Monday, November 2, 2009

mendefinisi sendiri tabiat tidur

Berikut adalah beberapa yang aku faham dan andaian aku tentang tabiat tidur. Macam agak panjang tulisannya. Ah, tapi lantaklah. Heh, ni saja2 je..aku buat sebagai tanda menghargai diri sendiri sebab suka sangat tidur.

1. Tidur terlentang: Bagi aku yang suka tidur terlentang ni hari yang dilaluinya sangat ceria. Dari pagi dia bangun tidur, mandi, buat kerja, buat amal ibadah, makan, minum, bermain, sampai lah tidur semula tak ada mengalami apa2 masalah. Sebab tu dia tidur terlentang. Menyerahkan tidurnya pada mimpi yang best2. Kira puas dengan hidup sendiri lah tu.

2. Tidur berbantal lengan: Tidur yang macam ni aku dengar dalam lagu Cindai. Aku pernah tanya mak aku. Apa maksud tidur berbantal lengan. Dia kata orang yang tumpang tidur kat rumah orang tapi rumah orang tu cuma punya bantal yang cukup2 je untuk diorang. So, tetamu ni cuma boleh tumpang tidur saja. Tanpa pakej bantal. Comelnya mak aku.

3. Tidur sambil berjalan: Sebab siang tu dia tak sempat nak pergi mana2 yang dia nak pergi. Dia kempunan. Jadi mungkin dia mimpi pergi mana2 entah. Lagi menjadi-jadi, kaki pulak mungkin lupa nak cuci sebelum tidur. Untung-untung sampai lah tempat yang dia kempunan nak pergi, kalau tak, aku cuma risau orang yang ada tabiat mcm ni jalan ke arah terjun bangunan. Ngeri okayyyy.

4. Tidur sambil kaki menyepak: Hah, yang ni pernah terjadi kat aku. Ada satu masa tu..aku tidur kat ruang tamu rumah aku. Tiba2 je kaki aku buat kaki menyepak (ni mak aku bagitau la). Dia terus kejut sebab dia kata kaki aku melampau2 pulak nak menyepak. Rupa-rupanya aku mimpi aku buat persembahan menari tarian Rusia. Ala..yang angkat2 kaki tu.

5. Tidur berdengkur: Selalu terjadi pada orang yang bertubuh besar, masalah hidung/pernafasan/kesihatan dan orang yang kepenatan. Dan aku memang pun tidur berdengkur. Memang seperti bunyi kapal berlabuh. Kalau kau tumpang tidur rumah aku, kau pasti dapat experience sendiri pelbagai bunyi dengkuran daripada kami sekeluarga. Boleh buat orkestra lagi. Sebab kenapa kau berdengkur bergantung pada macam mana bunyi dengkuran tu. Kalau bunyi macam vacuum, mungkin kau ada masalah resdung ke apa. Kalau bunyi macam blender, tu mungkin kau tidur tak cukup maka kau nak bantai dengkur kuat2 tanda protes. Tapi kalau kau tidur berdengkur bunyi macam kincir angin....bunyi dia 'pussss..pur..pussss...pur..'..aku rasa kau banyak angin dalam badan. Kau tak dapat keluarkan secara normal (kentut atau sendawa), kau buat2 terbuang dia dalam dengkuran. Haha.

6. Tidur-tiba-tiba-sahaja-angkat-tangan: Ni pernah terjadi pada kawan aku. Biar aku tilik. Kalau bukan sebab kau mimpi nak tunjuk apa entah dalam mimpi kau, mungkin juga sebab kau teringin nak ambil makanan lebih masa makan bufet siang tu. Atau mungkin kau teringat zaman kanak-kanak kau kena beratur sebelum masuk kelas. Boleh juga sebab kau sebenarnya nak mintak tolong orang yang tidur sebelah kau ambilkan air tapi malas bukak mata atau kau nak orang sebelah kau bawak kau ke bilik air sebab dah nak ter'shi-shi' tapi masih belum sedar lagi. Hmm..atau mungkin kau sebenarnya tengah mimpi kau pergi kelas mengaji. Maka tangan kau masa tu tengah menunjuk mukaddam. Oh, indahnya mimpi kau.

7. Tapi, tidur seperti gambar ni aku tak 'reti' nak tafsir macam mana. Yang penting, aku rindu sangat nak tidur dengan dia. Uiiii, geramnyaaa!!!

Ciko..dia dah pandai malu sekarang =p


Hehe. Aku penat dah merepek. Chow da mow!

2 comments:

NurulAzriKhalisah said...

ciko tido sgt comel la...
tu maksud tido sambil berangan nk jd manusia...hahahaha

sayda dino said...

nurul: ciko comel gila kan??

armouris: terimakasih =)