Thursday, August 27, 2009

Right person but not at the right the time

Dah 6 hari puasa. Alhamdulillah, aku masih belum tuang (ada hati tu). Haha. Aku kira-kira lah, dah lebih 4 bulan aku tak jumpa kawan2 aku. Rindu gila weh. Nak lepak sama2, makan, ketawa semua. Aku yang sibuk ke diorang yang sibuk? Ahh, sebenarnya masa yang takde. Yelah, aku kerja. Nani sambung belajar kat Perak. Shuze pun Perak. Ecah kat UUM. Ajie Penang. Hamster kerja malam.Tali, Wanita, Syaf Azeela semua2 dah bekerja. Bila nak jumpa ni. Kadang2 mcm tak fair, kawan2 lain boleh je aku jumpa. Weh korang, aku nak jumpa. Siapa nak aku belanja 12th salary nanti angkat tangan!!



p.s: Dah jumpa mr right, but at the wrong time~
p.ss: Gambar terkecik pulak. siut

Tuesday, August 25, 2009

Konvokesyen

Tarikh: 12 Ogos 2009
Hari: Hujan lebat (3 petang)
Tempat: Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya

Terima kasih Toh Puan.

Bersama penyumbang wang ringgit dan kasih sayang 1. Terima kasih ayah.

Bersama penyumbang wang ringgit dan kasih sayang 2. Terima kasih mama.


Bersama penyumbang kasih sayang 3. Terima kasih syg.


Bersama adik saudara. Mcm muka beruk mak yeh.

Not to forget, thanx kepada classmates, officemates (heh, hadiah korang gila gempak!), and of course bestfriends esp, nani, ecah, shuze, tali, azeela, nita, syaf, hamster, ajie, nadiaw (korang tak datang pon takpe, aku nampak bayang2 korang =)).

Thank u to all.

Thursday, August 20, 2009

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Tak sabar pulak rasa nak berpuasa di bulan puasa. Bila kenang2 balik, aku punya dosa mcm banyak gila kan, aku rasa seronok nak sambut Ramadhan. Dengan harapan nak hapus dosa sikit2 lah. Ahh, kalau boleh nak banyak2. Nak bersih dr dosa sesuci bayi. Ecececeh. Balik ni kena bukak buku balik mcm mana nak buat sembahyang Terawikh. Aku dah lupa wohh. Semoga bulan yang penuh keberkatan ni, kita sama2 buat amal ok. Elak benda2 yang tak baik. Sesiapa yang agak2 nak jual kuih raya meh la datang kat aku promote. Mana tau, aku boleh promote kat orang jugak. Kat bawah ni Joe Flizzow (eh, aku tak sure spelling dia mcm mana?). Dia ada beberapa tips nak share. Cekidout!!


Tips-tips TAHAN PUASA:

1. Banyakkan minum air kosong pada waktu malam. Kalau boleh bantai je apa yg korang nak makan malam tu, untuk elakkan korang jadikan alasan 'TERINGIN' lalu tuang puasa esoknya.

2. Elak belek2 buku resipi dan tonton rancangan masakan di siang hari. Dan-dan lah kau tiba2 minat memasak.

3. Jangan nak duduk sama2 orang yang ada potensi nak buka puasa awal.

4. Solat Terawikh.

5. Kurangkan mencarut dan apa2 tanda carutan.



6. Jangan mengumpat. Kalau tak puas hati, pergi ambil air sembahyang. (aku pernah buat, mmg berkesan, seriously weh!)

7. Berdoa banyak2 supaya kita kuat semangat.


p.s: Kenapa aku tak sabar nak sambut raya juga???

Wednesday, August 19, 2009

Bowling ke belakang

Suka tak dgn aktiviti2 yang menyihatkan? Yang boleh merapatkan hubungan? Hari tu aku main bowling weh. Memang bergaya mcm Shalin Zulkifli. Cukup dgn hukum fizik balingan tuh. Masalahnya, aku ada masalah tak cukup fokus. Bila tak cukup fokus, aku kadang2 tak perasan sebenarnya bola aku bukan ke depan, tp tercicir kat belakang. Ke BELAKANG ok??? Malu gila sbb aku siap bend2 kaki lg.

Barisan pemain bowling harapan.


P.s: Next time main aku nak baling membelakangkan lane


Pertunangan Balong

Balong = Abang Long.

Heh, aku tau dah teramat lambat. Tapi, still nak upload gak sbb ni antara 1st try aku ambil gambar guna slr sendiri. Macam cantik je weh! Dah2, tgk gambar diam2. Semoga berbahagia dan ke jinjang pelamin!

Thursday, August 6, 2009

Sensitif

Aku tak tau lah kenapa lately aku jd super-sensitif-sikit-sikit-nak-nangis. Haha. Gila mengada sebab suka sangat nak menangis. Duduk menangis sorang2 dlm bilik. Perghhh, gila drama!! Especially sekarang mmg tgh rancak layan cerita Boys Over Flowers. Terbawak2 pulak feeling tu dalam real life. Benci pulak aku dgn kerenah sendiri. Tapi, after aku menangis, aku perasan aku mmg lega gila lah. Macam boleh gelakkan diri sendri balik. WTF?! So, kalau kau nak menangis sbb kau sedih pun tak apa. It is ok as long as kau tak buta at the end sudah. Berpada-padalahkan kalau nak cengeng sekalipun. Haha. Serius weh, mmg relieve!



Jejaka tampan yang mampu buat hidung aku berdarah2.



1. Kau boleh release tension sbb air mata tu ada stress hormone. Konfem kau senyum sampai cuping telinga lepas nangis =)

2. Air mata tu ada toxic. Kira kalau
kau nangis kau buang toxic jugak la kan? Tak payah susah minum ECPI, Detoxlim, Detoxin, wso (what so ever).

3. Perasan tak bila kau nangis kau akan rasa sesak nafas sikit. Yela, kau nak teresak2 bagai. Masa tu, heart rate kau laju dan kau akan berpeluh. Tapi, percayalah, bila kau dah habis nangis, kau akan rasa more calm..Cuba nangis sekarang. haha
.

4. Lagi antara sebab kenapa nangis ni ok je sbb mind, soul and body kau akan rasa release gila weh. Menangis kan buat kau exercise mata, soften temper kau and kalau nak lagi bunyi ilmu kesihatan sikit la kan, kawan aku cakap tears can open up your lungs. (Aku tak paham sgt sebenarnya)

5. Sekarang ni, kau try nangis. Lepas tu aku nak kau tgk kat cermin, physical appearance kau berubah tak after tu.Habis aku menangis, aku akan make sure aku nampak cantik dan kemas sbb nak cover punya pasal. Not only people feel better after crying, but they also look better. Menangis je.

p.s: Kalau nak menangis, pergi tempat sunyi, selesa, relax, pejam mata, nangis puas2 dan akhiri dgn makan aiskrim. (sekurang2nya Tuhan kasik kau emosi utk menangis, bertuah weh!!)