Friday, January 27, 2012

Dah seperti tyra banks

Jauh perjalanan ke gambang tak disia siakan. Tak mungkin disia siakan walaupun sebelum bertolak, aku dah mendapatkan 12 jam tidur. Semakin petak rasanya papan punggung duduk lama lama dalam bas.

Dengan rm21.90, boleh dikatakan berbaloi harga masuk taman teman air tu. Berbaloi untuk orang macam aku lah sebab semua gelongsor nak terjun. Kalau tak sorang demi sorang kecundang, nescaya aku berkubang sampai nak dekat maghrib. Pedulilah air rasa clorox ke apa.

Sekarang, aku menderita. Hati bagai dirobek dan diracik halus. Melihat kulitku yang putih mulus sekarang sudah seperti tyra banks. Nasib baik tyra banks. Hitam hitam si tampuk manggis. Ni bikini line ni siapa nak jawab ni. Haha.

Bercuti dengan keluarga, rasa lengkap sekali bila ada hafiez. Oh, lagi lengkap jugak bila ada awak semua sgf. Rindu pulok kat sgf. Sobss sobss.

Friday, January 20, 2012

mengesot


Berdedai peluh aku macam galak bermain badminton je gaya. Padahal main macam main dekat pagar rumah pukul bola lambung bola tersangkut kat atas bumbung okay dah malas nak main dah. Ha elok lah dah jumaat. Tapi kenapa setiap kali jumaat harus up status twit cakap pasal khamis malam jumaat dengan lucah sekali. Setiap kali. Tahukah kau selagi masih bujang eloklah kiranya cakap khamis malam jumaat ialah malam penuh keberkatan jika adanya bacaan yassin dan solat hajat. Hal yang berkisar bilik tidur biar yang dah berkahwin sahaja bercerita. Tak ada lah nampak kemaruk sangat. Ye tak. Tak pun, cerita lah pasal keliwon ke. Hantu aci ni pun boleh tahan serem weh.



Mata mengantuk tapi tak boleh tidur sebab otak dah merewang rewang sampai untuk plan malam esok. Ma, maafkan kakak esok kakak sampai lambat sikit sebab nak meliar. Haha. Kalau nak sampai johor esok sebelum malam habis memang tak dapek lah. Dah lama dah mengidam nak makan ondeh ondeh seringgit dapat tiga, dan aku nak cuba segala macam makanan esok. Aku tekad. Makan sampai nak berjalan pun tak boleh lalu hanya mampu mengesot.

Ah ye. Kepada penyokong bola sepak yang fanatik. Sempena musim bola ni, tak kisah lah kau sokong kelab ke negeri sendiri ke nagara ke, jangan ikut kan sangat emosi. Sana sini dimaki. Berduyun duyun lah berbalah pendapat pasal skill tendanglah sepaklah benteslah ah apa apa lah sampai nampak seperti peperangan. Errr gaya sembang macam main je. Main ke ? Hehe sorry abang abang, cik adik semak pulok.

Okaylah bai. Kaki aku dah semut semut.


p.s: u are the reason i smile, sayang.

Monday, January 16, 2012

Bibir bengkak tu cun

Kumbang ke belalang mana entah agak nya menyengat bibir aku ni. Luar biasa seksi rasa nya. Brader dari hujung jalan sana dah terjengah jengah kepala ushar aku. Nasib lah. Hari ni rezeki lu nampak bibir gua cun untuk sehari sahaja. Harap harap nya memang cun lah. Bukan sebab ingat aku makhluk aneh mempunyai bibir gemuk separuh sahaja.

Sabtu hari tu setelah berapa lama aku terperap, akhir nya bersukan jua. Hatta oleh sebab itu lah aku kejang sekarang. Haha. Dasar bersukan sebab ikut ikutan. Berbeza betul masa zaman sekolah rendah dulu. Bersukan sebab nak merasa jadi pelajar contoh lah terbaik lah itu lah ini lah. Boleh lah berlagak dengan syafikah. Haha padahal dia langsung tak kagun.

