Sunday, March 15, 2009

Kepada gadis-gadis di luar sana, nak rasa kegelian tak?


Gila eksotik mana pun handbag kau, kau akan rasa kegelian lepas nih. Gila mahal mana pun handbag kau, kau akan termimpi ngeri malam ni sbb rasa bersalah. Gila sensasi mana pun gaya kau menggayakan handbag kau, kau akan (sila letak apa saja perasaan kau yg berkaitan dgn geli, seriau, seram, takut, nak muntah, pengsan di sini). Perasaan ni khas untuk sesiapa yg ada atau suka kat handbag kulit. Weh, nasib baik handbag aku PVC plastic je.

Kesian aku tengok ular ni. Kesian bila dia dah terbunuh ye, kalau masih hidup, aku akan cakap, "tolong2,ada ular,bunuh dia!!"


Aku tak tau ular ni terjerit atau mmg akan terbuka mulutnya bila kena potong mcm tu.

Sidai jadi macam langsir juraian ular.

Agak2 time menyiang nih, pernah terjumpa orang ke tak.

Wah pakcik, mentang2 ular tu dah mati, berani pakcik siat2 dia macam tu gaya sekali ye. "saya tau pakcik tak salah".

Hasil kulit tu dapat la jd beg tangan kita. (Oh, aku belum tergolong dalam kumpulan pengumpul tas tangan kulit) Simpang, saya tak nak! Hm..sebelum tidur buang air kecil dulu ye???

3 comments:

мyΞ'™ said...

seb bek handbag pvc je..hahaha.

Anonymous said...

dah takderr duit bolehlahh ckp. sian budak2.....

sayda dino said...

mye: aku br berangan nak ada at least satu weh!hahaha

anynomous: sian kat kau jugak.