Thursday, April 30, 2009

Menganggu

Dealova

Aku ingin menjadi mimpi indah, dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu, yang mungkin bisa kau rindu
Karena, langkah merapuh, tanpa dirimu
Oh karena, hati telah letih

Aku ingin menjadi sesuatu, yang selalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahwa ku, selalu memujamu
Tanpamu, sepinya waktu, merantai hati
Oh bayangmu, seakan-akan


Kau seperti nyanyian dalam hatiku
yang memanggil, rinduku, padamu oo~…
Seperti udara yang ku hela kau selalu, ada


Hanya dirimu yang bisa, membuatku tenang
Tanpa dirimu aku merasa, hilang
dan sepi, dan sepi

Selalu ada, kau selalu ada
Selalu ada, kau selalu ada


Mood aku terganggu bila dgr lagu ini. Ceh, maybe sbb penyanyi nya indon. Liriknya yg ohhh so sweet buat aku try imagine maksud lagu, sbb sebenarnya kurang paham tajuk dia walaupun lagu dah basi. Tapi enak didengar. (Dah, pergi sambung buat kerja kau)

Tuesday, April 28, 2009

Too focus in study is not good

Walaupun busy dgn exam, haha, kadang2 aku pura2 busy belajar, aku tetap nak tgk blog ni. Rasa serba salah yg tebal bila tak jengah. So, at least bila dah update sikit blog sendiri, baru lah ada mood nak belajar (poyo je lebih, padahal lepas ni mesti aku nak main dgn kucing kat facebook).

Semester ni aku ada 4 paper. Ada 1 subject ni aku rasa syllabus dia sgt menggerunkan. (nama subject ni: Ceramics Processing). Sbb aku terlalu pikirkan soalan soalan apa agaknya yg lecturer aku bakal keluarkan, aku tak perasan yg aku dah memalukan diri sendiri. Habis study group dgn coursemates dlm pukul 6 ptg aku balik. Gegas2 jalan sbb nak make sure duduk dpn TV sebelum Matahari start. Sambil jalan tu, aku masih lagi pikirkan apa yg aku belajar td (mcm tak percaya aku studious weh,wahh..mintak2 mak aku baca, mesti dia suka dan bagi aku duit poket byk).

Dah sampai kat bawah blok rumah, kaki aku tersepit sikit kat celah2 batu penutup longkang. Sakit, tp malas nak layan sbb nak ingat2 balik ni. Sedar2 dlm 3-4 langkah, tiba2 aku rasa sebelah kaki aku (yg tersepit td) mcm rasa permukaan lantai directly, tak ada alas!! Tgk2, kaki aku yg tersepit tu tak ada selipar dah. "shit, mana selipas aku pergi???!! dahla ramai org br balik kerja!!" aku tgk belakang, selipar tu tak ada pulak, aku undur few steps, tak nampak jugak selipar lg sebelah tu. Mysterious gila. Tiba2 aku terfikir nak tgk dlm longkang celah2 batu tu. Ok, selipar tu rupanya ada tercicir dalam longkang. Longkang yg menyepit kaki aku td. Taktau dalam mana longkang tu, tp impossible nak tarik selipar tuh keluar sbb org tgh ramai gila. Takkan la nak terbongkok2 kat tgh2 org lalu lalang, ye tak?

Aku tak tau nak buat apa dah time tu, mmg malu. Malu! Hahaha. Aku jalan sikit demi sikit, setapak demi setapak dgn harapan takde org perasan. Berpeluh2 mcm org buat salah pulak. Aku cuma jalan besar2 bila org takda. Sampai dpn lif lg seksa. Aku terpaksa pura2 tunggu org sbb taknak masuk lift dgn org lain. Sbb mesti kantoi kan? Lepas beberapa kali aku miss lift, akhirnya, berjaya jugak aku sampai rumah. Pukul 7.30 baru sampai rumah. Matahari dah habes dan matahari pun dah terbenam. Dari bawah naik ke rumah sendiri lebih sejam!

Sampai2 rumah, cuci kaki sebelah, aku terus tidur sbb penat fikir psl belajar dan taktik mcm mana nak jalan supaya org tak perasan kaki aku yg cuma sebelah pakai selipar. Kesimpulannya, aku rasa tak elok sebenarnya fokus pada study sgt, walaupun pura2 je fokus.

