Monday, July 30, 2012

invasi

Sangat teruja sekarang sebab ada banyak buku yang boleh dibaca. Boleh distract diri sendiri dari berfikir hal kerja. Boleh jauh kan diri dari orang yang negatif sentiasa. Dan boleh selamat kan hati dari terluka segala kata cacian yang telah engkau berikan membuatku rasa kosong kosong kosong. Sebal dah telinga asyik dengar lagu najwa latif. Haip, tak baik lah mengutuk orang yang kau tak kenal. Haha. Adik ni ada album dah. Kau hado?

Malam minggu lepas berbuka lepas bersahur, aku bersiar siar sekitar kuala lumpur ah macam biasa favourite ku yang satu itu tak boleh dilupakan. Jalan jalan sekitar kl. Sakit leher aku. Bulan puasa, tapi bandar masih ceria dengan lampu. Best best. Macam malam tujuh likur pula. Kereta pula keluar masuk dan bersidai depan ehem ehem kalabul malami. Malaysia boleh. Ya, Malaysia boleh.

Sambil sambil, otak aku mencongak jarak dari klcc ke pudu lah, jarak dari pudu ke bangsar lah, dari bangsar ke ou lah. Gara gara invasi yang aku baru habis baca siang itu. Terbawak bawak watak bayani dalam kehidupan sebenar.

'Doa tanpa usaha itu bohong. Usaha tanpa itu sombong'


Petang ni lepak rumah wanita. Harap harap nya hamster tak jeles.

Wednesday, July 25, 2012

ayam masak lemak cili padi



Juadah berbuka dua hari lepas, aku kasik maklong paklong ain and balong try ayam masak lemak cili padi aku. Bila masak menggunakan santan ni sebenarnya aku cuak. Ni semua salah eksperimen sains. Air dan minyak mana boleh campur. Jadi kerisauan santan dan bahan bahan lain tidak boleh bergaul rapat adalah sangat merisaukan.

Mula mula tumis sebiji bawang, 10 bili cili padi pedas mak aii dan kunyit besar ibu jari yang aku blend sahaja malas nak tumbuk pakai batu lesung tu sampai rasa nak terbersin. Masukkan serai yang aku hentak sikit di bahagian pangkal nya sebelum ayam dan kentang menyusul. Bila sampai seru, aku masukkan air sikit setakat cukup nak bagi ayam tu tenggelam separuh dan asam keping pun dicampak bersama. Air menggelegak je menandakan ayam dan kentang dah empuk sikit, aku cepat cepat dan menggelabah nya masukkan santan sekotak. Sentiasa kacau supaya mak aku kata santan tak bentan.Yelah tu. Oh ya, atas api kecil sahaja. Dengan keadaan berpuasa, aku gamble, letak satu sudu garam. Agak agak nak lebih kuah, aku tambah air sikit sikti je. Amacam? Banyak tak agak nya air liur dalam masakan aku. Sedikit masin dah. Haha. Memang kak nam. Pot pet pot pet.

Mungkin lagi sedap kalau aku masak pakai uniform chef sekali. Baru lah nampak lorat sikit. Haha. Petang ni tak payah masak. Tapi pergi bazar taman tun dengan wanita sahaja. Ulang balik kenangan tahun lepas dengan beliau. Yahuuuu!



Lepas ni boleh lah aku war war kan kat hafiez masakan favourite dia ni. Yeayyy!!! Maklum lah, dah jadi tukang masak lah katakan.

Friday, July 20, 2012

tepak sirih



Pinang dihulur sudilah makan, 
Sirih beralas ukiran gangsa, 
Tepak sirih kami hulurkan,
Tanda adat budaya bangsa.


Perpisahan yang memakan masa selama lebih kurang 13 tahun, siapa sangka hero sekolah rendah aku adalah encik tunang aku sekarang. Haha. Bila fikir balik, memang lucu. Dia adalah lelaki yang selalu buat aku miang di sekolah. Haha. Harap harap cikgu halimi tidak tergamak melempang aku apabila membaca confession aku ni.

Majlis yang serba sederhana itu dihadiri oleh seluruh keluarga Hafiez. Dengan hadiah dulang bertemakan warna merah jambu siap digubah bentuk handbag yang sangka nenek ku itu adalah handbag pesen baru dan gubahan bentuk bunga sejambak dibalas 9 dulang warna ungu yang kesemua barang berunsurkan kain hanya dilipat digulung dipintal sahaja. Haha. Ma, mana gubah bentuk keris masjid buah buahan yang diberangan kan dulu.

