Sunday, December 27, 2009

cerita malam minggu

Malam tadi aku santai gila kat rumah. Rumah pakcik aku. Sejak duduk rumah dia, aku dah rasa liat gila nak keluar lepak malam. Haha. Padahal aku tak kan lah nak keluar suka suka hati. Plan tipu kena baik punya. Kalau tak, hari-hari boleh buat party buih kat luar. Layan youtube (video aku tak percaya cinta budak sekolah punya, ya Allah, loya gila) photoshoot untuk jual tudung makcik aku, dan cerekarama. Bila tah last sekali aku tengok drama malam minggu kat tv3 tu. Macam dah lama gila tak tengok. Makin lama makin tak berkesempatan. Ceh, sebenarnya makin lama makin aku dapat teka apa ending cerita melayu. So, tak mencabar.

Aku tak sangka lah pulak cerita malam tadi buat aku gelak. Walaupun skrip sumpah macam gampang. Tapi ada satu scene tu aku gelak sampai menangis nangis. Habis cair maskara aku (yang aku pakai untuk memodelkan tudung, ah, ambil gambar dari belakang je pun). Sedar sedar kepala aku bengang. Berbisa gila sebab terhantuk kerusi gara gara ketawa macam kena rasuk. Hm, nampaknya, cerita melayu masih ok. Muka pierre dan pelat 's' dia yang tak mendapat tempat kat hati aku pun boleh buat aku terhibur semalam.

Lepas tu, seperti biasa, seperti yang aku harapkan dia panggil panggil aku kat ym. Yessss

'nanti i nak mintak tolong u belikan tiket balik johor lah. tapi nanti lah'. Aku mintak tolong dia sebab tak ingat dah lah mana tempat rahsia beli tiket dia tu. Malas nak pergi pudu.

'u turun jb mana? pasir gudang? pukul berapa'

'hmm'. dalam hati aku cakap, relaks lah dulu, bukan suruh beli sekarang.

'jap..'

'lepas balik kerja'. lepas aku kira kira pukul berapa agaknya aku boleh sampai pudu. asalkan lepas kerja.

'kul 9 boleh?'

'ada ke? i x ingat ada pukul berapa. Mana u cek?' . Aneh gila, dia sibuk nak tanya masa tu jugak. Macam polis.

'ade..kul 9, 10.30, 12..u nak pukul berapa..' Ok, aku dah rasa dia macam kerja kat kaunter tiket bas pulak.

'9 lah'

'jap..ok dah..pasir gudang 31hb pukul 9 malam'. Geramnya, mana dia dapat ni.

'U buat macam mana.'

'seat no 4c..nah ambik ni reference no.' Ah, makin geram pulak aku. Tak jawab soalan aku. Gila was was.

'ish, u buat macam mana?' Aku tanya lagi. Aku dah heran dah kat sehati berdansa masa tu. Ah, lantak lah.

'hahahaha..rahsia..ni u confirm tak tahu..' Bunyi berlagak. Kalau dia kat sebelah dah lama aku tarik telinga dia.

'u bgtau i..online booking ke?' Aku dah makin panas. Tanya bukan nya nak jawab.

'Online je sayang. tp i tak boleh bagitau detail macam mana.' Ah, malas lah aku nak tanya lagi. Nanti makin berlagak. Boleh je aku cari sendiri macam mana dia buat. Tapi, malas lah. Dah malam. Mata aku dah pinar-pinar ngantuk.

Sembang nak kencang. Tapi, tak apa. Aku tetap suka....suka suka suka suka sangat!




Kalau aku tau adik aku pernah buat macam ni, aku rotan dia, tak nak dah belanja dia topap. Gedixxx

p.s: ini entri ke-100, 2009

Saturday, December 26, 2009

Embun pun belum kering lagi

bila bangun awal, bergambar pun macam tak bertenaga


Seawal 6.30 pagi aku dah bising-bising kejut dorang mengalahkan alarm handphone aku sendiri. 'Ain, bangun. Kata nak pergi muzium. Cepat. Aku dah lah nak hentam je jalan ni.' Sambil kejut ain, aku teruskan tidur. Biasa lah yang muda perlu hormat yang tua. Aku paksa yang muda-muda pergi mandi dulu. Alasan, aku driver hebat so aku kena cukup tidur (macam lah nak jalan jauh sangat).

