Friday, April 26, 2013

we've all been there

Salam Jumaat. 

/

Thursday, April 25, 2013

Bagaikan Puteri

Selain buku buku fixi aku yang follow, aku sangat suka novel ramli awang murshid. Semua cerita dia berunsur thrill, dimensi, fantasi, dendam, mistik, kalau ada cinta cinta tak meleret. Elok lah, taknak kasi kita terapung terapung syok dengan perasaan sendiri. Hehe. Teringat ye aku start berkecimpung dengan novel tulisan ramli awang murshid tahun 2004. Novel pertama yang aku baca dan terus jatuh cinta pada buku selain buku sinchan. Masa tu, musim cerita tombiruo. Cerita pasal makhluk aneh tapi beriya ye aku menangis. Haha. Menangis bercerita kat shasha masa on the way balik matriks. So sad. Hahahaha.

Sebenarnya aku tengah cari sambungan apa untuk novel yang aku baru habis baca 2 hari lepas, Bagaikan Puteri. Tak sabar nak tahu sambungannya sebab dengarnya dia bersambung sambung. Okay, aku suka. Suka Laksamana Sunan. Wujud kah orang seperti laksamana seperti itu. Mengahmba kan diri cuma pada Tuhan yang satu, Allah.

Okay, hujung minggu ni harus buru ceh rasa nak puitis sajoooo nak buru buru, hahaha nak cari buku Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta, Cinta Sufi. Dah ada lama dah tapi selama ni aku lebih suka baca yang tak ada unsur cinta gamak nya macam Rayyan Fanatasi, Fiksyen 302, Mandatori, Tombiruo 1 2 3, 9 nyawa, dan sebagai nya.

Apabila hujan turun, melimpahlah air dari perbukitan, aliran
menujah batu, melekuk tanda waktu beralib, seiring nyawa
menghanyut usia, sejalan nafas melangkah ke hujung



Aku melayu, yang suka melayu sahaja, baca novel melayu dan filem melayu, drama melayu, dan sangat suka malaysia. Tak ada masalah kan?

Monday, April 22, 2013

Cenderahati kahwin

Selain hantaran, hal doorgift tak boleh dipandang enteng nampak nya. Jeling poket, mak ai takkan nak belanja setiap orang singgit je kot. Tapi yang lupa diri ye sebab sebenarnya kena darab 500 ke 600 ke 1000 mengikut jumlah tetamu. Sila tepuk dahi sekarang. Haha.

Jadi, apakah idea untuk buat doq-gift? Tak kisah apa nak bagi pun. Nak nak sekarang yang asalnya bukan bukan sahaja tapi akhirnya jadi cenderahati. Kreatif lah katakan. Towel kecil, sudu, garpu, lilin, sabun, gencu, celaka celak, perfume haha overrr kekdah nya.

Okay jangan runsing. Ni hasil survey aku sejak beberapa bulan dulu sampai sabtu hari tu. Kalau nak rasa syurga, boleh pergi nilai. Macam biasa, semua ada. Dari yang d.i.y sampai yang readymade.

Kalau nak rasa buat sendiri sebab nak puaskan hati sendiri dan sebenarnya haji bakhil macam aku haha boleh pergi beli balang kaca atau bekas plastik atau brown paper bag dan sebagainya di jalan raja bot. Dekat chow kit. Bekas bekas kat situ semua murah kalau beli dengan jumlah banyak. Kalau jalan lajak sikit ke belakang tu, insyaAllah boleh jumpa kedai jajan beli secara borong. Sumpah murah. Marshmellow setengah kilo dia bagi harga rm7 tapi kalau lu olang angkat lebih sepuluh bungkus, dia bagi setengah kilo rm6. Ceh, siapa kata nak angkat, orang nak beli. Haha tiba tiba sangat.Yang penting nak yang murah. Kalau percuma lagi bagus. Misae suka barang freeeeeeeee.


anatara jalan raja bot jalan raja alang

Jangan lupa bawa tuala lap peluh akibat peluh yang membasahi ketiak nanti.

Tak sabar nak buat doorgift sendiri. Masa baru buat 2-3 biji doorgift memang lah berkobar kobar ye tak. Cuba bayangkan masuk doorgift yang ke-10, 20, 100, 500. Haha. Harus lah kobar kobar jadi terkorban. Okay lah. Tata.
aku harap orang suka aku bagi doorgift begini rupa



p.s: ada checklist baru yang menarik bakal menyusul (:

Tuesday, April 16, 2013

im a walking zombie

Apa apa yang berkenaan dengan mistik memang menarik perhatian aku. Anything. Cerita benar ke cerita tipu ke cerita kat wayang ke buku ke majalah ke sembang sembang ke, aku suka ambil tahu. Bagi aku, ni di luar jangka akal aku jadi aku rajin nak fikir. Haha.

Sebenarnya boleh lah buat lupa sekejap masalah peribadi masalah dunia masalah sendiri. Aku jumpa short film ni kat blogserius. Jangan nangis please.



Thursday, April 11, 2013

Badminton

Hai. Sekarang aku kat sport centre central park dataran sunway. Minggu lepas kat seksyen 7. Minggu sebelum nya dewan komuniti bangsar tu. Minggu sebelumnya kat micheal, kat ara court. Setiap minggu main badminton tapi smash tak tajam punnnnn. Haha.

Okay lah sekian untuk kali ini. Tata.





Sunday, April 7, 2013

Affa kahwinzzz

Yeay! Tadi pergi melaka lagi. Haha. Padahal sepatutnya yeay affa dah kahwin! Rasa debar debar sebab harus terkapai kapai sombong cari jalan sendiri pergi ramuan china besar ke mashid tanah ke akhirnya telah diselamatkan oleh kesayangan yang buat seprais nak ikut sekali. Such a hero sangat sayang!

Macam biasa affa cantik dengan busana ceh term bajet bajet fashionista nak busana busana haha. Dan semua sgf pun cantik cantik belaka. Walaupun tak sempat jumpa semua nya sebab aku serba salah lepak lama di situ ramai makcik nak makan tapi kenapa ramai anak dara huha huha pula. Dahlah pergi majlis side laki nya. Hahaha. Dasar. Nak pergi sarawak jauh sangat.

Okay next adalah wedding pedorn. Nampak tak semua orang sekarang nak kahwin harus berebut tarikh? Hehe.

Tahniah affa kesayangan!