Syukur ke-hadrat Ilahi, majlis yang turut sama diraikan dengan hujan yang bawa ke petang itu turut dimeriahkan dengan nenek pakcik makcik saudara mara sepupu dekat malah jauh juga. Tambah sedikit hingar bila ada shuze, hamster, natrah, affa dan wajy + iesya yang mak aih tak terkata terima kasih aku sebab dari jauh dorang datang.  Tak sempat nak menayang kuku cantik hadiah dari wanita. Tak mahu potong sampai cucu cicit lah nampak nya ni.

Bertuah juga badan mempunyai mama ayah dan fikah yang bertungkus lumus bersusah payah sepanjang. Nasib baik tak kantoi dengan fikah aku menangis malam tu sebab terharu dia bertungkus lumus menolong aku. Maria, nanti jangan lupa bela makcik sapikah bila dia tua ye. 








Pandai pulak aku behave di majlis sendiri.

p.s: selamat menyambut ramadhan!

Tuesday, July 17, 2012

sorok sorok

Semalam balik kerja, membuak buak pula rasa marah. Siapa lah yang berani ambik parking gua ni. Ni kalau aku park kat tempat lain, nescaya keesokkan pagi nya memang dah tak ada lagi dah lampu kabus untuk kali ke-3. Gila. Aku taknak dah mengalami kesengsaraan aku. Sambil mata tercari cari parking sesuai untuk sementara waktu mana lah tahu orang itu alihkan kereta aku cari juga mana whitey.

Whitey adalah kawan kepada lembut, lembut yang dah menemui ajal nya 2 bulan lepas. Whitey adalah kawan garfield lepas lembut tak ada. Whitey adalah kucing jiran sebelah yang selalu datang depan pintu tumpang makanan garfield dan lembut. Muka manis. Tapi garang. Nak sentuh pun tak boleh. Tapi tak apa lah. Tuan dia dah tak mahu jaga sebab whitey dah tua dan dah ada kucing baru. Kesian. Sedih tengok kan hidung dia tersumbat, mata berair, telinga terlekat. Nak lap kan, garang pulok.

Sabtu hari tu, agak nya masa aku gembira meraikan temeterai nya perjanjian kasih kat johor, whitey ditemui baring bawah pokok depan rumah. Tak bernyawa. Tak berbela pun. Sekarang aku sungguh emosi kalau ter tengok gambar kucing. Tergamak ke tak menjaga kebajikan kucing sendiri yang dulu dibela tapi sekarang tak beri makan pun dan mati yang tak disorok. Sebab selalu nya kucing mati sorok sorok taknak tuan nya sedih.

Okay, sekarang aku sangat touching. Chow da meow.






Friday, July 13, 2012

jiwang




"I would give anything to have my 1 dream come true. That dream is us, us being together forever. Spending my entire life with you, waking up next to your beautiful  fresh face every morning. 

Please promise me, that you will never give up on us. No matter what obstacles we’ll face in this life that’s ahead of us cause I know we will.You need to know that you’re the best thing that’s ever happened to me, I know I don’t always show it but the moment you came into my life it changed, for the better. I have this amazing person, my soulmate who I care for even more than myself, who I would do anything in the world for in my life, I will never let you go for you’ve become my life.
You’ve taught me how to love, shown me what a bestfriend is, and how lucky I am to have such a special person. 

Some say first love never lasts, but it never dies. I want you to be my only love, to always have this fire that burns brighter throughout the years to come.

I love you to the sun and back, forever".

Thursday, July 12, 2012

world is no more safe for women

Dulu aku boboi boboi. Cakap nak gua lu je bahasa. Tangan nak kepak kepak kepala nak terdongak dongak bila bercakap. Paling tak boleh lupa adalah aku pernah pakai seluar poket poket yang besar tu biar nampak abang abang. Haha. Tak boleh blah. Selain tu sebenarnya gua nak cover montot. Malu kepada yang lain lain masih montot belum akil baligh.

Dulu semua gua langgar. Tak takut apa. Cabar diri sendiri tengok cerita hantu banyak banyak. Haha. Itu ada lah indicator nya ye. Lagi serem tahap cerita hantu kau, lagi berani lah tu.

Tapi di dunia sekarang ni mana boleh pakai dah berani berani ayam macam tu. Nak nak aku dah feminin. Pakai cincin di jari manis lagi, nampak manis sekali. Tak boleh dah. Samun, rompak, culik, rogol, kerat, bakar ada di mana mana sekarang. Bila bila masa. Dan tak mengira perempuan umur berapa. Semua depa larung.

Dengan aku yang tak ada seni mempertahan kan diri nya, apa pun tak ada. Silat gayung ke silambam ke karate ke kungfu ke taichi apa semua tak ada, maka macam mana nak pertahan kan diri. Adakah setakat tolong tolong tolong ada orang jahat di sini, masyarakat berani nak lari dan melindungi kau. Memang satu malaysia, tapi kita masih belum bersatu padu. Memang polis cekap amanah buat kerja, tapi penjahat pun semakin cekap berani pantas kamikaze.

