Saturday, March 31, 2012

Geng kapak

Dengan pintu cermin lutsinar macam tu jelas sahaja nampak nya insiden kat luar tu. Tanpa aku peduli tengah meeting ke apa ke, aku bergegas keluar. Nak bagi pertolongan apa apa yang patut. Oh ya. Kepada awek awek yang suka makan kat williams, sila jangan bersoarangan. Kalau keluar berkawan pun jangan bawak tunai berpuluh ribu. Ni kawasan hitam sekarang. Bukan. Bukan kawasan aku. Tapi dah disenaraihitam kan sebab kes samun bersenjata baru berlaku semalam.

Sebaik sahaja keluar, dengan berdarah darah sebab dikapak, mangsa mengerang kesakitan. Hanyir darah tu kuat betul bau nya. Nak je aku pasang kemenyan ke apa ke untuk hilangkan loya. Aku dan beberapa rakan lain mengangkat mangsa ke kawasan yang lagi selamat. Rata rata semua memang tak berani pun nak menghampiri mangsa masa diserang sebab takut turut dikapak. Dan perompak yang bertopeng tu rupa nya dah mula ikut mangsa sejak dari bank tadi. Darah ada di mana mana tapi syukur lah tak ada siapa yang terbunuh. Kalau tak, mungkin tempat ni dah jadi kawan niyang rapik. Biar hilang harta asal jangan hilang nyawa. Duit kan boleh dicari, dipinjam dan disepelet.

Petang tu aku tak hirau trauma yang masih menghantui, aku kental kan semangat pergi main futsal. Sepak bukan main lagi. Memang gaya Ronaldinho, gaya christiano ronaldo, gaya lionel messi, gaya safee sali, gaya hafiez akib, nasib baik ada ayam tambatan macam aku. Lain kali boleh lah main lagi.

Lain kali yang nak main lagi tu bila aku dah hilang akal lah nak main lagi. Hahaha.

Dan sejak bila aku berani kamikaze nak keluar dan selamat kan mangsa dari mangsa geng kapak. Tengok ikan kena siang pun aku seriau. Hahaha.





tolong lah sesiapa selamatkan aku dari futsal. aku takut dirembat.


ps : nak balik johor wohhh.



Thursday, March 29, 2012

Atlet

Memang lah sekarang aku rasa aku bajet ahli sukan. Sekejap badminton. Sekejap futsal. Sekejap olahraga. Sekejap angkat berat.
........................
Lagi sedikit pintu lif nak terkatup, nasib baik aku dan kak ikan sempat menyelit. Dalam hati nak menyumpah pun ada sebab gila kau dengki aku tak tunggu aku masuk dah nak tutup pintu. Tapi jadi sejuk bila terpandang 3 orang adik baru balik sekolah. Saiz dalam darjah 1-2.

Aku : hai dik baru balik sekolah ke ?
Adik 1 : haah.
Ika : darjah berapa ni semua ?
Adik 1 : saya darjah 2. Dia darjah 1. Yang kat pintu lif tu darjah 2.
Ika : aik kenapa awak kecil, dia besar ?
Adik 1 : oh tu sebab kita atlet.

Aku dan kak ika : oooooh atleeeeet.


Sakai kau kak. Budak kecil pun kau nak bahan. Ha ha ha.

Lantai tak rata

Sakit betul buku lali aku entah kenapa kewibawaan kawanitaan aku langsung tak terserlah. Semalam elok je rasa nak melawa ayu raudhah kat klcc, terpelecok pulok depan ramai orang. Nasib baik. Nasib baik aku muka tak macam orang malaysia. Maklumlah, ada kacuk scottish - venezuela.

Berjalan nak kat klcc, makan kat pantai dalam. Ni lah nama nya tips jimat cermat. Dari berpuluh puluh ringgit sekali makan yang menjadi pantang aku lauk tak menggunung lagi banyak sos ke apa keliling bibir pinggan, baik makan kat luar yang cuma kurang 7 ringgit. Ha lorat nak baca satu nafas je please. Haha. Dasar kak nam. Lagi jimat, makan tengah hari yang aku makan bajet bajet je tu orang payung lagi. Ah demyu kalau aku tahu aku tambah sup tulang gearbox.

Aku : shahmie, sempat ke nak sampai office sebelum battery aku habis ? *tergolek*

shahmie : sempaaat eh kau kenapa sayda.

Aku : biasalah lantai tak rata.



Tak pandai menari jangan dituduh papan lantai tak rata.

Monday, March 26, 2012

Pecah

Kasihan betul. Orang lain dah lama baca. Aku baru terkedek kedek nak catat semua nama dan buat peta minda perkaitan cerita.