Tak apa lah kan. Asalkan bergembira. Banyak sangat aktiviti kesukanan nak dilakukan lepas ni. Bersusun senarai aktiviti dah. Perjanjian berdarah pun dah dilakukan. Dari badminton, futsal, wall climbing, mountain biking, swimming lah sangat, semua dah masuk agenda. Amacam. Athletic kan. Haha.


p.s : Life's too short and nothing lasts forever. So, lets live it up.

Friday, January 13, 2012

persatuan anak pertama

Sekarang aku di tempat kerja, tapi aku sungguh gatal google sana sini. Jadi ini lah akibatnya. Dan apa yang aku perlukan sekarang adalah berdiam diri selama beberapa minit dan muhasabah. Adakah aku bodoh. Atau aku terlampau budiman. Haha.

Benci betul terbawak bawak perasaan dengan lagu lagu sedih ni. Sedih kerana menjadi anak pertama dan pendapat seorang kawan aku yang nak diskriminasi anak pertama beliau. Katanya nak latih anak jadi jantan sedikit dengan didikan keras.

Tidak kah kau tahu anak pertama harus dibentuk dengan lemah lembut supaya dia boleh menyayangi adik adik adik adik nya yang lain. Tidak kah tahu, anak pertama harus mendapat wang saku sama banyak atau lebih sedikit dari adik adik nya yelah mana tahu adiknya tak reti simpan duit lalu ditipu lintah darat, anak pertama ada untuk memayunginya. Tidak kah kau tahu ayah harus banyak komunikasi dengan anak pertama kerana dia yang akan jadi tukang jawab menggantikannya ibu bapanya semasa ada salesman datang rumah suruh gores dan menang. Tidak kah kau tahu hubungan rapat antara anak pertama dengan ayah nya tu penting supaya bila ibu bapanya tua kelak, anak pertamanya tu tak berkepit dengan mak nya sahaja.

Justeru, aku sebagai ahli kelab persatuan anak pertama dalam keluarga, membantah seratus peratus jenis didikan keras ke atas kami. Dan anak pertama harus mempunyai nama yang paling sedap sekali. Contohnya, Maria Hafrin. Haha.

Bertuah betul dapat anak pertama macam aku

Berapa kali agaknya aku nak bercerita pasal persatuan anak pertama ni. Haha.

Tuesday, January 3, 2012

2012

Hai. Selamat tahun baru. Aku belum terlambat lagi kan rasanya. Almaklumlah, kehidupan aku sekarang sangat tak menang tangan. Tapi dalam sibuk menguruskan hal duniawi, dan ini rasanya masih lagi duniawi, aku dah tetapkan azam untuk 2012. Bunyi yang agak cliche setiap kali masuk tahun baru. Kan.

Selain recycle tahun tahun lepas punya azam, haha itu pun kalau masih ingat apa dia. Selain nak tambah emas, kumpul duit sikit sikit sebab hujung tahun kebiasaannya gua nak pergi holiday dengan sgf, tambahan pula kena tolong bestfriend aku punya wedding preparation, sheeezzz kenapa aku sebak ni, nak bawak mama ayah fikah makan tempat sedap, dan nak terus maju dalam hidup sama ada dari segi kerja, hubungan dengan kawan kawan dan family oh ya dan kucing kucing ku sekalian, aku juga ada pasang azam lain jugak.

Secara bahasa kasarnya, azam yang satu ni aku nak membentuk diri sendiri ke arah kebaikan. Aku berazam untuk menjadi lebih baik atau sekurang kurangnya menggunakan bahasa yang baik baik sahaja. Ikhlas dan jujur dalam setiap patah yang keluar dari mulut supaya tak ada sesal kelak bila dah jadi sesuatu. Tak ada siri penipuan, yang itu aku janji aku cuba. Kau menipu, walaupun tak kantoi secara terang tapi lambat laun terjatuh juga sang tupai ye tak ? Begitulah adat resam di dunia. InsyaAllah setiap tutur yang diucap adalah telus tiada pembohongan.

Baik kan pilihan bahasa aku kali ni. Haha. Gua dah tua, tak layak dah nak kencing sana sini nak maki hamun orang dan gua nak fokus. Dalam kelas memandu pun aku tak sefokus macam ni.

And may all of u have a great year ahead people.

Malacca