Thursday, February 26, 2009

Februari yang asyik

Kenapa asyik?
Haha.semestinya sebab birthday aku jatuh dalam bulan ni.
Sebab lainnya adalah kerana dapat jumpa kawan2 walopon terpaksa kejar2 sana-sini,kelas-kawan2,pj-kajang (ni kerana aku konon2 nya nak tolong nani cuci rumah baru tp rupanya dah settle) haha,mmg letih,sampai aku demam,tp aku enjoy!"mmg la seronok,aku dijemput dan dihantar pulang oleh ajie and shuze".

walaupon ecah bawak bf dia,tp perangai tak ubah2 (ganas)


ahaaa!ada satu cerita lucu.kau tau gara2 gila kan kamera,aku,wanita and shuze sesat barat sampai nak masuk ke subang jaya which sebenarnya kitorang nak pegi ke ttdi je."wanita,kenapa kau tak gtau awal2 nak pegi situ?takde la kita sesat semata2 nak follow kereta ajie".haha.it was so 'bangang' (ayat konon gempak tp ngada2 je) sbb tak sedar bila masa tah kitorang start lost.haha.next time, i'll make sure yg driver only do the driving,tak payah nak join2 bergambar.

sekarang kau percaya tak kenape aku kata tak bole bergambar semasa driving?

Ok,selain tu la,aku juga sgt suka bulan ni sbb aku ada date ngan puteri gunung ledang sebenarnya"weh,best gila!".aku bukan nak jeles kan korang,tp mmg best.aku tak penah tau pulak yang nenek kebayan ada banyak magis.susah nak cerita,hmm.. ada beberapa scene yg nenek kebayan dlm cerita tuh tiba2 hilang je ok.ni bukan guna ilusi optik or mata tersilap sbb tak pakai api ke flash ke,tp mcm mana tah mmg boleh disappear tiba2.lantai tak nampak gerak2 pon bila aku terfikir yg maybe guna taktik floor dilubangkan,or aku yg jakun and tak nampak??

Aku rasa lebih hebat,bila dpt tgk Hang Tuah dia yg oh,sooooooo handsome,macho,tuff,charming,maskulin and apa2 la yg sesuai untuk describe lelaki hebat.haha.Tp, dalam banyak2 watak yg ada,aku paling admire watak adlin.dia bawak sultan mahmud,aku plg tak tahan bila scene dia angaukan PGL.dancer lain menari joget,asli,tarian2 melayu lain jugak,die boleh menari ala2 broadway.siap petik2 jari and twist2.hahaha.lawak apa tuh?AC yang bawak Radin Adipati lain kali mmg boleh ambil job berlakon watak wayang kulit barangkali sbb dalam show tuh aku perasan tgn kanan dia asyik digerakkan ke atas-bawah.nampak agak aneh and cliche,tapi maybe mmg kena mcm tuh kot.

sultan mahmud yang hilang kawalan-betul kan adlin mmg kelakar??

Tuan Puteri Gunung Ledang yg mmg aku tunggu2 pulak mmg hebat.walaupun seusia dgn mak aku tp dia still gagah untuk bawa watak anak gadis sunti.boleh menyanyi and menari perfectly.mmg mengagumkan!tak nampak tanda2 yg dia dah 40an langsung,or maybe sbb fesyen kemban yg buat nampak dia muda agaknya.tp overally the show was great la.tak menyesal aku pergi.walaupun couple sebelah kitorang tak pay attention langsung sbb asyik tgk jam and tgn teraba2 awek dia."weh kalau kau nak buat wayang lain, keluar la !"!#%$#%#@



barisan hadapan dari kiri; anak sultan mahmud,mbok (pengasuh gusti puteri-dia pon byk buat magik),puteri,hang tuah,gusti adipati.

kalau nak bergambar dgn puteri guning ledang sebenar,kena beratur panjang gila,so cukuplah dgn poster je-kenapa muka saya nampak terkiput-kiput?

bergambar dgn actors lain yg juga budak um-aku sebenarnya nak bergambar dgn poster je

ok,aku letak juga gambar cameraman aku @ pembelanja tiket,yummy!!

kalau kau nak tau actually aku berbasahan untuk sampai ke istana budaya sbb parking jauh.and lg surprise,kereta zaid tak ada payung??nasib baik aku lari pantas walaupon pakai kasut tinggi.and obviously lg nasib baik, mood aku yg almost rosak diselamatkan oleh show yg extremely awesome!!

p.s: susah nak upload gambar banyak,internet slow nak mati!




2 comments:

Anonymous said...

best kannnnnnn pgl.
lawak giler adlin tu hahaa

sayda dino said...

AYU: best gilee!!aku sgt suka kat adlin.mmg kelakar nak mati!!