Siap laju-laju, ingat nak singgah mana-mana kasik adik-adik saudara aku makan dulu. Dahlah, pagi masih basah lagi. Mana lah sempat ria (orang gaji maklong aku) nak masak breakfast. Kalau aku yang sediakan, mesti dorang kekenyangan terus taknak pergi mana-mana lalu aku dipersalahkan pakcik aku sebab tak bawak pegi muzium. Yelah, aku masak memang 'superb'. wohohoh.

Lepas daftar izwan untuk seminar spm tu, (ah, comel je, kakak dia yang isikan borang sebab dia masih lagi pisat pisat), aku dan dua lagi adik sedara aku terus sibuk ambil gambar kat muzium (adakah aku lupa bagitau seminar spm tu kat muzium? sooooo boring -,-). Well well well...aku dah pernah datang sini 2 tahun lepas, diorang sebenarnya yang jakun. Aku tak. haha. (tengok gambar pun tau, yang paling tua lah paling eksaited). Sayda sayda...

tangan aku ketar ketar nak tangkap gambar sendiri.haha.


keretapi err apa tah


suka bergambar je tanpa ambil tahu dengan apa aku bergambar. ruginya... (bunyi kesal)


seronok masuk muzium free tak kisahlah hari masih gelap atau apa (atau bergambar sama-sama dengan orang yang tak mandi) omaigod teha!



p.s: lepas tu, breakfast kat mahbub. mcm selalu, 'dia' tak sekolah, suka buang rata-rata.



Friday, December 25, 2009

TQ Saida, ur presence....


Pagi tu, aku letak sampul surat Damini yang aku rembat dari dalam rak. Dalam sampul tu, aku lipat lawa lawa surat cinta untuk bos dan sekalian warga Damini. Isi dia lebih kuarang macam ni ' Please accept this written statement as an advance notice of my resignation..' Aku tekad. Walaupun takde siapa pun tau, aku nak berhenti kerja yuolsss.

Ada banyak sebab aku perlu keluar dari kepompong Damini ni. Bukan sebab kerja yang tak henti-henti datang. Bukan sebab kerja dia bapak susah nak fikir macam mana nak selesaikan. Bukan sebab aku tak boleh kecap apa yang diorang ajar. Tapi, sebab kadang kala aku terfikir aku terkongkong dengan situasi. Kena ikut pergi sana lah. Kena ikut pergi sini lah. Kena jaga hati ramai sangat orang sampai hati aku sendiri sesak gila. Kehendak orang yang nak layanan lebih dari aku (tak tahu lah sebab apa) mengatasi kehendak aku yang nak tonjolkan reputasi sebenar aku semasa bekerja. Ceh, geli gila ayat aku. Tapi, betul. Aku rasa aku memang suka.

Ah, lagipun, sebab aku cepat rindu kat mak aku. Senang mimpi mimpi pasal kekucing aku kalau sebelum tidur aku tertengok kucing tepi jalan. Susah hati betul bila JARANG sangat dapat balik rumah buat aku macam nak cari kerja di pasir gudang.

Tapi, sebab kawan-kawan yang best..dan yang lagi penting, pengakuan bos pian yang berani di wall fesbuk aku pagi tadi, rasa terharu dan berat nak tinggalkan Damini. Errr, tak jadilah nak teruskan angan-angan nak letak surat berhenti kerja bawah pintu bilik bos pian. Haha.

"Tq saida, ur presence in the office makes life changes for many."


Aku tak tau lah pulak, aku berguna. haha

bos aku. sangat pandai bergambar. olololo


geng yang selalu buat rahang aku sakit sebab ketawa




p.s: lagipun ada tanggungjawab perasaan yang sayang aku nak tinggalkan


Wednesday, December 23, 2009

mak mahu kurus nyahhh!

