Monday, July 27, 2009

4.03KG

Hah, 4.03kg bukan berat badan aku menaik atau menurun. Tapi berat baby kak nor (officemate @ makcik) yg baru lahir minggu lepas. Sgt adorable. Sgt kissable. Yes, aku pon nak gak baby yg sgt cute mcm tuh. Tapi boleh tak aku tak nak melalui beranak tu? Nak, bila sampai satu masa tiba2 je dah ada babies kat sebelah. BABIES ok? Bukan 1 tp nak banyak. So, sempena keluarnya baby kak nor tu, kitorang beramai2 pergi melawat dia kat hospital. Baby yg bernama Muhammad Irfan Haziq-yg sgt comel, masih belum sesuai nak jumpa makcik2 gorgeous ni lg sbb dia ada masalah sikit. (Sumpah nampak kiut dlm gambar, kalau dapat pegang sure lg best kan?) So, lets pray for his health guys!!



Sebelum gerak, main2 ambil gambar dulu. (abaikan aksi mulut huduh aku)

Aku and si cantik hajar

Bersama hot mama (ambil berkat)

Representing all Damini's queensssSS


p.s: Kenapa kau jaki sgt dgn aku?

Saturday, July 18, 2009

selama ni aku hanya tengok dalam buku sejarah

Kalau nak tau, betapa jahilnya aku, aku tak tahu pon TUGU NEGARA MEMANG WUJUD!!!!
hahahahah. Sumpah weh. Aku ingat dulu tugu negara tu tugu yg dibina masa perang, yg diambil gambar masa perang dan dah termusnah masa perang. Aku ingat mmg dah jadi kenang-kenangan. Terima kasih pada zaid sbb bawak aku jalan2 ambil gambar kat situ. Kalau tak, mmg sampai mati pon aku ingat TUGU NEGARA HANYA ADA DALAM BUKU SEJARAH!!!

Kat bawah ni semua hasil kerja Zaid. Kalau kau agak nak sokong aku kata dia berbakat, cepat angkat tangan!!!! (gambar TUGU NEGARA aku belum dapat)


Bila kau cinta tapi kau takut


Dengan tajuk yg aku pon susah nak interpret, aku try terangkan apa yg tgh berlaku kat sekeliling aku sekarang ok?

Bila orang yg kau suka tu, dah ada boyfriend, kau rasa serba salah tak nak main cinta dgn dia? Bila kau tau dia tak kan senang mana nak lepaskan boyfriend dia, kau berani tak nak main cinta dgn dia? Bila kau tau dia tak kan suka kau, dia suka gila boyfriend dia, dia anggap kau mcm abg, layan kau sama mcm dia layan org lain, aku rasa tak adil gila kau nak marah dia sbb semata-mata dia kawan dgn org lain jugak. Lagi tak berhati perut, bila kau babitkan aku sama dlm masalah kau. "Dgn member sendiri jgn cepat ambik hati". Aku tak kan amek hati dah which means, aku dah takkan nak care sgt pon.






Ni cubaan aku nak amek gambar ada efek2 blur and sharp. Model tak tahu gambar dorang diambil.

Ok, approaching 2nd salary aku, aku nak share something dgn ramai org. Apa yg aku dah berjaya achieve dgn 1st salary aku. Dgn gaji aku, aku berjaya bayar sewa rumah, bayar phone bill, internet bill, insurans pakai duit SENDIRI!!! yes2!!! Mari tepuk tangan ramai2. (padahal dah ramai org buat) Apa yg buat aku rasa bangga dan terharu dgn diri sendiri adalah, aku berjaya bagi duet kat parents, selebret birthday boss lg. Ok, tepuk tangan sekali lagi!!! Dan lagi kejayaan yg agak besar, selain aku masih berjaya beli makanan pakai duet sendiri, byr duet medical sendiri, join beli camera, dan beli officewear sikit, aku masih ada savings RM200. Sila tepuk tangan kuat2!!! Hahaha. (Gila berlagak dgn diri sendiri sial)



Next aim aku adalah belanja ofismate. (sbb diorang selalu 'payung' aku *wink*)

Tuesday, July 7, 2009

My everdearest officemates

Almost sebulan bekerja, aku still belum lg introduce kawan2 ofis aku kan? Ok, just in case kalau diorang terbaca blog aku, apa kata aku cerita sikit pasal diorang. Betul, mmg agak bosan kalau baca, tp baca je lah.


Start with aku punya Unit Head. Nama dia Badrul. Meh, aku cerita sikit kelakuan aneh dia. Isnin, muka mcm kerang busuk. Selasa & Rabu muka aku rasa mcm nak tumbuk. Khamis, perangai dia dah start lain. Mcm sikit energetic. Dan Jumaat, mmg mcm lipas sbb overexcited. Sbb apa? Sbb dia nak balik kampung jumpa anak bini.