Selipar yang dah kehilangan pasangan.Kotornya, geli aku. Haha.


Saturday, April 25, 2009

Mahsuri

Bergerak sendiri dari rumah dgn 2 kali train teksi sket mmg mengagumkan.
Lately dapat rasa yg aku mcm dah ter'into' teater.
Apa2 cerita yg rasa mcm menarik, kalau ada duet, nak je pegi.
Tak kisah lah walau tgh exam week, tp sbb rasanya dah tersuka kat teater and paklong belanja, aku jd excited nak pergi. Mmg overexcited bila pukul 6ptg lagi aku dah siap. Diorang (paklong, maklong, ain,tiha etc.) tak balik dari kerja, tuition lg. So, apa aku nak buat dgn mekap yg dah bertepek kat muka ni???

Baring2, call2 org, tunggu 7.30 punya pasal. Aku dah jd letih gila. Yelah dari semalam lagi aku asyik bekerja, pagi td pulak paper. Sampai lebih kurang dgn masa diorang sampai. (aku mmg takut buat org tunggu2 ni). Amek gambar sikit pastu masuk. 'wan, lain kali kau jgn amekkan gambar, tangan kau takde seni'. So, takdelah bukti gambar aku nak tunjuk yang aku ada pergi tgk teater.


Eh, tak. sebenarnya ada.

Meh, aku bagitau sikit, pelakon2 yg aku cam. Vanida Imran (Mahsuri), Cico Harahap (Wan Arya), Azizah Mahzan. Cerita dia sekejap gila. Pukul 10.30 dah habis, aku ingat break, tp rupanya end mcm tu je. (BUNYI KECEWA KAN?? sbb aku expect more). Microphone byk tak berfungsi, jadi aku selalu nampak pelakon2 dia bukak2 mulut, tp suara takde. Mahsuri pon tak banyak dialog. Wan Darus (hero) tak byk scene. Darah Mahsuri pon tak nampak real sgt. Sbb, yang aku baca dulu kat buku mana aku dah lupa, terpancut2 darah putih. Lagipun td Mahsuri kena tikam kat belakang. So, tak ramai yang noticed darah putih keluar (sikit je). Tp, aku suka sgt watak Azizah Mahzan. hehehe. Rezeki dia sekarang mmg asyik belakon bercinta dgn lelaki lebih muda. (bunyi aku dah mcm Melodi).

Lepas makan, singgah kat Chowkit Road, beli sayur2. Kitorang tunggu kat dalam kereta je. Sempat la jugak snap beberapa gambar sebelum sebenarnya ada benda kelakar nak terjadi.


Gembira yg terlebih2. Mak cakap, jgn suka sangat, nanti susah. Mmg betul, kau tgk betapa teruknya rupa kitorang masa dapat tau kereta tak boleh jalan. Sementara tunggu uncle Taufiq datang rescue, apa lagi, berpanas la dalam kereta. Macam sauna kawan saya, nama dia Nani. Sila tgk gambar di bawah.."Eh sayda, mana tudung kau?!!" hahaha.


p.s: moral, jgn suka sgt, nanti kau penat mcm aku

Friday, April 24, 2009

sejauh mana kau sayang laptop kau?

Oleh sebab aku belum bekerja lg, so aku tak ada duet banyak, dan harta sendiri pon belum ada.
Jadi, apa2 yg orang kasik adalah kira harta aku la.
Laptop aku walaupon dari pelbagai sisi nampak buruk gila, nak2 bila aku dah konon2 modified, tampal sticker sana sini, calarkan sana sini, tp aku tetap sayang.
Kalau takda laptop ni, kerja2 sangat tak boleh selesai, assignment, tesis.
Surfing, stalking, blogging, facebooking pon tak boleh.
Tahap sayang pada laptop boleh kata sama sayang pada zaid (zaid lebih sikit je).
Kira sayang gila la kan?

Bila aku dah simpati dan murah hati nak bagi pinjam, silalah jaga.
Kenapa letak sepah2 atas meja, ternganga luas pulak tu.
Bukak pintu mmg boleh terus nampak tersedia. "Sila ambil saya".
Kalau perompak ada, jd senang kerja dia.