Berat badan dah naik? haha. Cuak cuak bila tengok makin lama penimbang tu macam nak buat lahanat kat aku. Rasa nak pijak sebelah kaki. Konon berat akan nampak kurang sikit. haha. Buduh gila. Aku nak kuruslah. Nak nak bila dah ada pesanan kalau gemuk, habislah..tak dapat hadiah. wtf? Nak hadiah! Nak!

1. Makan sikit je. Kalau takut termakan banyak, mintak orang sebelah je. Lagipun jimat gila gila.

2. Jangan pakai baju baju besar ah. Bahaya. Gedoboh sana sini pastu bajet masih kurus sebab baju gabak tu masih muat lagi sumbat daging lemak berair tepu.

3. Kurang makan coklat, kek, biskut, cuppies, gula gula. Hm. Aku akan fikir banyak untuk tolak benda benda ni. So, tak jadi lah.

5. Eksesais. Naik tangga rather than lif atau eskelator. Ha, lagi lagi lepas ada kes kat kelantan tengah kat eskelator pun ada kereta boleh langgar eh hempap. Lagipun, lif selalu dijadikan lokasi untuk cerita hantu (hantu lif masa naik sorang sorang, bangang). Nah, tangga yang boleh motivasi kau naik tangga beriadah sambil berhibur. Boleh kurus yoooo. Its fun too yoooo.



Oh, lupa...No 4, aku nak cuba jugak lah. Tapi, takut nampak poyo. Nak pakai makan minum semua yang diiklankan boleh buat orang kurus.

p.s: aku nak tinggalkan dunia blogging

Tuesday, December 22, 2009

Bukan menipu

Hati tak tenang langsung bila tadi dengar dia kata ada benda lagi aku tipu dan dia tak terus terang dengan aku bila aku tanya apa lagi yang aku tipu tapi tak declare. Aku risau, kalau2 ada lagi penipuan aku yang aku tak bagi tahu.

Semalam, balik dari kerja, aku lepak dengan dia selepas aku rasa kena 'tinggal' untuk lebih sebulan. Selama tempoh tu, memang tak terkata lah aku punya rindu gila bayang tak keruan semua. Penat woh. Dari bercerita tentang masalah rumah sewa aku yang masih tergendala ni sampai lah cerita apa aku buat selama dia jauh dari aku. Senang cerita, aku bukak segala cerita yang aku tak bagitahu dia. Dengan harapan, dia tak anggap aku menipu dia. Kadang-kadang, aku bukan menipu, tapi aku nak menjaga hati orang sekeliling aku. Terutama sekali, hati orang tersayang. (betul, aku sayang). Dan terutama lagi, aku tak tau sampai bila aku ada masa dengan dia. Jadi, aku nak bagi the best kat dia sepanjang-panjang dia ada dengan aku.

Okaylah, aku tambah lagi satu, selain nak nak start mengaji quran sebagai azam tahun baru..aku nak berazam, aku nak kurangkan penipuan (ces, terpakasa cakap aku menipu padahal aku cuma sorok perkara sebenarnya).


Akhir kata, hambek kau gambar HODOH NAK MAMPUS aku masa jadi pengapit. siut. Kenapa muka aku tak boleh blah???!!



Nak keluar, nak sedapkan hati. Babi. Eh, babai.

p.s: susah nak jaga hati orang yang aku suka.

Saturday, December 19, 2009

Adik pun ok

Lupa nak cerita, satu masa dulu, masa aku terserempak dengan cinta hati aku, Faizal Tahir...aku pun sebenarnya berkenalan dengan adik dia. Nama dia Anas. Tapi, dia masih tak dapat menandingi bakat dan kebolehan abang dia memikat hati aku. "Tak apalah faizal, i suka u sangat..nak dapatkan u, i kena tackle adik u juga.." Haha. By the way, dia kelakar macam celaka ok? Video dia semua tak boleh blah. Suara dia akan lebih sedap kalau dia tak buat muka aneh. Haha.



Amacam?


p.s: masa aku bagitau anas, aku kenal dia sebab aku layan dia nyanyi kat youtube, dia terkiput-kiput malu. masa tu aku rasa dia hensem jugak~

Tuesday, December 15, 2009

boleh tak?

Semak-semak...Seperti nak cabut sekejap ke alam fantasi dan bila dah dapat ke'sukaria'an, barulah aku nak balik semula ke dunia realiti. Ewah, berangan tak hengat.