Jadi, perempuan semua, sekurang kurang nya simpan pisau lipat atau black pepper spray dalam handbag. Eh tapi kalau kena ragut handbag siap siap cemano pulok eh. Okay, letak pisau lipat dalam poket seluar. Tapi kalau pakai kain macam mana. Okay, yang ni aku cadangkan jangan pakai kain dah. Lagi pendek, lagi aku harom kan.



aku pegang pisau potong kek pun terketar

p.s: siut. aku teringat muka mafia mexico kat autopay tadi.

Tuesday, July 10, 2012

gaya belanda dapat tanah

Baru nak start gentel gentel adunan tepung tu jadi sebesar syiling 50 sen lama, aku dah buat onar menjatuh kan sebesen kacang badam ke lantai. Haha. Cekap nya aku di dapur. Belum sempat nak sorok kesan jenayah dari mama, mama dah datang ke dapur. Nak nilai hasil kerja aku dan fikah. Cantik ke cokolat cookies kitorang. Semenggah ke nak diberi pada orang yang datang. Sambil kaki aku bijak sekali menendang penyapu lidi ke atas bahan bukti. Niat nak sorok.

Bubu datang dan mulut nya bising bising sambil menggonggong penyapu tu. Protes perbuatan keji aku sorok benda dari mama. Sebelum sempat kantoi, aku angkat bubu dan letak kan dia di atas abang. Aman sikit.

Penat di dapur, macam biasa aku curi tulang ke bilik fikah. Dan berbaring atas katil dia. Sambil baca shin chan, aku jerit kuat kuat, dik, malam ni aku cop tidur katil kau, kau tidur bawah. Kasihan aku. Katil aku dah tak ada ruang hatta tempat meletak sebatang jari runcing aku pun dah tak ada tempat. Begitulah nilai pengorbanan adik terhadap kakak nya kalau dia bersetuju.

Haha untung nya kalau kita jadi kakak memang macam tu tuan tuan puan puan. Semua kita boleh order. Haha. Bertuah, bertuah.

Mama celah adik dan balas terus. Belanda kalau dapat tanah memang macam tu!


Wowowo, apa tu. Tak pernah dengar dan tak pernah dibaca. Niat nak berfikir fikir maksud kata kata mama, aku terus hanyut melayan kipas damai dan katil empuk fikah. Mimpi zaman penjajahan belanda. Celah mana agak nya boleh pakai pepatah mama tu. Adakah maksud mama aku ada kacukan belanda ke apa. Yabedabeduuuu!

yeay gua ada kacukan belanda!


Harap harap semua kata woi sedapnya biskut kau nak lagi nak lagi. Mana tahu boleh buat bisnes masa majlis tu kelak. Dan boleh lah bermulanya-episod-baru-dalam-hidupku gittew. Haha.

p.s: kalau nak datang nanti, pakai lah warna purple please, supaya aku tak segan rasa janggal sorang sorang

Wednesday, July 4, 2012

minta maaf

Salam nisfu syaaban.

Nak dekat dekat penyakit bulanan ni mula lah menderu deru marah yang datang. Sebelum sempat aku nak mengahambur kan kata kata yang mampu menyakit kan hati orang walaupun tak maki tak carut tak kutuk tak caci tak kesat, walaupun ada sinis sinis pun aku cuba elak kan. Toleh tempat lain dah phewwww. Selamat orang tersebut pada hari ni. Jari jari pun nampak nya harus dilatih untuk lebih waspada. Nak elak lebih banyak lagi hati orang luar hingga lah orang yang kita sayang, terluka. Mata juga. Lukisan eyeliner nampak nya harus ditumpulkan, tak tajam di hujung. Supaya orang yang rasa dirinya tak disukai tak rasa disukai. Mana lah tahu, dia ingat aku jeling dia. Tak. Itu bukan jeling, itu mata bundar yang diredupkan. Nak nampak ayu sikit.

Sempena nisfu syaaban ini malam, aku nak mintak maaf banyak banyak pada mana yang tersinggung. Kadang kadang bukan sombong, tapi aku rasa menjauh kan diri lebih baik buat sementara waktu. Kadang kadang bukan bercerita, tapi aku cuma berniat mengadu. Kadang kadang bukan mengutuk, tapi menegur cara bergurau. Kadang kadang bukan batu api, tapi aku sebenarnya minta pendapat. Kadang kadang bukan boikot, tapi aku nak elak ada niat balas dendam.

Di buku baru, lembaran baru ni, aku nak mula kan nya dengan tajuk dan tujuan hidup baru jua. InsyaAllah.