Susah ke nak kau tau dgn jelas yang hak pinjam tu aku tarik balik sbb aku dah simpan sendiri laptop dlm bilik dan kunci bilik (aku tak pernah kunci sebelum ni, sbb takut2 ada apa2 jd, org lain boleh tolong selamatkan jugak barang2 aku). Lagi daring, pecah masuk bilik dan 'pinjam' laptop aku bawak pergi kerja, ada 'presentation'?. Aku msg tanya tak reply pulak tuh.

Bengang tak bengang sgtlah bila balik, tgk laptop ghaib kena 'curi'. Penambah bengang adalah bila tgk laptop aku kejung sejuk, dan kau buat muka manis tak bersalah. Beruntunglah time pulang tu, aku still pakai telekung baru lepas sembahyang. Mungkin kali ni kau selamat.

Friday, April 10, 2009

Akhirnya tak perlu ke kelas lagi.

Ha, lepas ni, dah tak payah bersusah payah ke kelas lg. Benda yg dah lama aku tunggu sejak aku berumur 8 tahun. AKU DAH RASA BOSAN KE KELAS MASA AKHIR TAHUN DAJAH SATU. (yes, im serious about it). Seronok pulak bila imagine yg lepas ni, aku dah tak payah tahan2 ngantuk masa kelas, tak payah tahan2 nak berborak masa cikgu mengajar. Haha, seronoknya! (aku tau ramai ckp, nanti lepas kerja mesti rindu nak pergi belajar balik) Mungkin kot? So, apa kata, adakan sistem mcm ni, sebulan belajar, sebulan bercuti, sebulan bekerja, lepas tu repeat balik sampai lah orang tu konfem nak bekerja secara tetap. kan? Yeah2, tak payah pergi kelas! Eh, kenapa tiba2 aku rasa lain pulak? (Mode sedih, sbb lepas ni dah susah nak jumpa classmates aku yg aku rasa menghiburkan).Gambar 1: Kenapa la budak2 kelas aku (yg kat belakang) mcm main2 bawak kapal terbang?
Gambar 2: Belakang Dr Henk ada sesuatu (Nurul).haha
Gambar 3: Hanya 6 orang saja budak melayu batch aku (eh, 7)
Gambar 4: Perbuatan aku nampak over


Sebenarnya, belum boleh gembira sepenuhnya, sbb exam dan tesis masih belum setel. ceh~

p.s: Desmond, camera kau berkualiti, so aku ambil. Trimas.

Monday, April 6, 2009

Dengan panggilan......


(Lepas berhempas-pulas type report tesis, walaupun tak accurate sgt pun discussion nya, tak salah kan kalau aku reward diri sendiri dgn type post? Haha. Janji, setengah jam je!!)

Pagi td dalam pukul 9, dia dah kejutkan aku suruh siap2. Nanti pukul 10 dia sampai. Dlm hati aku, APA JADAH KEJUT AKU SEJAM AWAL??KAU BELUM BERTOLAK PUN LG. Pastu, aku sambung tidur. Haha. Sekejap je aku happy, sbb tiba2 tebangun, dah pukul 9.45. Mampus. dahla budak ni punctual. Berdarah telinga aku nanti. Mandi laju2. Nasib baik tak payah iron bj (bj renyuk pun tak apa, aku rasa style)
. Mekap ala-kadar (haha, ala kadar la sgt, celak mata tebal gila mcm budak2 konon gothic-tp aku repair balik ok). Tgk2 jam dah pukul 10.15??!! Aku cuak gila. Kau cuba teka apa aku buat? Aku pusing kan balik jarum jam tgn aku kat pukul 9.55.

Sampai bawah, aku nampak kereta dia mcm dah lama tersadai. Punya la gelabah, aku tak perasan pun ada dahan pokok mana tah tercucuk perut aku. Siot, aku nampak dia gelak gila dr dalam. Tp aku tau dia marah. Bila tanya kenapa lambat, senang je, 'eh, jam sy br pukul 10 la, ni ikut TV3 tau' .Haha. Lukenabeb! (aku tau tak kelakar. tp aku seronok =0)



Balik tu, mak aku call.


Mama: td pergi mana?

Aku: Pergi teman zaid beli handphone.

Mama: Oh, lepas ni boleh bergayut balik la?

Aku: Haah, lepas tuh dia dah boleh call mama jugak.


(aku gatal mulut, pergi tambah..)

Aku: Nanti dia dah boleh call, mama jgn terkejut. Sbb nanti dia akan panggil mama dgn panggilan.....Mak mertua.

