Hari pertama, sampai sampai je aku terus cari hotel sebab konon konon ni backpack je ni hahahaha. Lagipun dah malam dan berdoa harap harap tak jetlag (lah sangat). Hotel pertama adalah sedikit spooky tapi aku dah baca 3 qul dan tidur bergilir dengan apis. Esok nya, taknak buang masa, lepas sarapan terus bertolak ke kundasang. Jalan yang agak mencabar sebab kekurangan signage, banyak bulatan dan tak ada 3G. So kalau nak ke kundasang, betul lah tu, ikut tuaran, jumpa tamparuli, ranau, kundasang. Dari kota kinabalu kalau bawak 90km/h macam tu boleh lah sampai 2 jam lebih. Lokasi pertama adalah Desa Daily Farm. Yang tempat sejuk sejuk tu. So jimat dah duit aku tak payah pergi new zealand dalam masa terdekat ni hahaha kat sini pun ada lembu hitam putih. Bak t***k sikit nak susu.Tiket masuk adalah rm4 dan kalau nak tengok lembu perah susu sila tunggu sampai pukul 3 petang.
Malam tu bermalam kat kundasang je satu malam seratus, tidur kat homestay. Malam bapak nya sejuk taknak mandi dan celik celik mata terus nampak gunung kinabalu. Oh ye aku terlupa, masa kitorang pergi tengah pesta kubis. Wow rasa macam kampung kubis yang terlampau banyak kubis nya. Sumpah banyak.
Esok nya seawal 5 pagi aku dah bangun sebab jakun dan bukak tingkap dan tengok kabus kat gunung kinabalu. Subhanallah. Cantik gila. Bangun je lepas sarap'an' kitorang terus pergi ranau sebab nak pergi hotspring tu. Memang best gila. Tiket masuk adalah rm3. Suhu dia adalah berdasarkan ikut suka cara nak campur air sejuk dan air panas tu. Ada juga tempat mandi, private pool. Oh open pool pun ada. Tapi aku rendam kaki je sebab badan dah wangi kaki je bau bak eng. Hahaha. Okaylah, dalam tu ada juga taman rama rama which tiket masuk dia asing, kena tambah rm3. Lepas tu boleh juga naik canopy walkway well aku tak sempat nak naik sebab nak check out tengah hari tu dan belum mandi lagi. Tu pun rm3 je tiket masuk.
Lepas check out, on the way balik ke bandar kk, kitorang singgah tamparuli untuk melawat Rumah Terbalik. Tiket masuk rm10, mahal weh dan tak boleh ambil gambar dalam rumah so aku tak ada bukti benda dalam rumah juga adalah terbalik tapi boleh lah enjoy juga lah. Hehe.
Sampai je kk, terus check in hotel dan bersiap sedia untuk makan seafood. Ya Allah, dah lama nak makan seafood murah katanya. Aku tak tahu actually tempat aku makan tu kat mana tapi rasa nya tu lah pasar philipine. Kat situ dia hidang ikan bakar yang kalau pilih dia akan bakar balik sebab nak bagi rasa panas. Ada juga kerabu rumpai laut. Weird tapi sebab nak rasa khasiat kolagen, harus cuba hahahaha.Malam seterusnya makan seafood juga tapi kat tempat lain. Dia betul betul sebelah jeti yang ada patung ikan todak tu. Kat sini yang boleh pilih ikan ikan fresh dan boleh request masak apa apa je pada harga yang sangat murah! Yeayyy! Aku suka benda murah!
ni yang pasar philipines tu, gambar kat tempat seafood lagi satu lupa nak ambik |
Hari kedua sebelum balik, kitorang berjalan ke pulau pula. Memang tak ada dalam plan nak island hopping nak pergi 3 pulau. 1 pulau sudeyy memandangkan aku tengah mabuk teruk pada hari tersebut. Cadangan nya adalah jangan beli tiket di luar perkarangan tempat beli tiket. Kata nya tu bukan orang tempatan, dan nanti di tengah laut, dorang akan suruh penumpang bot, pindah bot lain so dia boleh pick up dan buat satu trip baru. Bahaya kan. So beli kat kaunter yang sah. Ikut survey, kaunter 9 servis baik. Tiket bot rm23 dan gov tax rm7.20 so total rm30.20. Tapi sampai pulau nanti kena bayar tiket masuk rm3. Kitorang pergi tak niat nak snorkeling so tak sewa apa apa equipment je, berkubang sudah. Haha. Air laut biru kehijauan siap ada tone sumpah Ya Allah cantik nya. Tak pakai goggle pun boleh nampak ikan kat dalam air, tak payah pegi fish spa. Hihi comel please banyak gila nemo. Tapi tak lama sangat berendam sebab aku dah cukup legam untuk sunbathing. Ha ha ha. Perjalanan naik bot dari jet jesselton ke pulau manukan (pulau yang aku larat pergi) 10 minit je. Sebab laju.
jeti pulau manukan |
pantai pulau manukan |
orang yang suka main laut tengah panas, sila abaikan jendul kilat |
Nampaknya, dah panjang. Jadi malas nak buat kesimpulan ni mesti puan bijan marah tengok karangan macam ni yang tak ada penutup. Cau de mau.