Sunday, December 13, 2009

aku suka anak kecil

Best betul baru bangun tidur. Macam ni barulah anak dara sebenar. Haha. Dah 3 hari hidup aku bergelumang dengan anak2 bos aku. Mengendalikan anak2 kecil sepanjang di kedah (nanti aku sediakan cerita pendek semasa di sana) memang sesak wehh. Perangai masing2 memang mencabar kesabaran dan keayuan aku. Dari elok2 aku melayan, terus aku berubah jadi singa yang nak menampar sesapa je yang lalu depan aku. Macam mana lah nanti rupa dan gaya anak aku sendiri? Haha. Baru berangan nak ada anak mcm sinche (shinchan), tapi rasanya boleh meningkatkan tekanan darah je.

Umur 4-6 tahun (baru pandai mengeja, menyanyi, gosok gigi sendiri)
Nak berjalan-jalan pun susah sebab tak reti duduk diam. Umur2 mcm ni baru berpengalaman berjalan dan berlari sendiri (4 tahun pengalaman), biasalah, jadi buas. Kejap kau nampak kat depan kau, kejap kat belakang. Kejap lagi kau nampak dah dia dalam longkang terjatuh. Arghhhh..tension.

Umur 7-12
Dah masuk sekolah rendah. Dah banyak tahu benda. Dah banyak kawan. Mestilah dah banyak cerita. Ana macam ni lah. Hawa ada tu lah. Rini kawan kita olok2 lah. Adui, macam-macam. Tangan pun bukan main aktif. Selongkar handbag, ambil lipstik dan cuba di jari!!!! Ternganga aku.

Umur 13-15 (Umur lebih dari 15 aku malas nak heran dah).
Masa umur baru macam ni tapi dah pandai nak ada boyfriend memang tak tahan. Dah pandai nak memadu kasih asmara sewangi cinta abadi seharum kasturi semua tapi tak sedar yang duit topap handphone pun mak yang kasik. Lagi siut, dia lupa yang baju dalam dia pun sebenarnya belum mampu nak beli sendiri tapi marah-marah kata jangan halang cinta suci dia bila mak marah.

Aku takut nak ada anak. Macam mana kalau aku terhilang sabar lalu tercepuk anak dan anak telefon teledera? Haha. Terima kasih kepada ibu bapa saya yang sabar dan tabah melayan kerenah saya masa kecil dulu sampai sekarang (aku lupa aku nakal macam mana masa kecil).

Kan bagus kalau anak-anak di dunia ni berperangai seperti aku semasa kecil. Pasti dunia aman dan damai.

p.s: aku suka anak-anak kecil sebenarnya.

6 comments:

y@ni3 said...

Comelnye... Haha

NurulAzriKhalisah said...

comel nye...
ko ke sayda???
sebijik anak emak...

Anonymous said...

adik..

Mak adik kan dah peasan...kalau besar nanti jangan suka kutuk orang, jangan suka kenakan kawan2, jgn suka berangan. Dah..pegi baca jawi...baca jawi pun merangkak...tak malu.

mulut jahat said...

terpaksa mengaku kau cute masa ni. sebijik muka macam mak kau doh!!! hehehehehehe btw anonymous ni sapa?

sayda dino said...

kak yani: comel dan wangi.

nurul: hahai..mana kau tau muka mak aku sama mcm ni masa dia kecil?

anonymous: tak apa lah. sekurang-kurangnya saya kacau org lain dan bukan awak.

nani: baru hari tu jumpa mak aku dah kata muka aku sebijik mak aku. haha. anonymous ni 'dengki sampai mati'.

NurulAzriKhalisah said...

aku xtgk rupa mak ko mase kecik tp tgk gmbr die la cik sayda...
muke ko mase kecik sama mcm muke mak ko skrg...
muke ko skrg je dh lari sikit...
hahahaha