'hidup itu ikhtiar, mati itu takdir, biar sibuk dengan ikhtiar, jangan sibuk dengan takdir'

Wednesday, March 21, 2012

Tuesday, March 20, 2012

pengorbanan

Lebih seminggu dah tak jumpa. Entah gemuk entah kurus. Entah hitam entah putih. Entah wangi entah busuk. Hehe. Walaupun tanpa gagal, hari hari dan setiap masa pun tak akan berhenti berbalas mesej dan pesanan, tetap akan tiba satu satu masa tu, aku gagal kawal emosi. Hati perempuan kan. Tetap macam azura.

Dan ini adalah salah satu pengorbanan yang perlu dilakukan. Pengorbanan yang penuh dengan harapan supaya akan ada lebih kebaikan di masa hadapan. Pengorbanan di samping masing masing belajar untuk menjadi lebih matang. Pengorbanan agar masing masing lebih dan terus harga menghargai. InsyaAllah.
.
.
.
.
.
God knows, how much it hurts to be away from you.



Monday, March 19, 2012

Meatball meeting

Niat aku untuk sambung memborong eh tak tak, macam kemaruk sangat je kan, membeli sedikit lagi tudung aidjuma akhirnya tercapai. Nasib baik, seawal pagi lagi shuze dah roger semua SGF turun padang makan meatball kat ikea. Elok sangat lah tu. Boleh menyinggah.

Oleh sebab dari semalam aku tak makan dan malas nak sedia sarapan pagi untuk perut sendiri, aku buat keputusan aku harus makan banyak nanti. Dengan chicken chop aku, aku juga ada share 10 biji bebola daging dengan hamster. Dia sepuluh, aku sepuluh. Tapi apakan daya, selepas jumpa SGF, kenyang tu cepat je. Bebola daging terpaksa ditelan tanpa ikhlas.

Dah lama gila rasa nya tak melepak dengan SGF lama macam ni. Dari awal tadi berjumpa, sampai lah ke petang, melewe lewe je kerja masing masing. Wanita dah bengang aku dan echah tak reti reti nak keluar dari kedai yang sama. Haha. Tak puas buat onar kat kedai face shop, aku tengok shuze dari tadi menconteng kuku, lap, conteng, lap, conteng, lap, kitorang sambung bersembang macam kat kedai kopi pulak di teh tarik place. Dah lah memang hingar, bertambah hingar bila main denda denda siapa yang mencarut. Nani macam biasa, dapat highest score. Balik balik cerita yang sama aku dengar, aku cerita. Haha. Kesian affa. Siapa suruh kau matriks lain dari kitorang, Kan dah tak kenal aween the legend. Haha.


SGF, cepat plan aktiviti air terjun 'surprise' birthday party tu. Haha.


p.s : tak lama lagi aku nak buat entri pasal obsesi terbaru aku lah :p

Saturday, March 17, 2012

forever favourite

Hitam gila. Hitam yang sumpah macam gampeng. Ni kalau digosok tak akan ada dah daki ke kerak ke apa. Sebab warna dah sebati hakiki dengan kulit aku.

Menyesal pun tak guna. Tembak pun tak kena. Aku dah terlambat nak menyesal berangan sendiri yang konon nya sejak penemuan clarinet kat bawah rumah atuk aku dan sebijik biola kat mana aku jumpa aku lupa, aku selalu ingat yang aku ada bakat semula jadi main alat muzik. Selalu ingat macam tu. Maka, masuk je STF, aku beriya nak join. Tak terfikir langsung, yang aku akan mengucapkan selamat tinggal kepada putih.

Setiap hari, tanpa gagal aku akan turun praktis main trombone. Dari form 1, saaaaaampai lah form 5. Hari hari dari pukul 5 saaaaaaampai lah pukul 7. Kalau weekend, dari pukul 7 pagi saaaaaaaampai lah pukul 1 lepas tu sambung pukul 3 lepas tu sambung pukul 5. Amacam. Dapat bayangkan tak betapa nigga nya aku masa tu. Hahahaha.

Tapi, apa ada hal kan. Kalau kau ada zaman paling kau suka adalah masa tadika, tak pun masa puteri islam kat sekolah rendah, atau pun masa join kelab teater yang kau boleh perasan primadona kat jothic kat sekolah menengah, tak pun zaman matriks kau ke poli kau ke universiti kau, pada aku, zaman kegembiraan maksima aku adalah tahun tahun aku zaman sekolah menengah. Masa tu je lah kau boleh poyo terel main trombone. Poyo macho tahan kena denda. Poyo bangga kena round compund main lagu patriotik. Haha. Tak sangka. Zaman tersebut adalah zaman-forever-favourite aku. Dan aku berharap, Maria anak ku sayang nanti, akan ikut jejak langkah mummy nya. Haha.