Mama: Gatal kau!

Gambar takde kena mengena.


Haha. aku gatal gila. Ni semua sbb before tuh aku baca sincan. Last2, kenapa aku yg malu? Haha. Dah2, aku dah terlebih masa ni. bai.


Hide all

Saturday, April 4, 2009

Buat baik berpada-pada

Pernah tak korang rasa kesian sgt2 kat org sampai semua benda korang nak kasik kat org tu?
Tp org tu sendiri sebenarnya tak pulak ckp terima kasih dan langsung tak menolong diri sendiri pun.
Aku rasa dlm hal ni, org yg menolong tu yg melebih2.
Kenapa kau nak kena tolong org yg tak appreciate pun kau, siap buli kau lg.
Lagipun budak tu selamba je taknak tolong diri sendiri.
Agak2 org tu yg tak datang kelas, tak ambil test, tak buat tutorial, tak pergi lab, tak siapkan report, tak commit dgn group assignment, tak tegur kau pun bila selisih, aku rasa, tak berpatutan dah kalau kita nak hulur semuanya kat dia. Dia tak cari, tp kenapa pulak kita nak bagi kan? Aku sbg pemerhati tak larat dah nak tgk kau besusah-payah. (kadang2, kau buat aku rasa kecik hati)

Buat baik tu, biarlah pada-pada.

Wednesday, April 1, 2009

Memohon jawatan pramugari

Oleh sebab final sem ni aku ada ambil subjek 'aerospace engineering', aku ada lawatan sambil belajar kat MAS ok. (gila excited sbb tak payah masuk kelas and berharap dapat jumpa abg pilot yg hensem).

Pagi2 buta lg aku dah bangun sbb kena ada kat faculty pukul 8, (thanx to abg zaid sbb kejut I), bersiap ala kadar tp sebenarnya aku aku beria sbb yelah aku nak jumpa pilot. Tak payah bawak notes, cukupla bawak kertas kosong untuk conteng2, pen pinjam kawan,tp camera tak boleh tinggal, aku bertanggungjawab untuk jadi reporter untuk visit kali ni and kena prepare report juga (so gambar attached mungkin boleh tambah markah). Bekalan karipap untuk 5 org dan air mineral untuk sendiri minum. Ok, ni pun beg dah berat gila.

Aku ringkaskan. Sampai2 je, kitorang kena dgr short briefing (mcm lecture gak) ckp pasal service dan sempat promote lg, then, pergi tgk fuselage, tgk wings dan banyak bahagian lagi, tanya mcm2 pasal materials, properties, tgk turbine engine, masuk kokpit, try2 button konon2 jadi pilot, pergi melawat tempat tidur pramugari, (ni semua dlm kapal terbang), melawat workshop2 antaranya safety equipment, tempat NDT test (tak berapa dgr explaination diorang sebenarnya) dan bergambar. (aku baca dgn satu nafas, dan korang patut cuba). Selebihnya, aku lebih banyak berseronok sendiri saja sbb lecturer aku tak dapat ikut. Dia tinggal dlm bus je, tiba2 demam. So, kita enjoy!!!Muka teruja dapat duduk kat seat pilot.



Aku saja letak muka Desmond. Budak ni nakal


tgk mamat kat belakang kitorang tuh.haha.kejap lg mst jahanam kerusi tu.


dgn abg pilot,haha,bukan, sebenarnya engineer aerospace (kat belakang adalah tpt tidur stewardess)



kau tgk king, konon hensem.haha.



bergambar dpn kapal terbang (padahal dpt bahagian enjin je)



aku kepanasan mmg mcm ni.huduh gila.


ni aku bajet cute.(mesti ada org tumpang menyampah,kan?)



Aku lupa nak bagitahu apa cerita dgn nak jadi pramugari. Aku di'reject' atas beberapa sebab:
1. Aku gayat
2. Gemuruh melampau (especially masa petir dan guruh)
3. Kuat tidur (tpt tidur stewardess tak selesa)
4. Kurang putih - sikit lagi nak putih

5. Kurang licin (aku sure korang tahu sbb apa)

Tgk perut. Salah satu sbb kenapa kena rejek. Kantoi. Haha!

Okla, kena prepare report pulak.tata

p.s: aku tak terserampak langsung dgn abang pilot. malangya..