Friday, November 1, 2013

Yang Terindah

Hai best nya tertidur atas meja. Rupanya hujan lebat tadi patut pun nyenyak. Bangun bangun terus google resipi roti sosej gulung tu, ingat nak buat surprise esok pagi, breakfast in bed he he he.

Yeayy harini birthday mama. Patut pun minggu lepas asyik telefon tanya balik ke tak. Haha mama mama.

Oh dalam tempoh 2 bulan ni, ada banyak benda yang aku dulu sukaaaa gilaaaaa sekarang tak sukaaaa gilaaaaaa. 10 benda yang dulu suka sangat ah sekarang tak suka. Cek cek cekidaut!

1. Dulu suka teh tarik.  Setiap pagi, mesti mau kena. Rasa nak cium cium gelas tu bila dah habis kan tanda puas. Sekarang, sebut teh tarik pun rasa nak bluekkkk.

2. Dulu suka lepak mamak. Segala jenis mamak aku sayang. Mohsin lah syed abu lah maulana lah jasima lah kayu lah. Sekarang nampak mamak pun tak nak tak nak tak nakkkk!

3. Dulu suka sangat sangat naik kereta jalan jalan kan especially pergi tengok lampu kat kl. Sekarang tak suka. Masalah nya naik kereta sendiri je tak suka. Naik kereta orang lain gua okay. Hahaha.

4. Dulu aku yang beriya pilih bau perfume untuk hafiez. Nak yang bau macho macho je. Hehe. Sekarang aku sangat allergy dengan perfume dia. Nampak dia nak mula spray aku dah nak pengsan.

5. Dulu suka sangat lepak kat bilik. Boleh tahan kat bilik sampai berejam weh tak mandi pun tak apa weh yang mungkin berdanau belakang badan aku. Tapi sekarang aku benci bilik. Benci gila macam apahal kena ada bilik. Hahaha dan aku suka karpet depan tv. Kenapaaaa.

6. Ni pun agak pelik. Dulu kalau makan je mesti nak telur. Suka nau telur. Telur goreng ke dadar ke hancur ke aku sayang. Selain comel, rasa nya macam ah kenapa berhantu sangat rasa telur ni. Sekarang aku tak suka telur. Makan nasi lemak tak mau telur satu ! Dan dah pandai demand lebih, nak ayaaaaam je. Sila tunggu perubahan kegemukan aku dalam tak sampai sebulan ni. Haha.

7. Dulu lauk suka yang lemak santan tu. Asal macam lemak gua selera gila. Sekarang taknak. Kalau makan taknak ada kuah. Nak makan yang kering kering tu lagi sedap kot sekarang. 

8. Oh ya, dulu aku suka sangat ikan keli. Macam hari hari pun nak ikan keli juga. Kalau daging ikan dah habis, aku gonggong gonggong kepala dia tu rasa nak makan kemua tinggal kan rahang je. Sekarang, ya Allah kenapa baru sekarang aku nampak keli tu macam u u u. Haha

Okay lah yang ke 9 dan ke 10 aku dah tak suka nak ingat apa. Hahaha.

In before, selamat hari jadi mama! i love you to the moon and back. Lagu ni untuk mama kot kot pandai browse blog anak mu ni. Haha.





Friday, October 25, 2013

cuti di kota kinabalu, sabah

Sebenarnya bukan malas, tapi tak menyompek nak update blog omg aku rasa dah kena tukar header blog sooo childish. 6 hari kat sabah rasa macam lamaaaa nya cuti hahahah. Memang lama pun. Sebelum sampai sana, aku 3-4 bulan juga lah study and baca review orang cuti kat sabah. So tempat tempat yang aku pergi adalah similar dengan orang lain. Ikut trend sangat. Okay ni adalah entry yang sangat sangat panjang sebab aku malas nak part 1 part 2 semua.

Hari pertama, sampai sampai je aku terus cari hotel sebab konon konon ni backpack je ni hahahaha. Lagipun dah malam dan berdoa harap harap tak jetlag (lah sangat). Hotel pertama adalah sedikit spooky tapi aku dah baca 3 qul dan tidur bergilir dengan apis. Esok nya, taknak buang masa, lepas sarapan terus bertolak ke kundasang. Jalan yang agak mencabar sebab kekurangan signage, banyak bulatan dan tak ada 3G. So kalau nak ke kundasang, betul lah tu, ikut tuaran, jumpa tamparuli, ranau, kundasang. Dari kota kinabalu kalau bawak 90km/h macam tu boleh lah sampai 2 jam lebih. Lokasi pertama adalah Desa Daily Farm. Yang tempat sejuk sejuk tu. So jimat dah duit aku tak payah pergi new zealand dalam masa terdekat ni hahaha kat sini pun ada lembu hitam putih. Bak t***k sikit nak susu.Tiket masuk adalah rm4 dan kalau nak tengok lembu perah susu sila tunggu sampai pukul 3 petang.

