Monday, July 30, 2012

invasi

Sangat teruja sekarang sebab ada banyak buku yang boleh dibaca. Boleh distract diri sendiri dari berfikir hal kerja. Boleh jauh kan diri dari orang yang negatif sentiasa. Dan boleh selamat kan hati dari terluka segala kata cacian yang telah engkau berikan membuatku rasa kosong kosong kosong. Sebal dah telinga asyik dengar lagu najwa latif. Haip, tak baik lah mengutuk orang yang kau tak kenal. Haha. Adik ni ada album dah. Kau hado?

Malam minggu lepas berbuka lepas bersahur, aku bersiar siar sekitar kuala lumpur ah macam biasa favourite ku yang satu itu tak boleh dilupakan. Jalan jalan sekitar kl. Sakit leher aku. Bulan puasa, tapi bandar masih ceria dengan lampu. Best best. Macam malam tujuh likur pula. Kereta pula keluar masuk dan bersidai depan ehem ehem kalabul malami. Malaysia boleh. Ya, Malaysia boleh.

Sambil sambil, otak aku mencongak jarak dari klcc ke pudu lah, jarak dari pudu ke bangsar lah, dari bangsar ke ou lah. Gara gara invasi yang aku baru habis baca siang itu. Terbawak bawak watak bayani dalam kehidupan sebenar.

'Doa tanpa usaha itu bohong. Usaha tanpa itu sombong'


Petang ni lepak rumah wanita. Harap harap nya hamster tak jeles.

Wednesday, July 25, 2012

ayam masak lemak cili padi



Juadah berbuka dua hari lepas, aku kasik maklong paklong ain and balong try ayam masak lemak cili padi aku. Bila masak menggunakan santan ni sebenarnya aku cuak. Ni semua salah eksperimen sains. Air dan minyak mana boleh campur. Jadi kerisauan santan dan bahan bahan lain tidak boleh bergaul rapat adalah sangat merisaukan.

Mula mula tumis sebiji bawang, 10 bili cili padi pedas mak aii dan kunyit besar ibu jari yang aku blend sahaja malas nak tumbuk pakai batu lesung tu sampai rasa nak terbersin. Masukkan serai yang aku hentak sikit di bahagian pangkal nya sebelum ayam dan kentang menyusul. Bila sampai seru, aku masukkan air sikit setakat cukup nak bagi ayam tu tenggelam separuh dan asam keping pun dicampak bersama. Air menggelegak je menandakan ayam dan kentang dah empuk sikit, aku cepat cepat dan menggelabah nya masukkan santan sekotak. Sentiasa kacau supaya mak aku kata santan tak bentan.Yelah tu. Oh ya, atas api kecil sahaja. Dengan keadaan berpuasa, aku gamble, letak satu sudu garam. Agak agak nak lebih kuah, aku tambah air sikit sikti je. Amacam? Banyak tak agak nya air liur dalam masakan aku. Sedikit masin dah. Haha. Memang kak nam. Pot pet pot pet.

Mungkin lagi sedap kalau aku masak pakai uniform chef sekali. Baru lah nampak lorat sikit. Haha. Petang ni tak payah masak. Tapi pergi bazar taman tun dengan wanita sahaja. Ulang balik kenangan tahun lepas dengan beliau. Yahuuuu!



Lepas ni boleh lah aku war war kan kat hafiez masakan favourite dia ni. Yeayyy!!! Maklum lah, dah jadi tukang masak lah katakan.

Friday, July 20, 2012

tepak sirih



Pinang dihulur sudilah makan, 
Sirih beralas ukiran gangsa, 
Tepak sirih kami hulurkan,
Tanda adat budaya bangsa.


Perpisahan yang memakan masa selama lebih kurang 13 tahun, siapa sangka hero sekolah rendah aku adalah encik tunang aku sekarang. Haha. Bila fikir balik, memang lucu. Dia adalah lelaki yang selalu buat aku miang di sekolah. Haha. Harap harap cikgu halimi tidak tergamak melempang aku apabila membaca confession aku ni.

Majlis yang serba sederhana itu dihadiri oleh seluruh keluarga Hafiez. Dengan hadiah dulang bertemakan warna merah jambu siap digubah bentuk handbag yang sangka nenek ku itu adalah handbag pesen baru dan gubahan bentuk bunga sejambak dibalas 9 dulang warna ungu yang kesemua barang berunsurkan kain hanya dilipat digulung dipintal sahaja. Haha. Ma, mana gubah bentuk keris masjid buah buahan yang diberangan kan dulu.

Syukur ke-hadrat Ilahi, majlis yang turut sama diraikan dengan hujan yang bawa ke petang itu turut dimeriahkan dengan nenek pakcik makcik saudara mara sepupu dekat malah jauh juga. Tambah sedikit hingar bila ada shuze, hamster, natrah, affa dan wajy + iesya yang mak aih tak terkata terima kasih aku sebab dari jauh dorang datang.  Tak sempat nak menayang kuku cantik hadiah dari wanita. Tak mahu potong sampai cucu cicit lah nampak nya ni.

Bertuah juga badan mempunyai mama ayah dan fikah yang bertungkus lumus bersusah payah sepanjang. Nasib baik tak kantoi dengan fikah aku menangis malam tu sebab terharu dia bertungkus lumus menolong aku. Maria, nanti jangan lupa bela makcik sapikah bila dia tua ye. 








Pandai pulak aku behave di majlis sendiri.

p.s: selamat menyambut ramadhan!