Alhamdulillah. Syukur sangat. Rasanya hampir hampir hampir nak selamat sediakan semua. Tengok tiak, basah tak hahaha menunjukkan dah usaha kuat lah ni kan. Haha. Agak agak bila dah rasa banyak dah selamat, boleh lah fikirkan hal yang lain lain. Oh, yang utama sekarang ni amacam malam pertama nanti. Ada gatal tak minaci? Haha. Harus lah presentable sangat kan selain gaun gaun yang entah apa apa singkat nya nanti, ada benda lain yang harus dititik beratkan. Umpama nya adalah seperti di bawah.
1. Gigi
Oh, kalau gigi bersimpang siur tak apa asalkan bersih. Mana sempat dah nak pakai braces lagipun. ungkin cukup sekadar buat scaling. Yang buat karang gigi tu. Rasa angin angin sikit kan bila bernafas? Kalau malas pergi hospital kerajaan sebab prosedur dan prosedur juga (singgit je woi memang aku suka benda murah) boleh lah pergi klinik gigi lain. Kos dalam RM80 ke atas sahaja.
Cepat tekan kalkulator.
|
saja nak tunjuk gigi |
2. Rambut
Alang alang nak kahwin, boleh lah pergi set rambut sikit. Sesuai dibuat dalam lagi 2 bulan kot nak kahwin. Aku cadang beli voucher kat
groupon atau
mydeal atau
milkadeal. Cari yang ada treatment untuk scalp. Deal untuk kecantikan dorang banyak sikit dan menarik. Walaupun bertudung, hal hal dandruff rambut gatal rambut gugur mesti mengganggu keyakinan diri. Tu lah, siapa suruh stress stress. Haha. Kos untuk deal sebegini rupa aku bajet dalam RM70 complete semua. Cari lah.
3. Waxing
Haruslah nanti tak berbulu bulu terutama di ketiak. Hahahaha aku tergelak sendiri membayang kan yang bukan bukan. Bahahaha omg sungguh lucah pemikiran ku. Okay, kalau jumpa deal ni harus cuba. Lagi baik ada permanent wax untuk kaki. Macam ni.
|
lima belas ringgit untuk pose seksi macam tu hahahahahahaha omg apesal angkat ketiak begitu |
4. Manicure / Pedicure
Untuk elakkan jari, kuku, lipatan jari berlapuk, elok lah buat treatment macam ni. Juga boleh cari kat mydeal ke dealmates ke. Spend dalam RM40 untuk kaki dan tangan dalam seminggu sebelum majlis. Boleh lah kan. Yang penting murah. Haha tak habis habis murah dia. Hmm, kalau nak tradisional ambil sekeping mozek dan kikir atas kuku. Haha nampak sangat pernah buat dulu.
5. Spa / Massage / Body scrub / Sauna
Besah ada ajak aku sauna FREE kat rumah dia. Like, hello macam mana kau boleh tahu kegemaran aku terhadap benda percuma? Kenapa tahu kesukaan MISAE?? haha. Berkunjung ke tempat butik kecantikan untuk sauna, body massage, body scrub, body detox treatment, jacuzzi, apa apa lah, yang penting, aku nak yang relax relax. Yang ada background music lagu lagu kat tepi air terjun macam tu. Hehe.
|
MURAH kan boleh pergi berkali kali kan |
6. Facial
Aku tak berapa gemar sangat nak buat facial sebab kulit yang sangat ehmmm sensitif. Tapi, boleh lah cuba buat yang ringan ringan je. Setakat nak massage bawah mata massage bawah dagu pakai kan masker muka ke. Oh ye, oleh sebab aku tak suka sangat pergi facial treatment maka aku diy kat rumah. Pakai yougart atau honey kat rumah je. Agak agak macam dah rasa muka putih sikit, aku cuci. Hahahahahaha tiba tiba rasa kata kata aku kelakar gila perasan. Aku tiru tips kat sini ----
http://www.acneskinsite.com/
7. Bengkung / Ubat kurus / Senaman
Dengar macam haaa okay kenapa macam tradisional sangat bengkung tuuuuu. Tapi boleh juga cuba. Sekarang kan banyak orang jual bengkung ke korset ke girdle ke. Kalau taknak yang mahal sangat macam premium beautiful tu, boleh juga beli online yang banyak banyak jual kat fb tu. Kat dealmates pun banyak. Dealmates tau. Tak lupa sapu sekali cream fellina inchloss tu ke, cram pati halia nora danish juga. Nak lagi extreme, ambil lah minuman kurus atau ubat kurus which aku tak berani sangat sebab hmm sebab okaylah, cakap saja aku kedekut. Aku lebih suka pergi buat aktiviti macam main main badminton atau larian atau panjat gunung. Berseronok sikit gaya nya.
8. Supplement
Ni lagi satu contoh langkah kecantikan sempena majlis yang boleh diambil kira. Sekarang ni kan banyak kan benda benda supplementary yang dijual, especially fb. Macam collagen ke vitamin c ke vitamin b kompleks bla bla bla bla dan antara produk yang aku selalu nampak dijual macam aurawhite, gluta-c, bbplus. Selebih nya, banyak kan selawat dan zikrullah, serah kan pada yang Esa. Tetapkan hati pada pilihan, dan yakin pada takdir Allah untuk kita. Hehe.
Itu sahaja yang agak agak mampu dilakukan setakat ni. Sebenarnya tak payah tunggu kahwin pun dah boleh buat tapi saja nak highlight apa usaha yang boleh dilakukan khas untuk majlis. Chow da mow!