Malam tu bermalam kat kundasang je satu malam seratus, tidur kat homestay. Malam bapak nya sejuk taknak mandi dan celik celik mata terus nampak gunung kinabalu. Oh ye aku terlupa, masa kitorang pergi tengah pesta kubis. Wow rasa macam kampung kubis yang terlampau banyak kubis nya. Sumpah banyak.

Esok nya seawal 5 pagi aku dah bangun sebab jakun dan bukak tingkap dan tengok kabus kat gunung kinabalu. Subhanallah. Cantik gila. Bangun je lepas sarap'an' kitorang terus pergi ranau sebab nak pergi hotspring tu. Memang best gila. Tiket masuk adalah rm3. Suhu dia adalah berdasarkan ikut suka cara nak campur air sejuk dan air panas tu. Ada juga tempat mandi, private pool. Oh open pool pun ada. Tapi aku rendam kaki je sebab badan dah wangi kaki je bau bak eng. Hahaha. Okaylah, dalam tu ada juga taman rama rama which tiket masuk dia asing, kena tambah rm3. Lepas tu boleh juga naik canopy walkway well aku tak sempat nak naik sebab nak check out tengah hari tu dan belum mandi lagi. Tu pun rm3 je tiket masuk.

Lepas check out, on the way balik ke bandar kk, kitorang singgah tamparuli untuk melawat Rumah Terbalik. Tiket masuk rm10, mahal weh dan tak boleh ambil gambar dalam rumah so aku tak ada bukti benda dalam rumah juga adalah terbalik tapi boleh lah enjoy juga lah. Hehe.



Sampai je kk, terus check in hotel dan bersiap sedia untuk makan seafood. Ya Allah, dah lama nak makan seafood murah katanya. Aku tak tahu actually tempat aku makan tu kat mana tapi rasa nya tu lah pasar philipine. Kat situ dia hidang ikan bakar yang kalau pilih dia akan bakar balik sebab nak bagi rasa panas. Ada juga kerabu rumpai laut. Weird tapi sebab nak rasa khasiat kolagen, harus cuba hahahaha.Malam seterusnya makan seafood juga tapi kat tempat lain. Dia betul betul sebelah jeti yang ada patung ikan todak tu. Kat sini yang boleh pilih ikan ikan fresh dan boleh request masak apa apa je pada harga yang sangat murah! Yeayyy! Aku suka benda murah!

ni yang pasar philipines tu, gambar kat tempat seafood lagi satu lupa nak ambik

Hari kedua sebelum balik, kitorang berjalan ke pulau pula. Memang tak ada dalam plan nak island hopping nak  pergi 3 pulau. 1 pulau sudeyy memandangkan aku tengah mabuk teruk pada hari tersebut. Cadangan nya adalah jangan beli tiket di luar perkarangan tempat beli tiket. Kata nya tu bukan orang tempatan, dan nanti di tengah laut, dorang akan suruh penumpang bot, pindah bot lain so dia boleh pick up dan buat satu trip baru. Bahaya kan. So beli kat kaunter yang sah. Ikut survey, kaunter 9 servis baik. Tiket bot rm23 dan gov tax rm7.20 so total rm30.20. Tapi sampai pulau nanti kena bayar tiket masuk rm3. Kitorang pergi tak niat nak snorkeling so tak sewa apa apa equipment je, berkubang sudah. Haha. Air laut biru kehijauan siap ada tone sumpah Ya Allah cantik nya. Tak pakai goggle pun boleh nampak ikan kat dalam air, tak payah pegi fish spa. Hihi comel please banyak gila nemo. Tapi tak lama sangat berendam sebab aku dah cukup legam untuk sunbathing. Ha ha ha. Perjalanan naik bot dari jet jesselton ke pulau manukan (pulau yang aku larat pergi) 10 minit je. Sebab laju.

jeti pulau manukan

pantai pulau manukan


orang yang suka main laut tengah panas, sila abaikan jendul kilat



Nampaknya, dah panjang. Jadi malas nak buat kesimpulan ni mesti puan bijan marah tengok karangan macam ni yang tak ada penutup. Cau de mau.


Thursday, October 3, 2013

Tak nyanyi pun

Seronok nya dah pindah rumah baru. Hehe. Sempat tengok matahari pergi balik dah sekarang. Bersyukur betul. Semoga lepas ni lebih banyak masa dapat dihabiskan di rumah daripada di jalan raya. Mungkin sesiapa yang bijaksana boleh cadangkan macam mana nak kurang kan kesesakan lalulintas kat kl ni terutama sekali masa pergi kerja. Kurang jem, kurang stress, kurang kedut tua.

Yeayy lepas ni boleh main deko deko dengan hafiez dah. Yahuuuu! Sibuk je hari hari topik sebelum tidur bincang tu nak letak mana yang tu nak beli bila bla bla bla. Hahaha!

Oh ye, ni adalah video tarian persembahan aku masa family day haritu kat cherating. Aku yang paling over sekali. Sah sah lah kan. Tett. Lepas ni dah tak boleh menggelinjang dah, hihihi.Gedik nampaknya ketawa sekarang.





Over kan. Padahal miming jeeeeee -_-"