Friday, August 26, 2011

Selamat hari raya aidilfitri 1432H


Di hujung hujung ramadhan ni, daripada prasangka buruk mengata aku cakap belakang, mengumpat kau, mengutuk kau, baik kau sucikan hati. Dah kira teruk tau tak 'berburuk sangka'.

Petang ni balik pasir gudang. Berdebar debar nak balik raya kali ni. Selain cemas sebab mungkin jem atau biasalah jalan raya sukar diduga, aku juga berdebar debar sebab arr arr arr balik dengan arr arr arr. Haha.

Hari ni juga adalah birthday adik aku yang jelita tapi kurang jelita dari aku. Tak sabar nak jumpa dia malam ni. Aku dah siap siap kan hadiah untuknya. Semoga dia berbahagia dengan hadiahnya yang penuh kasih sayang dan pemurah hati ini.

Takut kat rumah nanti tak sempat bukak blog, aku dengan rendah hatinya, memohon ampun maaf pada sekalian pembaca. Segala kata nista secara sengaja atau tak sengaja, harap diampunkan. Sesungguhnya, aku cuma lah manusia biasa yang belum cukup matang dan bijak mengawal tutur kata dan perbuatan. Semoga kita semua benar benar mendapat keberkatan aidilfitri pada kali ni.

Sebelum beredar, di bawah adalah gambar sekitar majlis buka puasa budak sekolah aku minggu lepas. Makan kat hadramawt gittewww. Makanan arab yang penuh kontroversi siap ada 'Musrom' soup dan pelbagai masakan kambing. Malangnya, aku tak sampai hati makan kambing. Sebab aku bayangkan kambing tu adalah mak kambing yang anaknya mesti tercari cari mana maknya telah hilang. Tengok, aku dah bergenang sekarang. Tempat pun spesial. Makan dikelilingi kereta kereta mewah. Cekidaut.

ada bentley, porche, lamborghini dan sebagainya



9903


sambil bersembang, seet tak habis habis paksa tokey tudung ajar cara melilit selendang. PAKSA ye.


p.s: jangan sedih sangat tak balik kampung, nanti orang kampung datanglah. haha.

Sunday, August 21, 2011

jefri sandha



Kalau lah kau tahu betapa kejamnya aku paksa jari aku taip laju laju walhal perut aku sedang memulas teruk sekarang. Ni semua gara gara aku yang perasan aku dari negara timur tengah melantak segala macam lauk pauk masa berbuka dengan 9903 semalam. Cerita semalam aku update esok lusa lah sebab kumpulan gambar tak banyak.

Tadi sgf tak habis habis nak berjumpa. Takut rindu katanya sebab kelak tak berjumpa sampailah masa mira kahwin nanti. Rasa tak adil sangat. Oleh sebab aku datang lambat tadi untuk buka puasa, aku dapat kerusi yang tak ada penyandar. Nasib baik meja belakang ada jeff (pakwe hensem) yang sanggup pinjamkan belakang dia untuk aku bersandar. Thanks jeff.

Kata jeff, dia kerja kat laut dalam. Kira pelayar lah kot. Selalu berlayar setiap pelosok dunia. Jadi kami bertukar tukar alamat ym. Mana tahu dia nak belikan aku keychain sejak dia tahu aku memang gilakan rantai kunci. Sempat jugak kan bagitahu hobi sedangkan aku sibuk sebenarnya melayan telatah hamster, shuze, syaf, nadia dan natali.

shuze lei


hamster dan natalia


bersama cawangan subang


selca


macam biasa, aku terkeluar


nampak tak adik comel di depan tu

Jeff dengan aku ? Ala macam biasa, asal cerita berangan nama kena jefri atau azlan atau johan. Mana ada lelaki kacak belakang aku. Kalau ada pun, mahukah dia tumpangkan belakang dia untuk aku berteduh eh bersandar bila tengok perangai aku. Kau tengok.

macam lipas

rimas kan

Okay lah. Taknak buang masa. Esok masih bulan puasa. Cepat niat. Selamat bersahur.


p.s: jangan lah perli perli sangat.


Tuesday, August 16, 2011

Baju raya aku tahun ni warna kelabu

Halo. Dah 16 hari kita berpuasa. Alhamdulillah. Semakin hari nak beraya ni, semakin semak aku jadinya. Selain serabut macam mana aku nak agihkan duit raya ni sama adil sesama mama ayah fikah ciko dan adik adik saudara aku, aku juga serius keliru tak tahu baju raya aku nak pakai yang mana pada hari ke berapa. Haha. Bajet macam banyak baju kau.

Kenangan masa aku kecil dulu lah kan, hari pertama mesti pakai sama warna dengan mama ayah dan fikah. Kalau boleh kain tu harus satu kayu. Sungguh marhaban gayanya. Hari kedua harus sama dengan adik adik saudara aku. Supaya boleh buat gambar lompat lompat di padang sekolah depan rumah. Hari ketiga, pakai baju yang agak jantan sikit. Seluar ke overall ke. Hari keempat, aku besederhana je. Selalunya pakai baju tahun lepasnya tak pun pakai baju mak aku masa muda. Sekian.

