Hi lama gila tak update. Sibuk dengan semester pertama di universiti malaya sebagai post graduate student. Gittewww. Susah jugak nak bahagi masa, tapi alhamdulillah, berjaya lalui nya. Such a tough months for me tho. Dengan anak sedang membesar, rumah yang nak diurus, kerja lagi, study, assignments, kelas, exams... nampak tak mengeluh di situ. Haha. Tak lah, tak baik.
Semalam hadi masuk 8 bulan. Sekarang dah pandai menyelor (meniarap, commando crawl tu) sungguh laju sekali. Kalau tinggal kejap, kalau tak nangis tu maksudnya dah sampai mana mana la tu haha. Gigi pun dah 6 batang and aku dah siasat, ada 2 lagi bakal tumbuh. Patut lah sakit je time menyusukan. (yeayy, on another note, aku berjaya breastfeed sampai lebih 6 bulan, walaupun campur susu formula). Alhamdulillah hadi tak cerewet, sebab kalau tak kenyang susu aku, dia minum susu formula pun happy je. Menyenangkan hati je alhamdulillah. Okaylah, mami tak tahu lah nak update apa untuk tips masa jaga hadi sebab hadi such a good boy. Hehe.
Selamat tahun baru. Azam tahun baru ni nak kumpul duit rm5 banyak banyak, nak beli kan rumah untuk hadi.
Hadi 4-5 bulan. Asyik ketawa je |
Hadi 5-6 bulan. Dah pandai nak main and dah pandai nak marah |
Hadi 6-7 bulan. Dah boleh makan solid food!! |