Saja, tiba tiba je teringat nak bukak video antara last spirit-solid-smart performance aku. Haha. Wahsai. Meremang bulu roma, syiok sendiri.




p.s: esok aku ada kursus, tapi apakah dosa aku masih tak tidur lagi sekarang.

Wednesday, March 14, 2012

kadang kadang

Tak tahu lah kenapa 2-3 bulan kebelakangan ni aku rasa sangat demotivated. Demotivated untuk terus bekerja. Terus terang aku cakap, aku sangat sayangkan tempat kerja aku sekarang ni. Cuma rasa kurang semangat je nak bekerja. Agak nya sebab awal tahun dahulu aku dah terima 2 kali panggilan kaunseling yang dah sah sah akan mengganggu penilaian prestasi aku akhir tahun kelak. Dan, kebanyakkan nya aku lambat adalah jika aku bertolak dari rumah pakcik aku, iaitu bos aku jugak. Hahahaha. Adakah aku sedang mencabar seorang bos ?

Selebih nya aku rasa tak ada selera nak bekerja mungkin sebab tekanan perasaan yang disimpan sendiri sebab projek sedang galak dijalankan. Dan aku adalah anak dara kota metropolitan yang masih liar dan memerlukan banyak aktiviti cucuk langit. Kekangan report yang banyak di mana aku selalu berdoa agar kaki ku juga pandai menaip tapi dia hanya pandai mengumpul lemak di paha adalah, menyebab kan aku lagi tertekan. Bila. Bila azab report ini akan berakhir ?

Tapi bila fikir balik, ah bukan lah sebab report sangat pun aku nak tension nya. Ye, mungkin sebab banyak gangguan seksual, eh tak mungkin, gangguan lain seperti orang nak lalu lalang belakang aku lantas menyebab kan aku terpaksa bergerak sikit dan kerja aku kat situ dah 3-4 saat tergendala. Gangguan tiba tiba aku kepingin minum milo bercampur vico. Gangguan telinga aku yang sibuk benar nak tangkap perbualan lawak fendy azmi shahmie dan ika_ler. Gangguan aku yang kuat membuang air nya lagi. Kan ke itu semua mengganggu kosentrasi aku wahai hadirin sekalian ?

Walhal sebenar nya aku tak bersemangat nak bekerja adalah sebab mungkin aku dah rasa jauh dengan Tuhan. Astaghfirullahalazim. Patut lah apa apa nikmat bekerja di sini aku tak rasa dan tak nikmati. Patut lah segala fasiliti dan pemberian hadiah baru baru ni aku rasa tak ada hala tuju nya. Mungkin aku lupa bersyukur. Dalam seronok kegembiraan dengan apa yang diberi, dalam hati aku mengeji kenapa ada manusia yang berhati busuk menutup periuk rezeki orang lain. Aku seharusnya bersyukur dan tidak berprasangka dengan sesiapa dan terhadap apa apa. Semoga apa yang dikurniakan kepada aku sekarang ini, termasuk lah, keluarga yang bahagia, kawan kawan yang mengambil berat dan seseorang yang sedang memiliki hati aku ini, diredhai. Dan semoga segala nikmat harta atau kesenangan yang sungguh sederhana ini adalah diberkati. Amin.

Bersyukur lah kita dengan apa yang ada. Kerana kadang kadang apa yang kita tak dapat, dengan apa yang ada tu lah yang kita perlukan setepat nya.


Bai. Caudemau.


p.s: aku rasa demam kali ni tangkap sendi woh.

Monday, March 12, 2012

Tabu

Sehari suntuk ni aku mengerah tenaga seolah olah esok tiada lah hari bekerja. Hehe. Seharus nya hari ahad macam ni berehat dan bukan menggembeling tenaga. Supaya esok tak ada lah kesal mana sebab tak puas tidur.

Semalam punya penat menyental pinggan mangkuk pun belum hilang lagi. Oh ya. Pagi tadi lagi lah mak aih banyak gila mangkuk bersusun. Adakah makcik makcik sekalian ingat rumah itu ada bibik atau rupa aku macam bibik. Tak faham betul. Apa kata, dengan pengalaman duduk kat desa selalu ada rewang kenduri kendara, makcik semua tolong aku kat dapur membersihkan bekas makanan sendiri. Sekurang kurang nya tolong buang kan sisa sup tulang saja ke plastik sampah. Baru je aku rasa aku lap meja. Makcik sekalian dah bawa sekampung duduk balik kat situ jamu selera.

Makcik. Hati saya terguris betul tengok makcik makcik sanak saudara yang cuma tahu menapau dan blah.

Tak apa lah. Nasib baik aku ada mak tempat mengadu.