1. Boleh tak aku nak rumah yang aku boleh duduk sendiri tak payah bayar sewa ke apa dan cukup dengan perabot indah mahal segala?

2. Boleh tak nak dapat rumah yang walau kena bayar sewa tapi bapak murah (range harga RM20-RM50 sebulan). Murah-murah pun tapi aku still nak lengkap (atau sikit-sikit pun boleh) dengan perabot moden kontemporari dan orang gaji juga? Jadi, malam-malam tak payah fikir nak masak apa. Hujung minggu tak perlu susah hati fikir nak basuh baju buat berapa kali trip. Bibik buat semua.

3. Boleh tak nak duduk rumah yang selamat dari segala jenayah? Kalau ada pun sikit-sikit je macam buang sampah tepi jalan dan memijak rumput. Dan selamat sebab ada abang polis yang sikit punya hensem tak boleh blah jaga kawasan kejiranan. Tak nak pakgad myanmar, bangla, indon, dan semua yang imported mengawasi kawasan rumah aku malam-malam round pakai motor yang ada lampu pusing-pusing dan cota panjang sehasta??? Ha, bagilah senjata api hebat sikit. Bolehlah aku tidur berdengkur dengan aman.



4. Boleh tak dapat rumah yang jiran-jirannya terdiri daripada artis-artis terkenal? Tak payah lah aku nak berharap sangat terserempak dengan artis masa jalan-jalan kat shopping complex. Senang-senang bolehlah mintak autograph masa tukar-tukar juadah, lepas tu bergambar dan mengambil tahu hal semasa artis lain. Macam..gosip lah.

5. Boleh tak agaknya aku nak ada rumah yang free parking? Lupa, free tapi sangaaaaaaaat selamat ditinggal macam tu saja. Malas lah malam-malam balik kerja aku kena berhempas pulas nak pasang besi berat kat stereng.

6. Boleh tak nak dapat rumah yang walaupun bukan free parking tapi sekali masuk kena bayar? haha. Tapi, ni bukan aku yang bayar. Tapi management yang bayar. Sekali parking kat kawasan rumah dia, aku dapat bayaran RM5. Kira penghargaan aku nak parking kat tempat dia lah. Hari-hari RM5 selama 2-3 tahun, bolehlah aku beli sebijik lagi kereta baru. Yahuuuu!

7. Boleh tak nak ada rumah (lagi pasal parking) yang ada bumbung parking dan tembok-tembok parking aku dibaluti span agar kereta aku tak tersagat kalau salah estimate. Lagi best kalau tempat parking kereta aku tu ada sensor. Kalau salah masuk, tempat parking tu yang berbunyi. Aku nak suara faizal tahir (berbisik manja sahaja) cakap 'sayda sayang, kanan sikit, u belok lebih sangat tu' hespesyeli ketika masuk reverse parking.

8. Boleh ke tak aku nak ada rumah yang dekat dengan semua tempat? Tempat kerja, shopping mall, LRT, masjid (ecececeh), tempat-tempat percutian....yang tak ada apa-apa 'cas tersembunyi' untuk ke sana.

9. Boleh tak nak ada rumah yang kalau aku tak duduk sorang tapi ada housemate yang kaya raya, banyak makanan lazat, baju-baju hebat, tapi tak kedekut dan tak kisah kalau-kalau aku nak angkut kawan-kawan aku 'karox' kat rumah?

10. Boleh tak nak ada rumah yang sebenarnya sekentut je dari rumah mak bapak aku tapi aku nak kat kl dan mak bapak aku kat johor? Ah, senang cakap, boleh tak kl dan johor jaraknya sekangkang kera saja sebab kalau malam-malam rindu mak boleh balik rumah mak dan tidur bawah ketiaknya.

11. Boleh tak...boleh tak...boleh tak kalau kau cari kan aku rumah sewa baru? Kawasan rumah aku parking mahal nak mampusss tapi kes pecah kereta dan dibawa lari semakin menjadi-jadi. Sewa rumah lagi murah dari kotak parkir. Serabut kepala aku. Rambut pun dah caca marba asyik garu-garu fikir solusinya.


p.s: carikan je lah. Ciri-ciri idaman kat atas tak susah sangat pun.


