Sunday, December 19, 2010

Pre- Dungun 2: Lepak tanpa ambil gambar



Dari jumaat sampai hari ni ada sahaja pengisian bersama sama. Perjumpaan berkala yang sepatutnya setiap isnin terpaksa dibawa ke jumaat. Haha, macam apa je kena tukar tempat sebab konon jasima tak mampu nak menampung keriuhan ahli kali ni. Siap dari sarawak pun dijemput sekali. Oh, kawan lama kat kmns dulu pun diwajibkan datang. Bising tak bising sangat lah, tapi makcik goreng pisang siap paksa beli goreng pisang salut madu dia kalau nak pinjam kan mangkuk. Dah lah asyik lalu lalang.

Selalu berebut table dengan pakwe belakang tu kat jasima. Lepas tu makwe nya pasti jeling sebab tertekan dengar budak budak ni ketawa kuat kuat.

Sabtu lepas bekerja paksa, aku bergegas gegas pergi rumah z. Ah, mengada gila suruh datang sebab keseorangan. Dah lah aku kena tipu kata nak datang tinggal makan tapi akhirnya, aku kena masak sendiri dan kena tunggu ecah untuk masak lauk utama sebab lauk sotong masak kicap tanpa niat aku tak menyelerakan. Maka, kena tidur sebentar sebab tau malam tersebut pasti nak all out nak guna sehabis tenaga. Tapi, ah siye cuma duduk rumah tengok bola dan aku tak boleh terima kenyataan ada pengulas kedua oleh z.

Sebab malam tadi kecewa ah sebab kau ecah kata nak karaoke sampai 2-3 pagi tapi terpaksa kansel jadi hari ni, sebaik sahaja selesai sarapan dan makan tengah hari, kitorang jalan laju laju ke mines nak menyanyi merdu merdu. Semua lagu nak larung kenapa tak ada masalah, tapi yang hengkau nak joget joget masa nyanyi lagu hati kama tu yang aku tak tahan. Haha. Zack zack. Oh lupa pulak affa naik hantu bila dapat pegang mikrofon. Dalam hatiku berbisik, agaknya kat sarawak tak ada pusat karaoke.

Saja je nak update diari kehidupan. Mengisi masa terluang. Nak tidur, petang tadi aku dah pulun 2 jam. Tak campur masa aku curi curi tidur dalam kereta masa brader rahman drive. Pandai kan aku berlakon, sebab semua soalan dia aku jawab. Haha. Oh oh adakah esok bekerja. SGF jom kita berkumpul, kita harus berbincang pasal baju warna apa nak pakai nanti. Taknak majlis perkahwinan z porak peranda sebab pilihan warna sangat caca marba (sebenarnya nak bincang nak pakai lagu apa buat video klip kat sana nanti).

Kan seronok kan. Kawan dengan aku seronok kan sebab aku rekod peristiwa pahit manis korang kat sini. Nah, ambik diriku ini sebagai hadiah persahabatan abadi. Ecah dah pakai kan reben lagi.


p.s: SGF, jom jumpa, kita pre dungun 3 mandi air terjun.



2 comments:

absyaB3$h said...

date date date! nk mohon cuti tahunan..aku da jauh ketinggalan nih...ces

sayda dino said...

besah: hujung bulan 1 lah kot. masa azeela balik malaysia. kau tolong bersiap sedia ok. kita lumba selam