Monday, February 21, 2011

haru biru

Di tengah kesesakan haru biru kota metropolitan macam ni, siapa yang tak ada masalah memang terbaik. Jiwa suci murni dan entah entah pasang bodyguard dan spy merata supaya tak ada siapa berani nak usik. Bertuah lah aku perantau yang jauh dari ibu bapa di johor mengharapkan ihsan insan bernama manusia supaya aku terus berasa selamat.

Jangan lah rasa runsing dengan permasalahan aku. Sebab tak seberat mana pun. Tugas yang tak mencabar itu di samping boleh menggunakan logikal akal dan kewarasan pemikir. Tak ada aktiviti pengkamiran, pembezaan mahupun punca kuasa dua.

Entah lah. Silap menjadi seorang perempuan adalah apabila kau terlalu memikirkan masalah yang ditakuti bakal menjadi beban seumur hidup. Anggapan buruk je lebih. Padahal, mengikut kajian 80% adalah masalah yang ditakuti tu tak terjadi pun. Nah, salah kan bisikan jahat saitannirrajim.

Apa kan daya, perempuan pemikir masalah ni lah jugak yang sebenarnya kental menghadapi masalah tanpa terfikir sedikit pun nak mengungkit inisiatif yang telah diambil kira. Dan perempuan yang sibuk jadi pemikir ini lah sebenarnya lebah keras di dalam walaupun menceceh air mata di luar.

perempuan perempuan bawah umur yang belum rasa masalah makcik macam aku



p.s: u deserve me at my best, if u can handle me at my worst

Friday, February 18, 2011

muhasabah diri

Kalau ini lah dugaan maha besar dalam hidup aku, Kau kuatkan lah aku. Kalau ini lah ujian hidup maha hebat dalam hidup aku, Kau tabah kan lah aku. Kalau ini lah keputusan yang maha sukar untuk dibuat dalam hidup, Kau berikan lah petunjuk padaku. Kalau ini lah balasan atas segala dosaku masa lalu, Kau pelihara lah aku dari melakukan sebarang kesalahan sekali lagi. Amin.

Strengthen me so that i can withstand the storm

Tuesday, February 15, 2011

sempurna

Bukan main lagi masa kecil masa belum laku ada boifren nak kat kiteww, kiteww selalu berangan masa valentine nak buat apa. Gatal kan.

Kiteww selalu berangan setiap kali valentine, kiteww nak dengar suara boifren kiteww pagi pagi. Hai puteri cantik, happy valentine sayang. Breakfast untuk u, i dah siapkan. Kek coklat bersalut emas. Auww, bestnya. Sepanjang hari akan kiteww biarkan kesan comot coklat tu kat mulut kiteww.

Lepas tu kiteww selalu terberangan, tengah sibuk sibuk buat kerja, ting tong ada bunga bapak besar datang. Wangi. Wangi sangat sampai ada kumbang dan tebuan. Lalu kiteww kena sengat di hidung. Kemaruk sangat nak bau ros. Rupanya boifren kiteww yang hantar. Auww suwitnya. Lagi suwit boifren kiteww puji kiteww, hidung u comel lah walaupun kena sengat.

Lepas tu boifren kiteww bawak kiteww bawak pergi makan kat restoran mahal. Yes yes. Rupanya ada seprais lagi. Ish letihnya. Boifren kiteww belikan rantai mak datuk labuhnya. Sakit leher kiteww. Sambil makan ketam nipah, ada orang kat tepi main biola lagu lambada. Auww romantik sangat.

Sebelum kena hantar balik rumah, boifren kiteww bagi lagi seprais. Kenapa kiteww tak alert dari tadi rupanya boifren kiteww bagi kucing comel ala mucuk mucuk. Di leher kucing tersebut ada kad valentine besar bagak tulis, i love u sayang, hanya tuan puteri cinta ku sampai syurga. Dan kiteww pun mengalirkan air mata.

Walhal, aku cuma mampu berangan. Selamat tinggal angan angan palsu. Selamat tinggal boifren kiteww. Aku tak meraikan pun valentine. Was was dengan status valentine.

Lagipun, bukan nya 364 hari yang lain bukan hari kasih sayang kan. Lagipun, dia dah sangat sempurna. Setiap hari. Tak payah tunggu hari valentine. Berdiri tegak pun aku rasa dia macho. Kalah kau fahrin ahmad.

menjengkelkan tak mulut ikan aku. (gambar hiasan)


p.s: selain tikus, petir, kapas dan habuk, aku takut sibuk