Monday, December 14, 2009

Pre-bandung (episod: Nani budak pandai)

Mulai semalam, apa-apa perjumpaan bersama kawan-kawan-yang-pergi-bandung-bulan7-tahun-depan akan dianggap pre-bandung. Kali ni episod 'nani budak pandai' sempena meraikan kebijaksanaan beliau dapat 4 dalam semua subjeknya. Cis, aku jeles dengan budak pandai bila dapat kek besarmahallazatyangdibelanja sebab dapat result canggih. Nani, lain kali tak payah foflet, nanti aku bankrup.



"Mulut saka dapat 4 flat!! congratzzz"



Oh, ada video ucapan tahniah juga dari kami semua. Ish, aku terlupa nak wish sebab sibuk merakam. Nani, tahniah. Anda berjaya buktikan anda sama pandai dengan saya. Ah, kabir lagi nak selit-selit ucapan untuk baby natali.




Gambar penutup depan pokok krismas. Ok, sangat jakun.

p.s: bila berjumpa kawan-kawan, semak dalam kepala hilang terus walaupun tenaga habis terus.

Sunday, December 13, 2009

aku suka anak kecil

Best betul baru bangun tidur. Macam ni barulah anak dara sebenar. Haha. Dah 3 hari hidup aku bergelumang dengan anak2 bos aku. Mengendalikan anak2 kecil sepanjang di kedah (nanti aku sediakan cerita pendek semasa di sana) memang sesak wehh. Perangai masing2 memang mencabar kesabaran dan keayuan aku. Dari elok2 aku melayan, terus aku berubah jadi singa yang nak menampar sesapa je yang lalu depan aku. Macam mana lah nanti rupa dan gaya anak aku sendiri? Haha. Baru berangan nak ada anak mcm sinche (shinchan), tapi rasanya boleh meningkatkan tekanan darah je.

Umur 4-6 tahun (baru pandai mengeja, menyanyi, gosok gigi sendiri)
Nak berjalan-jalan pun susah sebab tak reti duduk diam. Umur2 mcm ni baru berpengalaman berjalan dan berlari sendiri (4 tahun pengalaman), biasalah, jadi buas. Kejap kau nampak kat depan kau, kejap kat belakang. Kejap lagi kau nampak dah dia dalam longkang terjatuh. Arghhhh..tension.

Umur 7-12
Dah masuk sekolah rendah. Dah banyak tahu benda. Dah banyak kawan. Mestilah dah banyak cerita. Ana macam ni lah. Hawa ada tu lah. Rini kawan kita olok2 lah. Adui, macam-macam. Tangan pun bukan main aktif. Selongkar handbag, ambil lipstik dan cuba di jari!!!! Ternganga aku.

Umur 13-15 (Umur lebih dari 15 aku malas nak heran dah).
Masa umur baru macam ni tapi dah pandai nak ada boyfriend memang tak tahan. Dah pandai nak memadu kasih asmara sewangi cinta abadi seharum kasturi semua tapi tak sedar yang duit topap handphone pun mak yang kasik. Lagi siut, dia lupa yang baju dalam dia pun sebenarnya belum mampu nak beli sendiri tapi marah-marah kata jangan halang cinta suci dia bila mak marah.

Aku takut nak ada anak. Macam mana kalau aku terhilang sabar lalu tercepuk anak dan anak telefon teledera? Haha. Terima kasih kepada ibu bapa saya yang sabar dan tabah melayan kerenah saya masa kecil dulu sampai sekarang (aku lupa aku nakal macam mana masa kecil).

Kan bagus kalau anak-anak di dunia ni berperangai seperti aku semasa kecil. Pasti dunia aman dan damai.

p.s: aku suka anak-anak kecil sebenarnya.

