang ria hari raya ye uolss. Haha. Apa guna perayaan sebulan dalam setahun ni kau cuma rasa kehangatan 7 hari pertama je. Kan ke lopek tu.

Kali ni punya riang ria hari raya adalah bersama dengan rakan rakan ofis aku lagi. Kalau hari tu disambut sesama jabatan je, tapi kali ni skop dia luas lagi. Siap involve kilang pengeluar produk lagi. Kalau ofis kau tak segalak macam kitorang, sila jeles.

Kesempatan menyediakan air minuman untuk para tetamu direnggut pantas oleh en sofian tanpa kompromi semata mata semangat berkelab dan meningkatkan dana kelab. Kitorang pula, apa apa yang berunsurkan boleh semangat berkumpulan, oh lebih tepat lagi berpuak, kitorang memang suka. Gerai paling dikunjungi ramai dah sah sah lah gerai air kitorang. Selain peramah dan jujur dalam urusniaga penyediaan air, kami mesra tetamu. Semua tetamu nescaya terkejut dengan sorakan tak pasal pasal oleh kitorang. Gempak kan. Haha. Poyo lah pulok.


Sebenarnya aku saja nak menunjuk tak payah pakai lomo ke holga ke, aku boleh hasilkan gambar macam ni. Haha. Padahal kempunan nak lomo kamera ye.

p.s: esok sebelum habis betul syawal, akan ada satu lagi riang ria hari raya 4. haha gelojoh

Sunday, September 18, 2011

menjadi pelancong di tempat sendiri


Walaupun berada jauh dari kl, aku tetap rasa macam kat kl juga. Tak sangka, selama 25 tahun hidup, inilah kali pertama aku nampak jelas johor juga tiada tandingan tahap hype nya di waktu malam. Ramai juga kupu kupu malam kat sini. Makan makan di restoran singgah sana, eh singgah selalu betul betul mengingatkan aku dengan rasta. Susunan meja, kedai kedai, bau dan aroma shisha, lampu kelip kelip, skrin besar, pilihan makanan yang ada, hingar bingar orang ramai dan bunyi ekzos kereta yang tak reti weh ni malam lah sama je macam di rasta. Haha. Jakun.

Dari tengah hari aku celik mata, dah nak dekat pukul 5 petang baru lah tergerak nak mandi. Gara gara nak tengok wayang kat johor yang abadi di hati ni aku persetankan tabiat dan hobi lama aku malas mandi di hari cuti. Aku korbankan aktiviti mengepak tangan belakang kepala silang kaki depan tv tengok dr. house semata mata nak rasa angin johor.

Lepas je selesai terbahak bahak ketawa tengok Raya Tak Jadi, oh lagi galak orang sebelah aku ketawa walaupun katanya demam, aku terus kan meninjau bandar johor bahru. Meliar mata aku tengok pembangunan lampu lampi di sepanjang jalan. Lagi terpinga pinga bila aku dibawa masuk taman tema ke apa tah kat danga bay tu. Haha. Seumur hidup aku, ini juga merupakan kali pertama aku masuk kawasan tu. Aku ingat kat kl je yang havoc di malam hari. Ok, aku jakun lagi. Alangkah bagusnya johor darul ta'azim ni yang mempunyai tempat hebat untuk berjalan malam, tapi tak dikenakan sebarang bayaran masuk malah parking di mana mana juga tak payah risau kena clamp. Haha. Sakit leher tahu tak terpusing pusing kepala tengok basikal yang macam beca ke tuktuk ke aku tak pasti, dikayuh keliling danga bay ni. Jakun.

Minggu depan balik johor lagi. Dan kali ni aku balik bersama sgf. Boleh lah aku berlagak dengan dorang hei johor pun gempak lah malam malam lalu membawa mereka bergembira di sini.

singgah selalu, 2 lalu, 3 lalu


p.s: as long as u are around (:


Tuesday, September 13, 2011

riang ria hari raya 2

Minggu lepas, department aku yang gempak gila haha mengadakan open house versi jimat tapi nak meriah. Haha. Majlis yang diadakan di ruang kerja sendiri telah berjaya menampung tetamu seramai lebih kurang 70 orang yang tak henti henti datang. Makanan taknak kalah dengan hotel. Ada nasi jagung, rendang daging, ayam masak merah, soto ayam, roti jala, lemang, serunding, pajeri terung, abc, cendol, teh tarik, sarsi, cincau, puding caramel, haa lenguh nak menaip. Haha. Sambil menjamu selera, tetamu dihidangkan juga dengan persembahan oleh tuan rumah yang rata rata dah hilang pedoman.

suka bergambar tanpa aku


dengan tetamu rumah depan

hehe, bos aku comel


kan betul, ada karaoke. kan ?




Nah, persembahan hingga larut malam. Semua tak nak balik. Haha.



p.s: penyakit tidur dah melampau lampau sekarang ni

Monday, September 12, 2011

bunga-bunga cinta



Esok kerja dan esok adalah hari isnin. Hari yang paling tak disukai ramai orang sebab mood bercuti masih ada saki baki. Mana puas, hujung minggu 2 hari. Letak lah 4-5 hari sepatutnya. Bila tak cukup, selalunya isnin muka aku konfem tak siap.

Terkecuali untuk isnin versi esok pagi ni. Aku rasa sambil aku menaip ni pun hati aku berbunga bunga cinta. Terawang awang bagai pari pari yang baru sahaja menemui cinta sejatinya. Haha. Bajet pari pari nampaknya. Muka aku panas je sebab darahdah letih nak mengalir dari tadi senyum senyum cinta. Tangan aku masih bau bau hangat cinta semerbak kasturi. Geli lah pulak ulang cinta dari tadi. Haha.