Dan nasib baik juga lah aku ada benda nak baca ini malam.

ps : hensem nya awak yang hari pertama bekerja tu (:

Monday, March 5, 2012

I love u

I read this somewhere.

"You really shouldn't say 'I love u' unless u really mean it. But if u really mean it, say it a lot. People forget" - jessica, 8.

And i'd say it always. As he shines brighter than the sun, and push me harder than wind ever can.

Sunday, March 4, 2012

carbonara ke cornflakes.


Satu hari suntuk ni aku asyik makan. Tak ada langsung ketakutan jadi wanita boyak. Dan, aku tak menjaga kecantikan seperti gadis lain iaitu tidur awal. Kulit di marata tempat menjadi semakin kusam dan masam. Apa nak jadi ni. Oh, tapi tetap nak berbangga. Bangga betul sebab masih tak tidur walhal esok pagi hari bekerja. Oh ya, esok gua bercuti. Cuti paling best adalah pada hari orang bekerja terutama sekali hari isnin. Mendera betul kan. Haha. Puas puas puas.

Cuti kali ni memang bermakna. Selain boleh jumpa mama ayah fikah dan dua orang adik lelaki aku, aku juga dihadiri abesah. Nasib kau lah besah kena paksa rasa spaghetti carbonara aku. Memang macam gampeng perasaan nya bila kau akhirnya tegar memilih cornflakes berbanding masakan aku. Aku tewasa tawuuuu.


Kadang kadang oleh kerana selalu dikondem dan direndah rendah kan dan dibanding banding kan menyebab kan aku malas nak masuk dapur. Sepatut nya memberi kata kata semangat dan bukan nya membuka pekung kata aku kayu bila di dapar lalu mencederakan hati lantas menyebabkan aku rasa seperti mahu membakar dapur menghempas segala mala pinggan mangkuk membanjirkan lantai dan membazir sabun cuci pinggan mangkuk. Haha. Drama kau sayda. Eh kittew pewempuan lah. Mesti lah pernah main masak masak dulu. Haha. Bajet pernah main macam tu hebat di dapur ye.

Dan sebenarnya, kepulangan aku kali ni memang sangat bermakna sebab aku mampu buat mama dan ayah senyum sepanjang hari. Ah sungguh touching hati gadis ku ini. Terima kasih sayang!

anak dara harus pandai bersembunyi di dapur untuk standby buat air. bukan camwhore lah saitan.

p.s: sebenarnya aku dah rasa takut. takut akan fasa berjauhan.

Thursday, March 1, 2012

Syahdu sesyahdu pagi lebaran

Bila teringat balik perbualan 3 serangkai antara aku echah and wanita memang lucu. Sejak 2-3 minggu lepas echah dah mintak mintak aku punya no ic, nama penuh semua. Nak tanya nak bantah, ala takut kata aku jahil agama pulok.

Nasib baik aku tak raptai dengan budak budak ofis aku cakap "sah pak imam, sah". Haha. Ye kawan kawan saksi haruslah 2 orang lelaki. Bukan gegel.

Sekembali nya dari kerja tadi, panjang betul langkah aku dengan kak ikan merayap pergi rumah en harith. Selalunya pergi rumah en harith tak sah kalau tak melawat kucing kucing beliau. Oh to be exact, kucing peliharaan dan semi peliharaan isteri en harith. Semua reka bentuk ada bro. Dari muka rata, muncung, dagu runcing, telinga luas, mata biru ah semua ada. Aku kira kira dalam hati ada lah lebih kurang 20-30 ekor semuanya kot. Tak termasuk kucing malaysia yang menumpang kasih kat luar. Lebih menyentuh perasaan, sediam diam wanita ni, bila cakap pasal kucing, rancak je mulut bercerita. Semua kucing ada nama. Dan semua dia ingat. Nak je aku menjerit bertepuk tangan tanda tahniah kerana berjaya buat aku kagum dengan tahap perasaan nya terhadap kucing.

Ye. Aku pun peminat kucing. Tapi minat kucing aku je lah. Kucing lain aku tak reti sangat nak menggayakan. Lagipun, serba salah kalau kalau dikatakan curang oleh ciko dan bubu di rumah. Oh messi jugak. Tak sayang, kakak tak sanggup berpaling tadah.

Fikiran tentang jangka hayat kucing yang tak panjang selalu sangat mengganggu. Macam mana rasa nya aku nak menghadapi kehilangan lagi. Garfield, kakak tak pernah lupa awak. Semoga hayatmu panjang lagi kucing dan semoga kita berjumpa lagi nanti di surga sana. Setiap kali cakap pasal kucing, syahdu sesyahdu subuh lebaran kan.


ps: boleh ke balik ni kita singgah jpo ?