Wednesday, December 9, 2009

skandal

Masa zaman persekolahan, rasanya aku tak pernah rasa bercinta. Macam tak. Eh, memang tak. Settle je spm, aku terus jadi gatal nak bercinta. haha. Tapi semua tak jadi. Paling lama 3 bulan. Semua tak tahan lama sebab..aku pun tak tahu kenapa. Haha. Macam semua sebenarnya bukanlah boifren, tapi skandal/kekasih separuh masa/peneman (ceh peneman..mcm gampeng je).

Bagi sesetengah orang, ada pasang skandal pun tak apa walaupun dah ada boyfriend/girlfriend. Tak salah kot asalkan kau adil dan saksama. Dan jangan lupa kalau tak pandai menyimpan, jangan ngada-ngada nak ada boifren kedua/ketiga/keempat (ikut kemampuan). Ada kekasih simpanan ni bukannya salah pun. Alah, kan boleh jadi peneman bila-bila kau rasa kau terabai. Bukannya kau curang kat kekasih primer kau pun, cuma kau perlu belajar bercinta dengan orang lain jugak. Bagus untuk pengalaman. Cuma, berpada-padalah.

Aku kadang-kadang sebenarnya terlebih cinta pulak pada skandal.

Okay lah, selamat malam dari aku untuk kau faizal tahir.



p.s: malam-malam aku tetap cari dia

Tuesday, December 8, 2009

This is why i love both JT and BK



Geram betul aku tengok penari latar beyonce rambut kerinting (bukan justin). Menggigil-gigil aku ketawa. Nak lagi best ketik sini. Ceh, ketik dalam bahasa indon adalah klik.


p.s: macam mana nak buat gerudi-gerudi mcm beyonce?

Mari mengaji mulai tahun depan

Pergi ke tak pergi. Pergi ke tak pergi. Pergi ke tak pergi. Ah, terpaksa pergi pulak. Daripada telinga bernanah nanti, baik aku ikut je. Sebenarnya bukan taknak pergi sebab aku anti sosial atau aku sombong, tapi sebab aku TAKUT RIMAS dan aku tak tau nak buat apa kat sana dengan duit yang sebanyak segenggam sahaja. Haha. Macam beras pulak.

Lantaklah, ni nak cerita, aku tiba-tiba macam teringin nak pergi kelas mengaji. Macam dah lama pulak aku tak mengaji, baca yasin, baca quran. Rasa jauh pulak dengan Tuhan. Tahun depan punya azam aku nak selitkanlah azam nak baca quran sekurang-kurangnya seminggu sekali. Ni semua gara-gara aku dan kawan aku main-main menulis jawi semalam. Sedar yang tulisan jawi aku masih boleh dibaca, buat aku rasa sebenarnya aku mungkin masih lancar mengaji.


Tulisan kat atas ni adalah biodata / biografi / pengenalan diri kawan aku. Nama aku dah padam sebab nak menjaga maruah dia. Haha.



Hahaha. Yang ni pulak hasil kreativiti dia. Sumpah kelakar. Meh, biar aku tafsir. Line yang atas tu, dia cuba tulis macam ni ; 'pernah kumencintaimu'. Line kedua pulak; 'sayda india'. Kurang ahhjjjaaaarrrrr betul. Menulis jawi macam melukis awan/ombak/rumput pun ada hati nak mengutuk aku.


p.s: teringat masa kecil dulu aku pasti singgah main monkey bar sambil makan sagun lepas kelas mengaji. hebat betul.

Saturday, December 5, 2009

Jangan pernah kau buat macam ni


Jangan buat macam ni kat aku.
Perlahan-perlahan kau cuba sisih aku.
Dah tak ada khabar berita macam dulu.
Dah tak ada manis-manis macam dulu.
Dan kau cuba buang apa yang sama dengan aku.

Aku beri bukan tanpa perasaan.
Bukan suka-suka.
Dan ia memang untuk kau.
Jadi, jangan pulang benda tu.
Sebab.
Itu mungkin akan jadi tanda aku pernah ada dalam hidup kau.
Dan.
Itu bukti setiap masa aku ingat pada kau.
Oh ya.
Sampai sekarang..



Kegembiraan maksima yang kau pernah beri dulu,
janganlah kau ambil dari aku.


p.s: sekali-sekala aku berhenti merepek dan cuba menjadi puitis pun ok jugak kan. walaupun susunan ayat mcm musibat. Haha.