Sampai sampai je majlis, aku dah melilau cari kelibat kekasih. Mana dia sang pencuri hati. Hatta nampak je, aku tak membuang masa mengambil kenangan cinta berdua dengan dia. Menunggu sangat saat dia menyanyi lagu yang aku tau senyap senyap dihasilkan khas untuk aku, aku dah mula berdebar debar.

Walaupun halangan batu bata di hadapan masing masing kepak tangan tegar ambil gambar dan video beliau, halangan kenalan baru yang tak sampai 2 minit bersuai kenal dah berlari lari mendapatkan bunga untuk aku beri pada buah hati, halangan mengelak cahaya lensa ke apa tah ke muka aku, aku gigih menyelit untuk sampai ke cinta hati. Harapan bunga yang nak diberi akhirnya ke jinjang haha akhirnya dipelawa untuk menyemat bunga ke poket bajunya.

Tengok lah aku sekarang banyak gila kuasa dan tenaga untuk mengharungi jam jam kritikal sebelum masuk isnin bekerja. Kerana cintamu Anuar Zain, aku tak perlukan kopi.

masa ni tengah line 'ternyata kuperlukan cinta dari dirimu sayang'


tengah bertenang selit bunga


bunga bunga cinta ku yang tak akan layu, haha.


semoga kita terus berbahagia, nuar.

Sekarang, aku dah boleh tidur. Ye, aku kuat bergurau. Tapi kadang kadang ada selit serius sebenarnya.

p.s: selamat bekerja semua !


Wednesday, September 7, 2011

sungai spirulina

'Makcik asal mana ?' aku tanya makcik sebelah kiri aku.
'Tawau nak, nanti kalau anak nak pergi tawau, talipon aja makcik, makcik bagi pinjam myvi pakcik' makcik hajah bunga offer aku. Aku tersenyum simpul. Sambil mata aku curi curi tengok 3 orang pelancog asing depan aku ni. Teka dalam diam, orang korea ke, china ke, jepun.

Dalam sibuk melayan angin yang rancak mengibas ngibas tudung aku menampar orang sebelah kanan aku dan telinga aku cepat nak menangkap pakcik tarmimi siregar tu cakap apa pasal kampung morten dan mata aku sibuk menangkap beberapa lukisan graffiti yang saling tak tumpah macam lukisan aku haha, tiada siapa pun yang tahu betapa lajunya jantung aku beroperasi.

Kadang kadang terasa tangan dia mengusap kepala aku macam aku selalu buat kat ciko. Dan aku macam dapat dengar setiap hela nafas dia. Sama ada dia berdengus kuat atau telinga aku dah tak berapa pekak. Haha. Segala yang sedang berlaku masa tu macam mimpi. Macam angan angan masa darjah 6 dulu. Ni kalau cikgu samirah tau, memang die hentak aku dengan pembaris.

Pandangan mata dia, bahasa tubuh dia, setiap apa yang dicakapkan, kedengaran sempurna. Tak ada cacat cela. Sempurna kat mata aku.

Bermimpi naik cruise di sungai hijau spirulina melalui jambatan hang jebat dan beberapa jambatan lain yang aku dah tak ingat. Kenapalah aku terbangun masa baru nak sampai scene jiwang ni. Haha.

kau pernah mimpi naik cruise ? aku pernah (:


p.s: ma, kakak demam ):

Saturday, September 3, 2011

riang ria hari raya 1



Sukanya aku dengan perasaan aku sekarang ni. Perasaan berada di rumah yang dari tadi berpeluk tubuh tengok ciko meleset leset kat aku. Mama dari tadi jerit jerit kakak apakah makna raya kali ni kalau dari tadi tak mahu mandi dan fikah sibuk bersiap sebab ingat mak aku nak bawak dia pergi jalan haha padahal tipuan semata. Ayah aku dah membawa diri pergi jogging, katanya banyak makan raya kali ni, sedangkan kami bertiga perempuan perempuan gemuk bersantai sahaja di rumah. Haha.

Baru balik dari kampung memang memenatkan. Selain banyak kerja sebab tetamu tak putus putusss datang, faktor lain juga menyumbang kepada keletihan aku. Contoh nya cuaca. Rupanya malaysia negara tercinta jauhhhh lagi baik dan selesa suhunya berbanding kampung. Kampung ku di negara bersalji lah katakan. Kelainan masa juga dah menyebabkan aku sedikit jetlag. Sekarang aku tahu lah kenapa melampau sangat eye bag aku ni.

Beraya sakan betul kali ni. Eh, bukan kali ni sahaja. Setiap kali raya lah sakan nya. Tak ada sekali pun aku memakai baju kasual lebih dari 2 jam. Sebab selalunya aku memakai baju raya. Nenek, pakcik makcik aku, dan adik adik saudara aku banyak betul mencipta memori terindah dalam kepala otak aku ni. Oh, kamu juga. Hehe. Nah gambar raya aku selama 6 hari di kampung.


sesuai dengan tema diri yang skema, semua gambar adalah dalam bentuk senang diri dan jaga sedia


kalah urtv gittewww


kelopak tudung aku macam karipap karipap cinta kan


nampak tak paksu aku tengah bergelak tawa di belakang.



Bila tengok semua gambar aku tak sangka, pandai aku behave bila bersama keluarga. Haha. Kalau tak semua gambar tak senonoh. Haha. Okaylah, aku nak keluar nak ambik udara pasir gudang pulak. Rindu.



macho jugak bila aku ada kumis.


p.s: esok aku buat open house, mini punya. Kalau sempat, kau datang lah.