Ok, yg ada tahi lalat manis ni, nama dia Azmi. Korang boleh panggil Mimi. (Aku pon tak paham kenapa nama dia nak bunyi perempuan). Nampak mcm pendiam, tp haruslah jaga2 sbb kadang aku rasa dia lg gila dr orang lain.


Next, nama dia Fendi. Dalam byk2 benda yg aku boleh ingat pasal fendi adalah mulutnya yg sgt2 laser. Tak ada filter. Haha. Tp kadang2 bila kau dgr dia merepek mmg kelakar walaupun lawak dia sebenarnya lucah.


Ha, yg sebelah fendi tu nama dia Shami (aku tak sure spelling dia). Orang panggil dia Bobo. Tp dia gelar diri sendiri Lee Chong Mi (wtf??) Hahah. Tgk je dah tau, selalu jd bahan mainan Fendi. Tp, dia mmg baik woh.



Yang atas ni pulak, antara kawan2 perempuan yg aku larat nak upload. Dr kiri, Hajar. Sgt sporting. Member paling rapat aku kat sini. Maybe sbb dia pon sama2 baru ngan aku, so kalau dia tak ada, mmg terasa sgt lah (kan Babe??). Sebelah dia tu Kak Nor. Dia tgh mengandung ok (bg sesapa yg tak nampak dia punya perut). Walaupun mengandung, tp masih berperangai keanak-anakan which aku rasa bagus la. Suka join aktiviti aku dan Hajar. Best2. Hehe. Ok, yg tudung hijau pulak Kak Zetty. Aku suka dia ni, sbb dia sgt down-to-earth. Kenapa? Sbb walaupun dia manager, dia sgt rapat dgn staf lain. Suka bawak aku makan sedap2 jugak. Last, but not least, Intan. Dia garang gila. Susah nak nampak dia senyum. Kalau marah, suara mcm halilintar! Tp, percayalah. Kalau kau kekurangan barang, kau pergi je tempat dia. Semua ada. Kira Intan ni mcm stor la. Hehe.

Lain kali aku introduce yg lain2 ye. Tak larat gila ni.

Monday, July 6, 2009

Give thanks to Allah

Hey, sepatutnya hari ni aktiviti santau eh santai kat rumah saja sbb dapat MC. 2 hari demam, aku ingat tak ada apa2 dan ingat akan sembuh dalam sehari, tp rupanya tak. Nak masuk hari ke3, aku dah separuh mati tak boleh bangun. Gila lah. Nak cari siapa malam2 buta bawak aku pergi klinik kan? Bajet tough la nak pergi klinik kat belakang ofis esoknya. Tengah baring2 konon nak rest bg sakit kurang, sms masuk. "Takut nyawa kau melayang je kalau lambat sehari". Wah, takut sial. Pergi hospital terus, kena soal macam2 (konon doktor tu dapat jumpa 1 lg kes H1N1) haha.

Ok, berbalik kat MC td, walaupun aku sepatutnya MC, tp aku kuat2kan gak la pergi ofis sbb bos aku kata hr ni ada presentation. So, tak nak susahkan bos punya pasal, aku datang pikul semua ubat yg aku dapat. Tengah layan kerja, tiba2 hajar kasik aku 1 lagu which aku tak pernah dengar. Oleh sbb penyanyi dia legend, dan dia br je meninggal dunia, aku jd excited gila dgr. Sbb lagu ni bukan Beat It, bukan You're Not Alone, bukan Heal The World, bukan semua tu, tp ni lagu keTuhanan. Aku tak tau la korang pernah dgr ke tak. Tp, sumpah 1,2,3 weh, mmg touching. Aku terharu gila dia boleh pronounce dgn baik. Ada orang kata tu bukan dia, tp aku tetap rasa dia yang nyanyi. Terharu. Kalau tak percaya kau dengar ni.


GIVE THANKS TO ALLAH

Give thanks to Allah,
for the moon and the stars
PRAISE HIM ALL DAY FOR,
what is and what was
take hold of your eman
dont give in to shaitaan
oh you who believe please give thanks to Allah.
Allahu Ghafoor Allahu Raheem Allahu yuhibbul Mohsineen,
va Khalikuna va Razikuna wahuwa
Ala kulli shaien Kadir

Allah is Ghafoor Allah is Raheem Allah is the one who loves the Mohsineen,
He is a creator, He is a sustainer and He is the one who has power over all.

Give thanks to Allah,
for the moon and the stars
prays in all d
ay for,
what is and what was
take hold of your eman
dont give in to shaitaan
oh you who believe please give thanks to Allah.
Allahu Ghafoor Allahu Raheem Allahu yuhibbul Mohsineen,
va Khalikuna va Razikuna wa huwa Allah kulli shaien Kadir

Allah is Ghafoor Allah is Raheem Allah is the one who loves the Mohsineen,
He is a creator, He is a sustainer and He is the one who has power over all.

Meh letak sikit muka dia....




p.s: M.J, jumpa di syurga ye nanti :)