Padahal baju raya aku yang sebenar benarnya baju raya ada satu je tahun ni. Yang lain lain baju majlis. Tak kuasa aku nak pakai baju tu sekali sahaja. Rasa menyesal sehingga nak menconteng arang ke muka sendiri. Tudung aku pakat recycle je dengan fikah.


baju majlis 1: semoga aku tak kak nam sangat macam di atas

baju majlis 2: baju di atas bawak pergi marhaban hahaha nenek aku konfem baling baling ketupat aku mengamuk

Ada lagi 2 baju majlis. Satu company sponsor, satu lagi nak kena pakai masa mira kahwin. Betul tak aku cakap, baju raya tak ada lah raya sangat *menangis* sebab harus berjimbat eh berjimat. Adik adik saudara punya pasal.


p.s: u make me smile, yes u. u know who u are (:


Sunday, August 14, 2011

Jangan ejek gagak



Tengah sedap sedap menjamu selera kat kantin sekolah kebangsaan pasir gudang 2, dengan air sirap 20 sen nya, dan tangan aku sibuk menyauk makanan diyana kat sebelah aku ni, mata aku tertangkap kat satu ekor burung gagak. Burung gagak ni betul betul bertenggek kat atas pagar depan kelas aku dan sebelah kantin. Dalam hati risau jugak kalau gagak ni terbang dan membawa lari keropok lekor aku.

Aku pesan kat diyana jangan ajuk burung gagak. Aku yang gelojoh gila menyuap keropok lekor sebab jam boy london yang sedikit masa dulu bapak terkenal dah menunjukkan lagi 5 minit je lagi rehat nak habis. Lagipun, yelah risau kang tak pasal pasal gagak tu sempat rembat sebatang dua dan aku ditanya lagi. Ajuk macam mana. Jangan aaak aaak aaak sangat lah bila nampak gagak. Kang cuping telinga kau koyak. Aku pun tak ingat siapa menyebar pantang larang ni kat aku. Hernawati agaknya.

Diyana ni degil boleh tahan. Padahal aku dah ingatkan dia bahaya nya sama dengan bahaya kalau kau tunjuk pelangi kat langit pakai jari telunjuk kau. Nanti kudung. Kena tunjuk pakai ibu jari tangan.

Diyana pun mengejek gagak tu. Aaak aaak aaak.

Lantak kau lah diyana. Aku tengah sibuk pula usha hafiez akib yang baru je lepas makan ni lalu lalang depan kitorang. Weh, adakah dia perasan aku selalu tengok dia gelecek bola masa dia kat padang. Pakal je sombong. Kalau tak aku mesti dah hantar surat ke biodata ke (masa dulu aktiviti hantar surat macam ni memang glamor). Haha. Darjah 6 lagi aku dah gatal.

Keesokannya masa latihan bola jaring, diyana bisik kat aku. Sai, telinga aku luka lah kat cuping bawah. Ha, kan dah kata.


Aku tak pernah ajuk ciko meow meow, tapi ciko ajuk aku. Panggil mak aku ma ma ma. Ini benar ye.


Hari ni ahad, hujan pula tu. Selesa kalau berselimut dan mengangkang saja kat rumah. Tapi aku bekerja. Sob sob.


p.s: sudahkah awak membeli tiket bas balik johor ? aku belum.



Monday, August 1, 2011

Fadhilat solat terawikh


Assalamualaikum.

Apa khabar semua. Hehe. Hari ni adalah hari pertama kita puasa. Aku alhamdulillah puasa habis satu hari penuh. Tak sempat tuang. Saitan dah kena ikat. Mintak mintak esok pun tak ada aral juga nak puasa. Macam tu juga lah aku doakan untuk anda semua. Ceh ceh ceh.

Di bulan baik ni, marilah sama sama kita mencari keredhaan berlipat kali ganda dariNya. Oleh itu, nah ni dia fadhilat sembahyang terawikh setiap malam bulan ramadhan. Tak dapat buat sebulan, buat 2 minggu pun boleh tak pun buat seminggu. Kan. Tapi, selesaikan yang wajib dulu lah. Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak. Ye, ni peringatan untuk diri sendiri yang senang hanyut jua.

Kelebihan Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

Kelebihan Malam Ke-2
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

Kelebihan Malam Ke-3
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

Kelebihan Malam Ke-4
Akan memperolehi pahala sebagaimana phala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Kelebihan Malam Ke-5
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

Kelebihan Malam Ke-6
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

Kelebihan Malam Ke-7
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

Kelebihan Malam Ke-8
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

Kelebihan Malam Ke-9

Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

Kelebihan Malam Ke-10
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

Kelebihan Malam Ke-11
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

Kelebihan Malam Ke-12
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

Kelebihan Malam Ke-13
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

Kelebihan Malam Ke-14
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

Kelebihan Malam Ke-15
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Kelebihan Malam Ke-16
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Kelebihan Malam Ke-17
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Kelebihan Malam Ke-18
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

Kelebihan Malam Ke-19
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Kelebihan Malam Ke-20
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

Kelebihan Malam Ke-21
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

Kelebihan Malam Ke-22
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

Kelebihan Malam Ke-23
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

Kelebihan Malam Ke-24
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut

Kelebihan Malam Ke-25
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

Kelebihan Malam Ke-26
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

Kelebihan Malam Ke-27
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

Kelebihan Malam Ke-28
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

Kelebihan Malam Ke-29
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

Kelebihan Malam ke-30
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Selamat menyambut ramadhan al mubarak 1432H.


p.s: esok serbu bazar ramadhan taman tun pula.