Thursday, April 14, 2011

penipu

Halo halo halo. Susah nak hapdet blog sekarang ni. Maklumlah skop kerja dah bertambah. Dah jadi arkitek kena menyiapkan 7 keajaiban dunia. Ni kalau lecturer aku kat um dulu tengok keluasan daya fikir aku sekarang berbanding masa belajar dulu pasti beliau tak dapat duduk lagi di kerusi. Dia akan duduk di lantai. Bangga sehingga punggung kembang semangkuk dan tiada lagi saiz standard kerusi yang bersesuaian untuk nya.

Sejak akhir akhir ni, berdedai aku tengok status orang pasal penipuan. Cerita pasal pendustaan. Dan aku sering sangat jadi mangsa tipu ahlong ahlong berkenaan. Nescaya kalau jadi wakil rakyat mulut manisan mengalahkan marshmallow panggang.

Seronok juga baca kes kencing seperti ini. Menyaksikan si penipu bercerita pasal penipu yang lain. Eceh ceh ceh. Pung pang pung pang kau ya. Berbuih buih mulut aku baca lambat lambat sebab nak faham siapa penipu siapa ditipu. Dan akhirnya aku sendiri yang ditipu. Tuhan balas sekejap je. Agak agak kau dah berasa di awangan di puncak kejayaan kerana rasa diri adalah benar benar belaka, sila lihat di bawah. Atau mungkin di sebelah. Sebab entah entah kau sedang ditipu sama. Ah ulang ulang cakap pasal tipu aku naik mual baca.

Sedang asyik menipu sani ba alip ba ya di indo mereka panggil kelinci, aku jua ditipu. Kasihan haiwan secumil dan segebu arnab (kelinci) dianggap ba alip ba ya yang hidung nya pantas bongkak menghadap langit. Aku yang konon kasihan lihat mangsa ditipu lalu buat pengakuan ikhlas bahawasanya ba alip ba ya bukan lah kelinci.

Ba alip ba ya dalam bahasa indo adalah celeng. Bukan anjasmara seperti dicanang canangkan. Anjasmara tu mak datuk tampan kok disamain dengan celeng. Duluan aku ada ke bandung dan dikabarin kalo di film dan masyarat sana sendiri pengertian babi ngepet itu artinya babi jadi jadian.


Yang dalam bag tu badak, yang pegang badak tu hamster, yang berdiri sebelah hamster tu murai kaknam gila hari hari telefon dan beri khabar berita.


Itik itu bebek. Kalau dapat bebek garang goreng pasti asik.


p.s: kalau rasa hidup tu sempit, cuba toleh belakang, kot kot kau ada buat dosa di mana mana.

1 comment:

en.sani said...

terguris ke nok...tak kamon kamon la mcm ni...baru tipu sikit,dah terpedaya...

mari, pakcik bercerita tentang penipuan...<---ejas silang panggung.