Luahan hati




Luahan rasa dari seorang kawan baik aku pasal life dia yang sedih. Tak boleh tengok dari depan. Aku hormat kat identiti dia. So aku shoot dr belakang je.


p.s: Video ni dirakam khas untuk Nani, ecah kerana korang sangat ada sifat INGIN AMBIL TAHU.

Thursday, December 3, 2009

Kenangan Terindah

Udara nyaman gila siakk

Sampai-sampai je kat pulau ni, aku hirup puas-puas udara kat situ. Weh, first time weh jejakkan kaki kat pulau ni. Pulau Sipadan. Sayang pon nampaknya mcm teruja je nak bermain-main kat pantai. Ah, macam budak kecik je aku tengok. Ada ke dia kata dia nak buat istana pasir?? (dalam hati aku terharu sbb dia kata tu istana cinta kita..ececece).

Malas nak buang masa, aku ajak sayang cepat-cepat pergi pantai. Eksited gila ok. Haha. Tiba-tiba, aku dengar ada suara-suara sumbang kat belakang. Ceh, cilaka nani nak ikot berenang pulak. Dia kata dia nak ajar ikhlas berenang gaya unik.

Tempat bermadu kasih abadi (aku tiru ayat dalam novel ombak rindu)


Tengah sibuk-sibuk nak tanam-tanam badan dengan pasir bersama sayang, echah datang baling-baling air laut masin kat aku. Ngada-ngada betul sbb sebenarnya nak main-main renjis air dgn norman tp terkena aku. Terkena mata pulak tu.

Lepas penat main-main kat pantai, mcm biasalah, perut pon lapar. Nasib baik lah shuze ada bawak jajan dr semenanjung. Jajan mahal lak tuh. Haha. Nasib baik ada dia. Tapi makanan yang patutnya banyak nampak sikit sebab wanita makan banyak gila. Siot betul nak makan banyak-banyak. Siap nak tapau untuk penjejak awan.

Seperti dalam tentatif, kitorang ramai-ramai pergi diving. Aku dah agak dah. Diving memang best walaupun aku seram sejuk jugak nak mulakan. Lagi best, tengah syok2 tengok binatangan akuatik ni pun budak-budak ni nak bergurau senda. Bahaya tau tak.

Gambar-gambar yg sempat aku snap semasa diving. Gambar kawan-kawan tak payah letak sebab semua pun aksi merepek.

Seronok betul pergi honeymoon bawak sekali kawan-kawan sama. Suasana yang patut romantik jadi lucu. Haha.Ah, cukuplah aku berangan. Bila selalu sangat seorang diri sejak akhi-akhir ni, aku kuat berimaginasi. Amacam fantasi bulan madu aku? Hehe, Oh, 'sayang' tu sudah semestinya sang suami. Tapi belum tau lagi siapa yang bertuah tu.


p.s: kiterr menci taw dok sowunk kt umah. bowink cgttt!!! <---bahasa perbualan yg paling diminati sekarang ni.

Wednesday, December 2, 2009

Perangai bulanan

Kenapalah aku mesti terlibat dengan orang-orang yang tak buat aku gembira tapi tambah sakit hati. Ah, benci lah. Aku dah malas nak bereksperimentasi dengan diri sendiri. Sakit kepala fikir. Mungkin tak ada apa-apa sangat pun, tp sebab dah nak cukup bulan aku jadi tambah-tambah emo. Hormon tengah tak stabil. Eh, tapi mcm mana nak stabilkan?

Walaupun kepala tengah semak dengan masalah yang entah tak tahu boleh settle ke tak, aku enjoy la pulak melayan babak pergaduhan yang aku rakam masa bos tengah sibuk tadi. Haha. Ini pergaduhan antara 2 pihak. Seorang ada senjata (walaupun payung sahaja), seorang lagi cuma berharap pada kolar baju yang bajet gangster. Seronok wohh sambil makan megi sambil tengok orang gaduh. Hah, amek kau video orang gaduh serius punya.





Ok, rasanya ni lagi seronok ditonton.








p.s: semakin hari, dia semakin pelik, semakin cuba pikat aku. haha.